Lang Buana

Filem komedi Malaysia 2003 arahan Mamat Khalid

Filem Lang Buana yang dibintangi Kumpulan Senario mula ditayangkan pada 4 Disember 2003. Filem ini menggunakan lebih 2,000 pelakon tambahan yang terdiri daripada penduduk tempatan. Teknik CGI (imejan berkomputer) dapat dilihat pada tebuan tanah yang berterbangan, orang mati yang bergerak dan kepala terapung-apung dengan membabitkan kos kira-kira RM200,000. Filem ini hanya satu-satunya filem yang tidak menampilkan Yassin Yahya dan juga menampilkan Shamsul Ghau Ghau, di mana sebelum ini beliau pernah berlakon dalam filem Senario The Movie.

Lang Buana
Lang buana 01.jpg
PengarahMamat Khalid
PenerbitJohari Amat
Lazizah Ahmad
PenulisMamat Khalid
Dibintangi oleh
Syarikat
penerbitan
Grand Brilliance Sdn. Bhd.
PengedarGrand Brilliance
Mula ditayangkan
4 Disember 2003
NegaraMalaysia
BahasaMalaysia

SinopsisSunting

Filem ini membawa penonton ke era zaman lampau iaitu sebelum abad ke-19 tetapi kisah yang dipaparkan berkaitan dengan masyarakat Malaysia hari ini. Ia mengisahkan tiga orang pemuda - Gunung, Daik dan Bercabang - yang melarikan diri daripada menjadi hamba abdi kepada Orang Kaya Seri Bentan. Mereka bertiga berhenti di sebuah kota bernama Lang Buana di pinggir sebuah sungai. Setibanya di kota itu, mereka disambut meriah kerana disangka putera raja yang dapat menyelamatkan kota itu daripada serangan Sang Nira. Terperangkap oleh keadaan, ketiga-tiga pemuda berkenaan terpaksa menyamar menjadi putera raja dan merangka taktik peperangan bagi memperkuatkan benteng pertahanan Lang Buana.

PelakonSunting

TriviaSunting

  • Filem terakhir dimana Saiful Apek tampil sebagai anggota Senario. Selepas filem ini dia bergerak solo dan dalam filem berikutnya Senario XX dia dan Yassin membuat kemunculan semula tetapi bukan sebagai ahli kumpulan Senario
  • Azlee mempunyai dua wataknya sebagai Bercabang dan Baginda Sultan.
  • Filem ini bukan sekadar lawak jenaka seperti filem Senario sebelumnya. Ianya lebih pada kritikan masyarakat Melayu yang berpecah akibat faktor taksub politik dan kepentingan masing-masing. Juga mengangkat faktor terlalu tamak pada kuasa dan ingin mengukuhkan pengaruh sampai ada pembesar yang mendapatkan bantuan kuasa asing yang bakal merugikan bangsa sendiri.
  • Filem pertama arahan Mamat Khalid.

Anugerah dan pencapaianSunting

  • Festival Filem Malaysia ke-17, 2004
  • Anugerah Khas Juri 1 - Poster terbaik
  • Anugerah Khas Juri 2 - Filem yang berunsur kesetianegaraan dan perpaduan kaum

RujukanSunting

Pautan luarSunting