Maria Menado

Pelakon veteran wanita Singapura

Dato' Sri Maria Menado atau Maria Abdullah (nama asal beliau Liesbet Dotulong) dilahirkan pada 2 Februari 1932, merupakan seorang bintang filem Melayu yang termasyhur antara 1951 dan 1963. Maria Menado berhijrah ke Singapura dan bertukar agama ke Islam ketika berusia 19 tahun dan berkahwin dengan promoter tinju dan juga penulis skrip, A Razak Sheikh Ahmad.


Maria Menado
Gambar potret Maria Menado.
Kelahiran
Liesbet Dotulong

(1932-02-02) 2 Februari 1932 (umur 92)
WarganegaraIndonesia
PekerjaanPelakon, penyanyi, penerbit
Tahun aktif1951–2015
MajikanMalay Film Productions
Cathay-Keris Film Productions
Maria Menado Production
PasanganA.Razak Sheikh Ahmad (k. 1950)-1963

Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin (k. 1963)-1974

Y.Bhg Dato' Dr. Mohd Husain Yusof (k. 1978)-2000
Anak-anak
Mutiara bt A.Razak
Sultan bin A.Razak
YAM Tengku Norashikin Sultan Abu Bakar
YAM Tengku Idris Sultan Abu Bakar
YAM Tengku Baharuddin Sultan Abu Bakar

Peranannya sebagai puntianak dalam filem "Pontianak", yang merupakan filem seram tempatan yang sulung, memberikannya kemasyhuran dalam dunia filem tempatan pada tahun 1957. Pada tahun itu, beliau digelarkan "Wanita Terjelita Malaya" oleh Times Magazine serta "Wanita Berpakaian Paling Menarik di dalam Asia Tenggara" oleh United Press International, sebuah pertubuhan berita.

Kehidupan awal sunting

Dilahirkan di Tonsea, Kabupaten Minahasa, Manado, Sulawesi Utara, Indonesia, Maria dihantar ke Makassar (Ujung Padang) untuk tinggal dengan ibu bapa saudaranya apabila ibu bapanya meninggal dunia sewaktu beliau berumur tujuh tahun. Bagaimanapun, pertempuran antara pihak Belanda dengan pejuang-pejuang nasionalis memaksakan mereka berpindah ke Jakarta.

Sewaktu Maria berumur 17 tahun, kejelitaannya menyebabkan beliau menerima tawaran untuk menayangkan baju kebaya di Singapura, dan kemudiannya di Malaya. Diiringi oleh ibu bapa saudaranya, perjalanan pada 1950 membawa Maria ke Singapura, Kuala Lumpur, Ipoh, dan Pulau Pinang.

Sewaktu di Malaya dan Singapura, rusuhan Maria Hertogh berlaku. Maria Hertogh, seorang gadis Belanda yang telah diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga beragama Islam dan diberikan nama "Natrah" telah dikahwinkan oleh ibu bapa angkatnya pada tahun 1950 sewaktu berumur 13. Mahkamah Agung membatalkan perkahwinan itu kerana Maria tidak cukup umur dan memutuskan bahawa Natrah dikembalikan kepada ibu kandungnya yang kemudian membawanya balik ke negeri Belanda. Keputusan kes ini mengakibatkan rusuhan perkauman di Singapura yang berlangsung selama dua hari. Maria mengikut kes ini dengan penuh minat dan juga memperoleh nama samaran "Maria". Kawan-kawannya kemudian menggelarkannya sebagai "Maria dari Menado" (tempat lahirnya) dan nama itu telah menjadi kekal.

Kerjaya filem sunting

 
Maria Menado bersama P. Ramlee dalam filem Penghidupan

Selepas gambar-gambar Maria muncul di surat khabar dan majalah sebagai peragawati fesyen, kerjayanya sebagai pelakon filem bermula pada tahun 1951. Shaw Brothers menawarkan Maria peranan sebagai seniwati utama di samping P. Ramlee dalam filem "Penghidupan".

Bagaimanapun, adalah peranannya sebagai puntianak dalam filem "Pontianak" yang memberikan Maria kemasyhuran pada tahun 1957. "Pontianak" ialah filem seram Melayu yang pertama. Skrip untuk filem ini merupakan hasil kerjasama dengan bekas suaminya, A. Razak Sheikh Mohamed. Maria membekalkan cerita-cerita puntianak yang pernah didengarnya sewaktu di Indonesia dan mereka menjalinkan plot filem itu bersama-sama.

