Mat Sentol

Pelakon, pelawak dan pengarah Malaysia

Mat Sentol atau nama sebenarnya Abdul Rasip Yahya (lahir 26 Julai 1933) ialah salah seorang pelakon di Cathay-Keris Film Productions, Singapura sekitar 1950-an ,1960-an dan 1970-an. Mat Sentol dahulunya dikenali suatu ketika dahulu menerusi filem arahannya yang turut dilakonkan olehnya sendiri kesinambungannya dengan setiap di awal tajuk filem itu dimulakan dengan perkataan Mat diambil sempena namanya.[2]

Mat Sentol
Gambar Mat Sentol pada poster filem Mat Tenggek.
Kelahiran
Abdul Rasip bin Yahya

(1933-07-26) 26 Julai 1933 (umur 90)[1]
Nama lainMat Sentol
Pekerjaan
  • Pelakon
  • pengarah
  • penulis
  • pelawak
Tahun aktif1956–1998
PasanganJamilah Kasri (berkahwin)
Anak-anak2

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan pada 26 Julai 1933 di Muar, Johor.

Kerjaya sunting

Beliau memulakan penglibatannya dalam kerjaya lakonan dengan memainkan watak tambahan dalam filem Hang Tuah arahan Phani Majumdar pada tahun 1956, sebagai Penari Istana Pahang.

Selain berlakon dan mengarah, dia juga berbakat dalam bidang animasi, penulis skrip drama dan filem, jurusolek artis dan penggunaan kesan khas yang mana beliau mencipta pelbagai teknik penggambaran dalam filem arahannya. Mat Sentol kini menetap di Johor Bahru bersama keluarganya menguruskan syarikat berkaitan pengiklanan filem.[3]

Filem terakhir lakonan beliau ialah Jibon pada tahun 1998 arahan Nahar Akhbar Khan.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Catatan
Pelakon Pengarah
1956 Hang Tuah     Penari Istana Pahang Filem pertama, pelakon tambahan
1958 Sumpah Pontianak     Sentol
1959 Mahsuri    
1960 Pak Pandir Moden    
Noor Islam     Tando
Tun Fatimah     Askar Portugis
1961 Siti Zubaidah    
Yatim Mustapha     Selamat
Jalak Lenteng     Kadok
1963 Tajul Ashikin     Bujang
Gila Talak     Pak Imam
Masuk Angin Keluar Asap     Pak Imam Penampilan khas
1964 Mat Tiga Suku     Mat Filem arahan pertama
Pontianak Gua Musang     Maidin
1965 Tiga Botak     Mat
1966 Dua Kali Lima     Mat
Anak Dara     Untong
1967 Mat Bond     Mat Bond Beliau mengarahkan bersama M. Amin
Mat Raja Kapor     Mat Bond / Mat Raja Kapor
1968 Mat Lanun     Mat
Si Murai     Kancil
1969 Mat Toyol     Mat
1971 Mat Karong Guni     Mat
Mat Magic     Mat Beliau mengarahkan bersama John Calvert
1972 Dara-Kula    
1979 Mat Tenggek     Mat
Penagih Dadah    
1985 Mat Spy     Mat Spy
1988 Mama Mau Kahwin     Filem arahan terakhir
1998 Jibon     Amat Filem terakhir

Iklan sunting

Tajuk
Ding Dang
Tora Datang Lagi

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2011 Jangan Tidur Lagi Dirinya sendiri / tetamu undangan TV3

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2022 Festival Filem Malaysia ke-32 Anugerah Khas Seniman Sepanjang Zaman Menang

Rujukan sunting

  1. ^ "Saya Berjalan Kaki Dikatakan Hidup Melarat" - Mat Sentol.
  2. ^ Meor Yusof Aziddin (13 September 2012). "Mat Sentol: Seniman yang dipinggirkan". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-27. Dicapai pada 25 Februari 2014.
  3. ^ "Bintang/artis komedi veteran". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2015-11-07.

Pautan luar sunting