Sumpah Pontianak

Filem Sumpah Pontianak merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura, ketika itu sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu, pada tahun 1958. Filem Sumpah Pontianak diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Sumpah Pontianak
Filem Sumpah Pontianak.png
Iklan asal filem Sumpah Pontianak.png
PengarahB.N. Rao
PenulisHamza (dialog)/A. Razak (cerita)
SinematografiHitam-putih
Diedarkan olehCathay-Keris Film Productions
Tarikh tayangan
(1958-04-18) 18 April 1958 (umur 64) [1]
Negara Malaysia &  Singapura
BahasaBahasa Melayu

Filem-filem dalam kumpulan ini berasaskan legenda Melayu amat menghiburkan masa kini sebagaimana ketika ia dikeluarkan, walaupun kini ia mungkin dianggap tidak lagi menakutkan dan amat melucukan berbanding keadaan sebenar ketika filem tersebut dihasilkan.

PengarahSunting

Filem Sumpah Pontianak diarah oleh pengarah B.N. Rao pada 1958.

RingkasanSunting

Filem ini adalah kesinambungan dari filem ‘Dendam Pontianak’. Chomel telah diusir keluar dari kampung dan telah kembali ke rupa asalnya, seorang perempuan hodoh dan berbongkok setelah tengkuknya dipaku. Dia merayau-rayau dari kampung ke kampung untuk mencari makan dan tempat tinggal dan akhirnya dia jatuh lemah kerana kelaparan lalu dipelihara oleh seorang tua yang baik hati.

Maria, anak Chomel, selalu dihantui oleh bayang-bayang ibunya dan kemudiannya pergi ke dalam hutan untuk mencarinya. Sementara itu, penduduk kampung dikejutkan dengan beberapa berita pembunuhan & kematian yang dahsyat dan semuanya menunding jari pada Pontianak.

Selain dari Pontianak, terdapat juga mahluk-makhluk lain seperti orang hutan, binatang pelik campuran burung/biawak dan Hantu Raya yang boleh berubah-ubah bentuk. Walaupun ia adalah jelmaan hantu, Pontianak ini adalah penjaga dan penyelamat, terutama sekali pada anaknya. Chomel hanya berubah menjadi Pontianak untuk menyelamatkan anaknya apabila Maria diculik oleh Hantu Raya.

PelakonSunting

  • Maria Menado - Chomel / Pontianak
  • Mustapha Maarof - Samad
  • Salmah Ahmad - Maria
  • Shariff Medan - Tok Penghulu Kg. Pasar Baru
  • Yem - Tok Penghulu Kg. Batu Belah
  • S.M. Wahid - Ali
  • Rahimah Alias - Isteri Penghulu
  • Puteh Lawak - Dol
  • Aman Belon - Maidin
  • Mat Sentol - Sentol
  • Omar Hitam - Hantu Raya

LaguSunting


Pautan luarSunting