Filem Penghidupan merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu merupakan sebahagian dari Malaysia pada tahun 1951. Filem Penghidupan diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Penghidupan
PengarahL. Krishnan
DibintangiP. Ramlee
Rokiah Jaafar
Maria Menado
Muzik olehAhmad Jaafar
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Brothers
Tarikh tayangan
  • 23 Mei 1951 (1951-05-23)
[1]
NegaraMalaya (Malaysia & Singapura)
BahasaMelayu

Filem Penghidupan diarahkan oleh pengarah L. Krishnan dan dikeluarkan kepada umum pada 23 Mei 1951.

Sinopsis sunting

Singapura 1950: Salim yang tinggal di kawasan Katong bersama Abang Ipar (Jaffar) dan Kakaknya (Rubiah) merupakan seorang pemuda kacak tetapi mempunyai perangai buruk dan mata keranjang.

Suatu hari Kakaknya itu telah menerima surat daripada Datuknya di Johor meminta supaya datang mengziarahinya. Oleh kerana tiada sesiapa untuk menjaga rumah, Rubiah pun menyuruh Salim pergi sebagai pengganti dirinya.

Di kampung Datuknya itu, Salim bertemu dengan seorang gadis cantik (Salbiah) yang mana keluarganya mempunyai banyak hutang. Salbiah telah dijanjikan oleh Ibunya untuk dikahwinkan dengan seorang Benggali Sikh, yang telah memberikan pinjaman wang.

Salbiah memberitahu perkara tersebut kepada Salim, dan dia berjanji akan membayar segala hutang itu, tanpa benar-benar berniat untuk berbuat demikian. Kerana terlalu gembira dan terpengaruh dengan janji manis Salim, Salbiah menyerahkan kehormatannya, tanpa rela dan berat hati.

Setelah mencemarkan maruah Salbiah, Salim pulang ke Singapura dengan janji yang dia akan kembali membawa wang untuk menebus hutang dan kemudian berkahwin dengannya. Bagaimanapun akhirnya, Salim mengirimkan surat kepada Salbiah menyatakan mengapa dia tidak dapat menunaikan janji dan berkahwin dengannya, Salbiah kecewa.

Apabila masa kelahiran bayinya semakin dekat, Salbiah meninggalkan rumah untuk menjaga nama baik Ibunya dia pergi ke Singapura mencari Salim. Sedang tercari-carikan Salim, Salbiah tiba-tiba pengsan. Dia di bawa ke hospital berhampiran lalu melahirkan anaknya.

Dalam pada itu, Salim jatuh cinta dengan gadis terpelajar, Halimah, ketika menghadiri satu majlis keraian. Salim tidak bertepuk sebelah tangan.

Salbiah, sewaktu merayau-rayau, telah ternampakkan Salim memandu kereta setelah keluar dari sebuah rumah, lalu dia pun masuk ke rumah itu untuk menunggu Salim pulang.

Apabila Salim kembali dan menemui Salbiah, dia terperanjat dan menafikan sebarang tanggungjawab ke atas diri Salbiah. Pertengkaran pun berlaku yang mana akhirnya dia memukul Salbiah.

Sambil menangis-nangis Salbiah berlari mengejar Salim, tetapi tiba-tiba dia dilanggar kereta yang dipandu oleh Bakar, kawan rapat Halimah. Bakar membawa Salbiah ke hospital untuk menerima rawatan.

Mengambil kesempatan atas kekayaan Abang Ipar dan Kakaknya, Salim mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Halimah, dan meminta Kakaknya itu menguruskannya.

Apabila sembuh, Bakar membawa Salbiah ke rumahnya di mana dia mendapat nota yang tercatat Salim akan bernikah dengan Halimah. Bakar marah kerana dia juga mencinta Halimah.

Bakar menulis surat menyatakan perasaan marahnya terhadap Halimah dan menyuruh Salbiah menyampaikan surat tersebut di sebelah rumah, bagi pihaknya.

Apabila Salbiah sampai di rumah Halimah, Salim terserempak dengan Salbiah tetapi dia tidak memperdulikan Salbiah, malah ditolaknya sampai jatuh. Kelakuan kasar Salim itu dilihat Halimah dari beranda rumahnya.

Halimah kemudian pergi mendapatkan Salbiah lalu di bawanya masuk ke dalam rumah, dan bertanya apa hubungannya dengan Salim.

Salbiah pun menerangkan segala-galanya. Demi simpatinya kepada Salbiah, dan untuk membela kaum sejenisnya yang teraniaya, Halimah sanggup berkorban diri lalu dia pun membuat rancangan.

Di hari persandingan yang bernikah dengan Salim bukannya Halimah tetapi Salbiah. Salim begitu marah kerana dirinya dipermainkan, bagaimanapun dia terpaksa menerima hakikat sebenarnya sambil merestui perkahwinannya dengan Salbiah.

Pelakon sunting

Lagu sunting

  • Hutang nyanyian Momo Latiff
  • Cinta Berahi nyanyian Tan Sri P. Ramlee
  • Rindu nyanyian Rubiah
  • Penghidupan Baru nyanyian Tan Sri P. Ramlee & Momo Latiff

Rujukan sunting

Pautan luar sunting