Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah sekumpulan lima buah Negeri-Negeri Melayu. Negeri-negeri tersebut terdiri daripada negeri:
Kumpulan ini tidak menggambarkan negeri-negeri berikut sebagai satu entiti tetapi hanyalah sebagai satu terma untuk menerangkan tentang negeri-negeri Melayu berkenaan.
Dibawah Perjanjian Bangkok 1909, Siam (kini Thailand) memindahkan hak-hak mereka terhadap Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis kepada pihak British. Pihak British kemudiannya memaksa negeri-negeri Melayu berkenaan menandatangani perjanjian untuk menerima seorang Penasihat British seperti Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang menerima seorang Residen British dalam Persetiaan 1895.
Manakala bagi negeri Johor pula, Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim telah menandatangani Perjanjian Persahabatan dengan kerajaan British pada 11 Disember 1885. Melalui perjanjian ini, Johor hanya menerima seorang pegawai British yang bertugas sebagai Konsul British dan bukan Penasihat British. Tetapi pada 12 Mei 1914, Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar telah menandatangani satu perjanjian dengan Sir Arthur Henderson. Antara isi kandungan dalam perjanjian ini ialah jawatan Konsul ditukar kepada jawatan Penasihat Am (General Adviser). Walau bagaimanapun, kedaulatan Johor dan Sultannya masih bebas dan merdeka tanpa diganggu oleh British.
Pegawai kanan pentadbiran koloni British disitu dikenali sebagai "Penasihat".
Bahasa rasmi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah Bahasa Melayu dengan Tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi.
Kesemua negeri ini kemudiannya menyertai Malayan Union dan sekarang merupakan sebahagian daripada Malaysia.
Senarai Penasihat BritishSunting
Sebelum Perjanjian Anglo-Siam 1909, British mengamalkan polisi tidak campur tangan dalam negeri negeri utara Melayu Tidak Bersekutu. Salah satu syarat dalam perjanjian tersebut adalah Britsish akan meletakkan seorang ejen di setiap negeri.
Bermula tahun 1909, status Ejen British ditukar kepada Penasihat.
- Senarai Ejen British di Terengganu
Tahun Bekhidmat | Nama | |
1909 - 1913 | William Lance Conlay | (b. 1869 - d. 1927) |
1913 - 1915 | W.D. Scott | |
1915 - 1916 | C.N. Maxwell | |
1916 - 1925 | John Lisseter Humphreys | (b. 1881 - d. 1929) |
1925 - 1926 | James William Simmons | (b. 1877 - d. 19...) |
1926 - 1928 | William Miles Millington | (b. 1883 - d. 19...) |
1928 - 1930 | Alfred John Sturrock | (b. 1879 - d. 1946) |
1930 - 1932 | Gordon Lupton Ham | (b. 1885 - d. 1965) |
1932 - 1933 | C.C. Brown | |
1933 - 1934 (first time, acting) | Norman Rowlstone Jarrett | (b. 1889 - d. 1982) |
1935 - 1936 | John Erskine Kempe | (b. 1888 - d. 19...) |
1936 - 1937 (second time) | Norman Rowlstone Jarrett | (b. 1889 - d. 1982) |
1937 (acting) | Patrick Alexander Bruce McKerron | (b. 1896 - d. 1964) |
1937 - 1940 | Arthur Egerton Coope | (b. 1888 - d. 19...) |
1940 - 1941 | George Alexander de Chazal de Moubray | (b. 1888 - d. 1977) |