Tan Sri Lakshmanan Krishnan[1] atau L. Krishnan (dilahirkan pada 21 Oktober 1922. Berasal dari di Madras, India. merupakan seorang pengarah filem-filem Melayu di Singapura. Beliau di lahirkan di India, tetapi mendapat pendidikan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 1941. Sebelum menjadi pengarah filem, beliau pernah bekerja sebagai penyambut tetamu di Raffles Hotel, Singapura pada 1942.


L. Krishnan
Datuk Lakshmana Krishnan
Kelahiran
Lakshmana Krishnan

(1922-10-21) 21 Oktober 1922 (umur 101)
PekerjaanPengarah
Tahun aktif1942–1970
PasanganPuan Sri Rukmanee

Pada tahun 1947, beliau menjadi Penolong Pengarah filem di Kalaivani Films di Madras, sebelum balik ke Singapura pada 1949 dan bekerja sebagai Pengarah Filem di Shaw Studios.

Pada April 1952, Krishnan meletakkan jawatan di Shaw Bros Studios untuk menyertai Studio Cathay-Keris milik Datuk Loke Wan Tho dan Ho Ah Loke. Pada Oktober 1960, beliau berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menubuhkan Studio Merdeka dengan Ho Ah Loke.

Bagaimanapun, pada 1963, beliau meletakkan jawatan di Studio Merdeka untuk menjalankan perniagaan sendiri. Dan, pada Oktober 1970, Krishnan menubuhkan Gaya Film Berhad dan beberapa syarikat berkaitan perfileman dan muzik seperti Gaya Music Studio, Gaya Color Laboratory Sdn Bhd (Gaya Lab) dan Dato Krishnan Holdings Sdn Bhd.

Sepanjang tempoh mengarahkan lebih 30 filem, beliau berjaya melahirkan beberapa nama besar dalam dunia filem tanah air sehingga menjadi legenda terkenal seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Datuk Maria Menado, Allahyarhamah Kasma Booty, Allahyarham Datuk Mustapha Maarof, Allahyarham M. Amin, Allahyarhamah Latifah Omar dan Datuk Hajah Rosnani Jamil.

Beliau dianugerahkan Tokoh Merdeka negeri Perak pada tahun 2016 oleh DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bersama-sama 3 orang tokoh perfileman melayu.

Filemografi sunting

Filem sunting

Sebagai pengarah sunting

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Filem Kategori Keputusan
1958
Festival Filem Malaya
Chinta Gadis Rimba Sutradara Terbaik Menang
1951/1952 Festival Filem Malaya Penghidupan Sutradara Terbaik Menang

(Pencalonan) "Keris Sempena Riau" - Kategori Sutradara Terbaik , Festival Filem Malaya 1961.

(Pencalonan) "Mega Mendong" - Kategori Sutradara Terbaik , Festival Filem Malaya 1956.

• (Pencalonan) "Selamat Tinggal Kekasehku" -Kategori Sutradara Terbaik , Festival Filem Malaya 1955.

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "TAN SRI LAKSHMANAN KRISHNAN". Dicapai pada 22 April 2023.