Hasnul Rahmat
Hasnul Rahmat @ Mustafa atau lebih dikenali sebagai Hasnul Rahmat (lahir 1 Januari 1971) merupakan seorang pelakon dan pengarah lelaki Singapura. Beliau lebih dikenali melalui watak-watak yang sentiasa memaparkan kelainan setiap kali beliau muncul di layar perak mahupun di kaca TV. Persembahannya yang unik serta pembawakan karektor di dalam lakonan beliau tidak pernah mengecewakan penonton.
Hasnul Rahmat | |
---|---|
Kelahiran | Hasnul bin Rahmat @ Mustafa 1 Januari 1971 |
Pekerjaan | Pelakon, pengarah |
Tahun aktif | 1989–kini |
Ibu bapa | Allahyarham Rahmat @ Mustafa Abu Kasim (bapa; meninggal dunia) |
Kerjaya
suntingPembabitan seni lukis, teater dan pengajian filem
suntingBeliau memulakan langkah seni semasa di sekolah seni lukis La Salle pada tahun 1989 di Singapura. Semasa pengajiannya di sekolah seni, beliau juga melibatkan dirinya dalam bidang teater di bawah asuhan pelukis/pengarah/pelakon Khairul Anwar Salleh. Pementasan pertamanya sebagai pemain adalah dari karya Rafaat Hamzah "Kali ini jam dua belas datang lewat dari waktunya" (1989) sempena Festival Teater Remaja ajuran Kemuning serta "Forest for Rest" (1990) dan "Noah Ark" (1990) sempena Festival of the Arts / Time Show Artist Village. Beliau kemudiannya meneruskan pengajiannya ke sekolah filem di Akademi Filem Malaysia (sekarang Aswara) pada tahun 1993. Arahan filem pendek pertama beliau berjudul "The Angry Young Pig" (1993) telah memenangi Anugerah Silver Award dalam 2nd Malaysian Video Award. Seterusnya, beliau telah mengarah banyak lagi filem pendek yang bercorak eksperimental sehingga sekarang, di antaranya adalah "Separuh Bumi" (1997),"Dead Moments" (1997), "Little Boy in the Sky" (1998), "Found Object" (1998), "Bukan di syurga yang ini" (1999) dan "The Last Dinner" (1999), "I was Interrupted" (2010) dan "Kiss My Method" (2010). Aktiviti-aktiviti pementasan teater semasa pengajian filem diteruskan dengan penglibatan beliau sebagai pemain untuk "Teater Iqbal" arahan Normah Noordin, karya teater Tenessee William "Glass Menagerie" (1996) arahan Norzizi, "Mencari Juita"(1997) arahan Erma Fatima, "Bangau Oh Bangau" (1998) Type-O, "Teater Penghargaan S Othman Kelantan" (1999) serta "Konsert Gembala M. Nasir" (2000) arahan Jalil Ngah dan naskhahnya oleh Loloq. Beliau juga telah melakonkan watak ciptaan dari karya-karya tulisan lirik arwah Loloq di Istana Budaya dengan persembahan tribute "Untukmu Loloq" (2011).
Pembabitan dalam filem dan TV sebagai pelakon
suntingPeluang tiba untuk beliau apabila beliau diambil untuk filem "KL Menjerit" (2002) diarahkan oleh Bade Hj. Azmi. Hasil lakonan memberi tuah apabila beliau memenangi anugerah Pelakon Harapan Lelaki pada FFM16 melalui watak Tun. Pada tahun berikutnya, beliau sekali lagi tercalon bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk filem Paloh arahan Adman Salleh pada tahun 2003. Selepas itu, beliau menjadi pilihan kepada ramai pengarah di mana lakonan beliau dapat dilihat melalui arahan Bade Hj. Azmi "Berlari Ke Langit" (2004), "Gangster" (2005) "Maut" (2009), "Buai Laju-Laju" (2003) dan "Hanyut" (2010) arahan U-Wei Haji Saari, "Lang Buana"(2002) serta filem sekuel pertama "Rock" (2005) arahan Mamat Khalid di mana beliau telah dianugerahkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Filem di Anugerah Skrin-16. Beliau kembali tercalon pada FFM24 untuk kategori yang sama, menerusi filem Mantra arahan Azhari Zain. Pengarah-pengarah lain yang beliau terlibat berkerjasama adalah arahan Dain Said dari filem "Dukun", arahan Shuhaimi Baba dari filem "Tanda Putera", arahan Fendi dari filem "Songlap", arahan Nik Amir Mustapha dari filem "KIL" (2011). Kerja-kerja beliau yang terkini adalah filem "CCTV" (2014) arahan Daven.R dan filem arahan Faisal Ishak adalah dari filem "Juvana 2" (2015) dan "Juvana 3" (2016) sebagai Cikgu Raja.
