Hanyut
Hanyut merupakan sebuah filem drama pengembaraan Malaysia 2012 arahan U-Wei Hj Saari yang diadapatasikan daripada novel tulisan Joseph Conrad bertajuk Almayer's Folley. Filem ini merupakan kembali semula U-Wei mengarah setelah kali terakhir beliau mengarah pada 2004 menerusi filem Buai Laju-Laju.
Hanyut | |
---|---|
Pengarah | U-Wei Hj Saari |
Lakon layar | U-Wei Hj Saari |
Berdasarkan | Almayer's Folly oleh Joseph Conrad |
Dihasilkan oleh | Julia Fraser |
Dibintangi | Peter O'Brien Diana Danielle Sofia Jane Adi Putra |
Sinematografi | Arkadiusz Tomiak |
Disunting oleh | Kate James |
Syarikat penerbitan | Tanah Licin Sdn Bhd |
Tarikh tayangan | |
Negara | Malaysia |
Bahasa | bahasa Melayu bahasa Inggeris |
Bajet | RM 18 juta |
Pecah panggung | RM 70 ribu |
Filem ini pada asalnya hendak ditayangkan sebaik sahaja ia disiapkan pada tahun 2012, namun tarikh penayangannya terpaksa ditunda sejak December 2013[1] kerana kekurangan dana untuk mempromosikan filem ini. U-Wei terpaksa meminta daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional bantuan kewangan sebanyak RM2 juta untuk tujuan pemasaran dan pengedaran.[2] Sementara itu, filem ini mendapat peluang ditayangkan di 150 buah panggung wayang gambar serata Indonesia di bawah tajuk Gunung Emas Almayer pada November 2014. Filem ini akhirnya dapat ditayangkan di panggung wayang gambar seluruh Malaysia pada 24 November 2016, seperti yang diberitakan U-Wei dalam sebuah sidang akhbar pada 13 Oktober tahun yang sama.[3]
Sinopsis
suntingBerdasarkan novel pertama Joseph Conrad, filem epic ini mengisahkan tentang Almayer, seorang peniaga Belanda berjuang untuk meneruskan kehidupan di Asia Tenggara pada awal kurun ke-19. Dia berhasrat mahu menemui sebuah gunung emas yang dianggap mitos tetapi ditentang oleh isterinya yang licik, kerajaan penjajah, pertelingkahan politik dari pusat daerah dan pedagang Arab, dan cinta puterinya terhadap seorang pahlawan Melayu yang inginkan kebebasan
Pelakon
sunting- Peter O'Brien sebagai Kasper Almayer
- Sofia Jane sebagai Mem
- Adi Putra sebagai Dain Maroola
- Diana Danielle sebagai Nina
- Bront Palarae sebagai Sayed Rashid
- James Corley sebagai Leftenan
- Rahayu Saraswati sebagai Taminah
- Alex Komang sebagai Sayed Abdullah
- Khalid Salleh sebagai Orang Kaya Tinghi
- Sabri Yunus sebagai Mahmat
- Hasnul Rahmat sebagai Ali
- Patrick Teoh sebagai Jim Eng
- El Malik sebagai Raja Ibrahim
- Fez Yuzzrie sebagai Anak Kapal Dain
- Anwar Idris sebagai Anjang
- Normah Damanhuri sebagai Perempuan
- Chris Haywood sebagai Kapten Ford
- Lydia Ibtisam sebagai Ina
- Megat Sharizal sebagai Lelaki Rashid's Tangan Kiri
- Fergus Rees sebagai Sub Leftenan
- Aida Ileani Ross sebagai Little Nina
- Fairil Emran Desa sebagai Lanun
- Hana Nadira sebagai Lijah
- Geoff Andre Feyaerts sebagai Askar
Pembikinan
suntingPenghasilan
suntingSkrip filem ini dihasilkan sejak 10 tahun lalu, iaitu lebih kurang pada 2002. Penantian yang panjang berikutan masalah kewangan yang dihadapai dalam merealisasikan filem bercorak sejarah ini.
U-Wei turut meminta tenaga luar dengan menggunakan khidmat Ryuichi Sakamoto, pemenang Anugerah Akademi 1987 bagi filem The Last Emperor[4].
Pemilihan Pelakon
suntingMisi pencarian pelakon yang sesuai untuk watak Nina, seorang gadis kepada pedagang Belanda, dilakukan. Menurut U-Wei, beliau mungkin menyerahkan watak ini kepada Sofea Jane. Tetapi, atas faktor usia, beliau meneruskan misi mencari pelakon yang sesuai dan hasilnya, Diana Danielle berjaya mendapat watak ini[5].
Manakala watak utamanya, Kasper Almayer, datang dalam bentuk pelakon British yang dikenali menerusi watak James Whistler dalam siri Prison Break, Chris Vance. Menurut U-Wei, bagi mencari pelakon yang dianggap sesuai dengan watak Almayer, lelaki pedagang Inggeris yang taksub dengan impian mencari emas di kawasan pergunungan Tanah Melayu pada kurun ke-19, beliau meneliti pelbagai nama pelakon, sama ada aktor ternama mahupun mereka yang baru hendak bertapak. Peluang tiba apabila skrip filem Hanyut sampai ke tangan ejen Chris. Sesi perbualan dengan ejen dan produser berlaku menimbulkan minat untuk Chris Vance membintangi filem ini. Chris juga tidak meminta yang bukan-bukan, sebaliknya menerima apa yang mampu kami berikan.
Filem ini juga turut dibintangi oleh pelakon dari Singapura, Indonesia dan tidak ketinggalan, Malaysia
Krew Produksi
suntingU-Wei turut menggunakan khidmat kru luar negara bagi menguatkan lagi filem yang bakal memulakan penggambaran pada pertengahan April 2010. Antara tenaga kreatif luar yang disenaraikan termasuk pemenang anugerah jurukamera terbaik Poland, Arkadiusz Tomiak sebagai Pengarah Fotografi, dibantu rakan senegara, Tomek Naumiuk, selaku Operator Kamera. Hanyut juga dibantu Pereka Produksi dari Australia, Sam Hobbs; dan Penolong Pengarah 1 dari Kanada, Rick Beecroft. Sementara muziknya pula digubah komposer Indonesia, Y Subowo, yang dibantu komposer tempatan, Ayob Ibrahim[6].
Filem ini mengadakan pengambaran di Kuala Lipis, Pahang. Setting filem ini berlatarbelakangkan zaman penjajahan di Tanah Melayu.
Anugerah
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2014 | Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013 | Anugerah Penghargaan Khas | Menang |
Rujukan
sunting- ^ Yeoh, Angelin (5 November 2014). "Will U-Wei Haji Saari's 'Hanyut' see the light of day in Malaysia?". Star2.com. Star Media Group Berhad. Dicapai pada 11 October 2016.
- ^ Florey DM (4 November 2014). "U-Wei wants RM2 million to promote "Hanyut"". Cinema Online. Cinema Online. Dicapai pada 11 October 2016.
- ^ Israr Khalid (13 October 2016). "Hanyut akhirnya sangkut". Astro Awani. Astro Awani Network Sdn. Bhd. Dicapai pada 21 Oktober 2016.
- ^ http://www.sinemamalaysia.com.my/main/clippingnews/U-Wei_dekati_komposer_bertaraf_Oscar_4657[pautan mati kekal]
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-25. Dicapai pada 2011-12-04.
- ^ http://www.sinemamalaysia.com.my/main/clippingnews/Diana_dibawa_dalam_Hanyut_3558[pautan mati kekal]