Perubahannya daripada seorang wanita yang jelita menjadi seorang yang bongkok dan kemudian sebagai puntianak menelan masa berjam-jam untuk hiasan. Maria juga diperlu bersandar tanpa bergerak supaya penggambaran perubahan itu dapat dibuat sedikit demi sedikit. Berbeza dengan masa sekarang, tiadanya grafik komputer pada waktu itu untuk membuat pembetulan, dan kesemuanya perlu dibuat secara manual. Bagaimanapun, filem itu mencapai tahap yang cukup realistik sebagaimana yang dapat diperlihatkan daripada laporan tentang beberapa orang yang pengsan selepas menonton babak-babak yang mengejutkan. Tayangannya di pawagam Cathay berlangsung selama 12 hari. Ini adalah suatu pencapaian yang utama, khususnya kerana filem Melayu tidak pernah ditayangkan di pawagam Cathay. Maria kemudian melakon dalam dua susulan yang berikut iaitu Dendam Pontianak (1957) dan Sumpah Pontianak (1958).

Sewaktu di puncak kemasyhuran, beliau diberi peranan sebagai watak jahat di samping Shammi Kaopor dalam filem Hindi yang bertajuk "Singapore". Filem tersebut menjalani penggambaran di Singapura dan Mumbai. Dalam jangka masa 12 tahun, Maria berlakon lebih 20 filem termasuk filem terbitan produksinya sendiri, Maria Menado Production (M. M Production) melalui filem Siti Zubaidah pada 1961. Beliau merupakan penerbit filem wanita Melayu yang pertama.

Maria sendiri memegang watak utama sebagai Siti Zubaidah. Penglibatannya sebagai produser bukan sahaja membanggakan malah beliau telah memainkan peranan sebagai penerbit dan pelakon sekali gus yang jarang-jarang dapat dilakukan oleh seorang penerbit.

Tiga filem lain yang diterbitkan oleh syarikatnya ialah Darahku, Bunga Tanjung dan Pontianak Kembali.

Kehidupan peribadi sunting

Perkahwinan dengan Sultan Pahang sunting

Untuk perayaan-perayaan yang istimewa, Maria serta seniwati yang lain akan dijemput ke istana Pahang untuk mempersembahkan pertunjukan, khususnya sewaktu hari keputeraan Sultan. Pada salah satu daripada lawatan ini, Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin melamarnya. Selepas pertimbangan yang mendalam, Maria berkahwin pada tahun 1963 sewaktu berumur 30. Perkahwinan itu bukan sahaja menamatkan kerjaya filemnya tetapi juga menyebabkan filem-filemnya tidak boleh lagi ditayangkan di pawagam atau televisyen. Majlis Diraja Istana Pahang memerintah bahawa oleh sebab Maria merupakan permaisuri Sultan, tayangan filem-filemnya tidak dibenarkan di dalam negeri Pahang. Bagaimanapun, filemnya turut tidak ditayangkan di seluruh negara. Dengan itu, Ho Ah Loke, pemilik Cathay Keris tersangkut dengan filem-filem Maria. Oleh sebab filem-filem itu amat memakan ruang hawa dingin di dalam rumah Ho, dia kemudian terpaksa membuangnya kerana filem-filem itu telah menjadi suatu sumber pergaduhan dengan isterinya.

Selepas kemangkatan Sultan Pahang, Maria berpindah dari Pekan ke Kuala Lumpur. Sewaktu itu, beliau memohon kepada Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang kini yang mengetuai Majlis Diraja Istana Pahang, supaya filem-filemnya dibenarkan ditayangkan semula. Baginda memberikan kebenaran, akan tetapi pada waktu itu, filem-filem yang dilakonnya telah dibuang ke dalam sebuah lombong yang tidak digunakan lagi. Tidaklah diketahui mengapa Ho tidak berjumpa Maria atau muzium-muzium negeri untuk menyumbangkan filem-filem itu. Kehilangan filem-filem tersebut merupakan suatu kerugian yang amat besar, kerugian yang tidak ternilai untuk sejarah filem Malaysia.

Kini, Maria berhasrat untuk menerbit dan mengarah versi baru filem "Pontianak" sebagai gantian supaya dapat meninggalkan tanda pencapaiannya — kali ini dalam filem berwarna.

Anugerah dan pencapaian sunting

  •   Pahang :
    •   Darjah Indera Mahkota Pahang ( D.I.M.P) - Dato' (1980)
    •   Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P) - Dato' Sri (24.10.2017)
Tahun Anugerah Filem Kategori Keputusan
1957 Festival Filem Malaysia Pontianak Aktres Terbaik Menang
1951/1952 Festival Filem Malaysia Penghidupan Aktres Pembantu Terbaik Menang

Menerima Anugerah Seni Era sebagai penghargaan di Anugerah Era 2006.