Bermula dengan telefilem "Di Balik Jerjak Hati" (1990) arahan Kamaliah Salleh di Singapura dan "Bila Bulan Mengambang" (1995) arahan Mokhtar Abu Bakar di Malaysia sehingga supertele biopik "Saloma" (2015) arahan Melissa Saila , beliau telah terlibat banyak drama-drama televisyen di Malaysia mahupun di Singapura.
Penglibatan sebagai pengarah
suntingSelain dari mengerjakan pembikinan filem-filem pendek dari zaman sekolah filem dari 1994 sehingga kini, beliau masih tetap aktif dalam dunia lakonan dan kerja-kerja seni-interdisplinary yang lain. Karya arahan beliau yang pertama berjudul "27 Selamanya" (2011) adalah sebuah drama rockumentari yang telah ditayangkan di Unifi TV dan TV2. Dua lagi karya dokumentari arahan beliau yang terkini adalah Shadows of Eigasha dan dokumentari musik Angin Menderu.
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1993 | The Angry Young Pig | Filem lakonan dan arahan pertama | |
1996 | Merah | Doktor | |
1999 | Perempuan Melayu Terakhir | Pelakon Teater | |
2002 | KL Menjerit | Tun | |
2003 | Paloh | Puteh | |
Lang Buana | Saga | ||
2004 | Bisikan Remaja | Andy Haikal | |
Berlari Ke Langit | Bukhari Haji Awang | ||
Buai Laju-Laju | Johan | ||
2005 | Gangster | Sufi | |
Rock | Zubir @ Zack | ||
2009 | Maut | Ahmad | |
2010 | Mantra | Hasbi | |
2011 | Songlap | Abang Mat | |
2012 | Seram Sejuk | Syukur | |
Apa Celop Toqq... | Abang Samad | ||
2013 | KIL | Johan Iskandar | |
Tanda Putera | Tun Hussein Onn | ||
2015 | CCTV | Doktor Psiko | |
Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan | Cikgu Raja Khairul | ||
2016 | Aliff Dalam 7 Dimensi | Bapa Aliff | |
Juvana 3: Perhitungan Terakhir | Cikgu Raja Khairul | ||
Hanyut | Ali | ||
2017 | Kau Takdirku | Ayah Kamar | |
Tombiruo: Penunggu Rimba | Juslan | ||
2018 | Dukun | Danni | |
Polis EVO 2 | Hafsyam Jauhari / Saif | ||
2019 | Rise to Power: KLGU | Ayah Zan | |
2021 | Dendam Penunggu | Pak Hassan | |
2022 | Renjana | Adnan | |
Jerangkung Dalam Almari | Ali | ||
2023 | Eva ‘Take Me As I Am’ | Tertuduh | |
Anwar: The Untold Story | Mahathir Mohamad | ||
Syaaban | Pak Imam Haji Ramli | ||
2024 | Pendekar Awang: Darah Indera Gajah | Kodi | |
Misi Ainaa | Filem pendek | ||
Sheriff: Narko Integriti | Syed Rahman | ||
The Experts | Johar | ||
Telekinesis | Amral | ||
Kahar: Kapla High Council | Tuan Yusof | ||
Reversi | Aziz | ||
Tok janggut "13 liang" | Sir Langham Carter | Rupa Jiwa Teater | |
TBA | Malam Terlarang | Wahid | Pra-produksi |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009 | Segalanya Ku Terima | Lukman | TV3 | Drama pertama |
Cinta Dalam Sebiji Durian | TV1 | |||
2010 | Na O Mei | Dr. Johan | TV3 | |
2012 | Tanah Kubur (Musim 5) | Musa | Astro Oasis | Episod: "Rindu Baitullah" |
2014 | Bunga Merah Punya | Pak Cu | TV9 | |
2015 | Bila Hati Telah Hitam | Hj. Zainal | Astro Oasis | |
2017 | Duda Pujaan Dara | Tengku Razif | Astro Ria | |
2018 | Teratai Kemboja | Taufik | TV3 | |
