Sofia Jane
Datin Sofia Jane binti Hisham (lahir 14 Februari 1972) ialah seorang pelakon dan model Malaysia kelahiran London, United Kingdom. Beliau telah menetap di Malaysia dan menjadi warganegara Malaysia.[1] Selain itu, beliau yang merupakan peranakan Inggeris dan Melayu ini mula dikenali menerusi watak pembantu dalam filem Mira Edora. Antara filem lakonannya termasuklah Harry Boy (1992), Kekasih Awal dan Akhir (1993), Perempuan, Isteri dan... (1993) dan Sayang Salmah (1995). Beliau meraih anugerah Artis Paling Popular menerusi penganjuran majlis Anugerah Bintang-Bintang Popular Berita Harian 1993.
Sofia Jane | |
---|---|
Kelahiran | Sofia Jane binti Hisham 14 Februari 1972 |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 1990–kini |
Pasangan | Dato' Meor Azman Mohamed (berkahwin 1995) |
Anak | 4 |
BiografiSunting
Sofia Jane dilahirkan pada 14 Februari 1972 di London, England. Beliau merupakan anak sulung daripada 3 beradik kepada pasangan Noreen Abdullah dan Hisham Pilus.
Kehidupan peribadiSunting
Sofia Jane berkahwin dengan Meor Zain Azman pada 9 September 1995 dengan hanya perkenalan yang cukup singkat, dan dikurniakan empat cahayamata—Arissa, Imran, Khadijah dan Soraya.[2] Pada 28 Februari 2013, Sofia berkongsi gambar perkahwinannya kepada media.[3]
Watak beliau pernah dilakonkan oleh Nadiya Nisaa dalam filem 2014, Terbaik dari Langit arahan Nik Amir Mustapha. Selain itu nama beliau pernah diabadikan secara ilham dalam lagu ciptaan Shamril Salleh iaitu "Sofea Jane" nyanyian Black Hanifah pada 2012. Lagu tersebut juga mara ke Anugerah Juara Lagu ke-28.
FilemografiSunting
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan |
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1990 | Mira Edora | Azizah | Filem pertama |
1991 | Interlud | ||
Harry Boy | Haryati | ||
1992 | Nadia | ||
1993 | Kekasih Awal Dan Akhir | ||
Perempuan, Isteri dan... | Zaleha | ||
1995 | Cinta Kita | Tifa @ Dino | |
Sayang Salmah | Natasha | ||
Jimi Asmara | Penari Karnabet | ||
1996 | Suratan Kasih | ||
2004 | Puteri Gunung Ledang | Permaisuri Tun Teja | |
2008 | Susuk | Mona | |
2016 | Hanyut | Mem | |
2019 | Bu, Kasih Suci | ||
TBA | Orang Itu[4] | Makcik |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1994 | Cinta Rees & Ina | ||
1995 | Penghujung Rindu | ||
2006 | Sebuah Ijtihad | ||
2010 | Karma Salina | ||
2012 | Jane Jamilah | ||
2014 | Nostalgila | Astro First Eksklusif | |
2015 | Ikan Singgang Cicah Budu |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1992 | Balada Anak Jalanan | |||
1993 | Demam Malam | RTM | di samping Abdullah Chik, Uji Rashid | |
2013 | Asmara Luna |
TeaterSunting
Tahun | Tajuk | Gandingan Bersama |
---|---|---|
1995 | Malam Ini Penyu Menangis | Uji Rashid, Sabri Yunus |
2009 | Natrah | Maya Karin, Remy Ishak |
2010 | Natrah 2 | Umie Aida, Susan Lankester |
2013 | Teater Kompilasi Namron |
Anugerah dan pencalonanSunting
- Bintang Paling Popular - Anugerah Bintang-Bintang Popular 1993
- Pelakon Filem Wanita Popular (ABPBH) 1993
- Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH) 1994
- Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2007 menerusi drama Sebuah Ijtihad
- Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Seni Boh Cameronian ke-11 (bersamaan dengan Anugerah Tony untuk lakonan teater)
- (Pencalonan) - Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2017 menerusi filem Hanyut
- (Pencalonan) - Pelakon Wanita Terbaik (FFM) 1993 menerusi Perempuan, Isteri & ..., 1995 (Cinta Kita) & 1997 (Suratan Kasih)
- (Pencalonan) - Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1996/97 menerusi drama Penghujung Rindu
- (Pencalonan) - Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH 1995 & 1996
- (Pencalonan) - Pelakon TV Wanita Popular 1993
RujukanSunting
- ^ Mohd Al Qayum Azizi (24 Oktober 2011). "Sofia Jane Menanti 'Kehidupan Baru'". mSTAR Online. Dicapai pada 22 Januari 2014.
- ^ "Sofia Jane Kongsikan Gambar Resepsi Perkahwinan 1995". Rotikaya. 28 Februari 2013. Dicapai pada 22 Januari 2014.
- ^ "Nostalgia : Datin Sofia Jane Kongsi Gambar Kahwin 18 Tahun Lepas". Oh Bulan!. 28 Februari 2013. Dicapai pada 22 Januari 2014.
- ^ https://www.star2.com/entertainment/2018/10/17/orang-itu-sofia-jane-review/