Rokiah binti Ahmad (1925 - 27 Julai 2020) dilahirkan di Gemas, Negeri Sembilan pada tahun 1925. Pada usia 14 tahun, beliau berkahwin dengan Ahmad dan telah dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamakan Zakaria, yang kemudiannya terkenal sebagai A. Galak.

Rokiah Jaafar
Kelahiran
Rokiah binti Ahmad

1925
Meninggal dunia27 Julai 2020 (berumur 94–95)
PekerjaanPelakon

Rokiah mula berlakon sebagai extra dalam filem Chinta pada tahun 1948. Kemudian memegang watak utama dalam filem Berdosa. Puncak kariernya adalah sebagai heroin dalam filem Antara Senyum dan Tangis dan Putus Harapan, kedua2 disamping P. Ramlee. Selepas bercerai dengan suami pertama, beliau telah berkahwin dengan Jaafar Abdullah, seorang pegawai Shaw Brothers. Maka nama glamournya ditukar menjadi Rokiah Jaafar. Selepas filem Arjuna pada tahun 1954, beliau tidak banyak berlakon. Antara filem terakhir Rokiah adalah Kacha Permata pada tahun 1966 dan Lampong Karam pada 1967.

Pada tahun 1967, beliau bercerai dengan Jaafar Abdullah dan terus berhijrah ke Sweden untuk bekerja di sebuah hospital. Di sanalah beliau bertemu dengan seorang pemuda Swedish dan telah mendirikan rumahtangga. Pemuda itu berusia 20 tahun lebih muda dari Rokiah. Selepas lama berapa di Sweden, Rokiah dan suaminya kembali di Malaysia dan sekarang mereka menetap di Gemas. Hingga setakat ini, Rokiah Jaafar boleh dianggap sebagai pelakon paling senior yang masih hidup. Tetapi beliau jarang sekali muncul di mana-mana majlis yang melibatkan kehadiran karyawan filem.

Filemografi Sunting

Filem Sunting

  1. Chinta
  2. Pembalasan
  3. Berdosa
  4. Bapa Saya
  5. Penghidupan
  6. Permata Di Perlimbahan
  7. Sejoli
  8. Antara Senyum dan Tangis
  9. Jiwa Lara
  10. Yatim Piatu
  11. Putus Harapan
  12. Arjuna
  13. Gergasi
  14. Kacha Permata
  15. Lampong Karam

Rujukan Sunting