KL Gangster: Underworld | Zan | Iflix | Siri web | |
Rahasia Kasih | Datuk Ariffin | ntv7 | ||
2019 | Babi! | Hamdan Idris | HOOQ | |
Suri Katriana | Tuan Syed Sadiq | Astro Prima | ||
2020 | Saga 2.0 | Borhan | Mediacorp Suria | |
Korban Kasih | Fauzi | TV1 | ||
2020–2021 | Tercipta Satu Ikatan | Kobeng | Astro Ria | |
2021 | Projek: Anchor SPM | Khairuddin | Astro Citra | |
Madam E-Wallet | Sifu Jebat | TV3 | ||
Jangan Menangis Cinta | TV1 | |||
Scammer | Darus | Astro Ria | ||
Lockdown | Johan | |||
Malaysian Ghost Stories | Nazreen | Episod "Hantu Takde Kepala" | ||
Datuk Jamal | Episod: "Penunggu Rumah Banglo" | |||
Diva Popular 2 | Awesome TV | |||
Jangan Ganggu Jodohku | Paksu | Astro Ria | ||
2022 | Harith Fayyadh | Kamal | TV3 | |
Demi | Hisham | TV Okey | ||
Aku Seorang Perempuan | Alias | TV9 | ||
2023 | Projek: High Council | Tuan Yusof | Astro Ria | |
Special Force: Anarchy | Komander Qabil | Disney+ Hotstar | ||
Bukan Lelaki Terhebat | Haris | TV3 | ||
Kami Budak Band | Razman | |||
Persepsi | Inspektor Rashidi | Astro Ria | ||
2024 | Bunga Salju | Tuan Ishak | ||
Satu Hari Nanti | Imam Hassan | IQIYI | ||
Kayangan | Prime Video |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2003 | Nyaynyian Langsuir | Rosman | VCD | Telefilem pertama |
Aku Cinta Padamu | Wahid | |||
2004 | 15 Puasa | Majid | NTV7 | |
2008 | Kak Kiah Serunding | TV9 | ||
2014 | Saloma: Mencuri Guruh | Bapa Tiri Saloma | Astro First Eksklusif | |
Saloma: Pandang Kaseh | ||||
2016 | Kapcai Ayah | Ayah Jamil | TV9 | |
Sirat Al-Mustaqeem | Prof. Adam | Astro Oasis | ||
2017 | Komplot | Astro Citra | ||
Kabut | Sheikh Rahim | TV2 | ||
Ilham | Astro Citra | |||
Rasuk | Cikgu Hussein | |||
2018 | Adakah Aku Bersalah | Hamzah | TV3 | |
Penjara Abah | Astro Citra | |||
Terima Kasih Cikgu | Cikgu Azman | TV3 | ||
2019 | Anak Syurga | Pak Sahak | ||
2020 | Arus Merah | Tuan Saidi | Astro First Eksklusif | |
Aku Tak Gila | Astro Citra | |||
2021 | Akil Balik | TV2 | ||
2022 | Adik Kakak | TV3 | ||
Luruh | Molek | TV2 | ||
2023 | Yek Icin Mahak | Tok Batin | TV1 | |
Misi Adeena | ||||
Canting | ||||
2024 | Ibu Pinjaman | Datuk Seri Majid | Astro Ria |
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2003 | Festival Filem Malaysia ke-16 | Pelakon Harapan Lelaki Filem | KL Menjerit | Menang | |
Anugerah Skrin 2006 | Pelakon Lelaki Terbaik Filem | Rock | Menang | ||
2009 | Pesta Perdana ke-10 | Pelakon Lelaki Terbaik | Menang | ||
2013 | Pesta Perdana ke-13 | Pelakon Lelaki Terbaik | Menang | ||
Anugerah Skrin 2013 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama | Menang | |||
2017 | Anugerah Skrin 2017 | Pelakon Lelaki Terbaik Drama | Menang | ||
2018 | Festival Filem Malaysia ke-30 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) | Polis EVO 2 | Menang | |
2023 | Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2023 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) | Jerangkung Dalam Almari | Menang |