Filemografi sunting

Filem
Tahun Tajuk Pengarah Produksi Catatan Ruj.
1951 Penghidupan L. Krishnan Malay Film Productions Dibintangi bersama pelakon P. Ramlee. [1]
1951 Pulau Mutiara S. Ramanathan [2]
1952 Permata di-Perlimbahan Haji Mahadi Selalunya dianggap filem pertama oleh pengarah Malaysia. [3]
1952 Gadis Peladang B. S. Rajhans
1954 Nafsu L. Krishnan Cathay-Keris Film Productions [4]
1954 Pertarohan [5]
1955 Kasih Menumpang [6]
1955 Selamat Hari Raya [7]
1955 Saudaraku Laurie Friedman [8]
1957 Pontianak B.N. Rao Yang pertama dalam trilogi Pontianak yang popular, kini dipercayai sebagai filem yang hilang. [9]
1957 Dendam Pontianak Yang kedua dalam trilogi Pontianak, kini dipercayai filem hilang. [10]
1958 Sumpah Pontianak Filem ketiga dan terakhir dalam trilogi Pontianak. [11]
1958 Orang Lichin L. Krishnan [12]
1958 Selendang Delima K.M. Basker [13]
1958 Matahari Ramon Estella Malay Film Productions [14]
1959 Hilang Gelap Datang Terang Ho Ah Loke & Usmar Ismail Merdeka Film Enterprise & Perfini
1959 Korban Fitnah Usmar Ismail Cathay-Keris Film Productions
1960 Singapore Shakti Samanta Eagle Films [15]
1961 Sultan Mahmud Mangkat Dijulang K.M. Basker Cathay-Keris Film Productions [16]
1961 Siti Zubaidah B.N. Rao Cathay-Keris, Maria Menado Productions Filem pertama Menado yang diterbitkan dan diterbitkan di bawah syarikat produksinya, Siti Zubaidah diadaptasi daripada puisi terkenal Malaysia. [17]
1962 Tun Fatimah Salleh Ghani Cathay-Keris Film Productions [18]
1963 Raja Bersiong K.M. Basker Cathay-Keris, Maria Menado Productions Dikeluarkan di bawah syarikat pengeluaran Menado. [19]
1963 Darahku Ramon Estella [20]
1963 Bunga Tanjong [21]
1963 Pontianak Kembali Tambahan kepada siri Pontianak, dikeluarkan di bawah syarikat produksi Menado. [22]
2015 Our Sister Mambo Ho Widing Cathay Asia Films

Rujukan sunting

  1. ^ "Filmography (1950-1959)". Singapore Film Locations Archive. Dicapai pada 3 February 2022.
  2. ^ "Filmography (1950-1959)". Singapore Film Locations Archive. Dicapai pada 3 February 2022.
  3. ^ "Filmography (1950-1959)". Singapore Film Locations Archive. Dicapai pada 3 February 2022.
  4. ^ "Filmography (1950-1959)". Singapore Film Locations Archive. Dicapai pada 3 February 2022.
  5. ^ "Filmography (1950-1959)". Singapore Film Locations Archive. Dicapai pada 3 February 2022.
  6. ^ "Filmography (1950-1959)". Singapore Film Locations Archive. Dicapai pada 3 February 2022.
  7. ^ "Filmography (1950-1959)". Singapore Film Locations Archive. Dicapai pada 3 February 2022.
  8. ^ "Filmography (1950-1959)". Singapore Film Locations Archive. Dicapai pada 3 February 2022.
  9. ^ "Filmography (1950-1959)". Singapore Film Locations Archive. Dicapai pada 3 February 2022.
  10. ^ "Filmography (1950-1959)". Singapore Film Locations Archive. Dicapai pada 3 February 2022.
  11. ^ "Sumpah Pontianak". Singapore Film Locations Archive. Dicapai pada 3 February 2022.
  12. ^ "Filmography (1950-1959)". Singapore Film Locations Archive. Dicapai pada 3 February 2022.
  13. ^ "Filmography (1950-1959)". Singapore Film Locations Archive. Dicapai pada 3 February 2022.
  14. ^ "Filmography (1950-1959)". Malay Wikipedia. Dicapai pada 3 February 2022.
  15. ^ "Filmography (1960-1969)". Singapore Film Locations Archive. Dicapai pada 3 February 2022.
  16. ^ "Filmography (1960-1969)". Singapore Film Locations Archive. Dicapai pada 3 February 2022.
  17. ^ "Filmography (1960-1969)". Singapore Film Locations Archive. Dicapai pada 3 February 2022.
  18. ^ "Filmography (1960-1969)". Singapore Film Locations Archive. Dicapai pada 3 February 2022.
  19. ^ "Filmography (1960-1969)". Singapore Film Locations Archive. Dicapai pada 3 February 2022.
  20. ^ "Filmography (1960-1969)". Singapore Film Locations Archive. Dicapai pada 3 February 2022.
  21. ^ "Filmography (1960-1969)". Singapore Film Locations Archive. Dicapai pada 3 February 2022.
  22. ^ "Filmography (1960-1969)". Singapore Film Locations Archive. Dicapai pada 3 February 2022.

Pautan luar sunting