Ahmad C (1932 – 14 Januari 2010) atau nama sebenarnya Mohamad Abdul Hamid merupakan seorang penyanyi dan pelakon veteran Malaysia. Mohamad Abdul Hamid dilahirkan pada 1932 dan meninggal pada 14 Januari 2010.[1]

Ahmad C
AhmadC.jpg
Kelahiran
Mohamad Abdul Hamid

1932
Meninggal dunia14 Januari 2010 (umur 78)
Sebab kematianMasalah jantung
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Kota Tinggi, Johor
Nama lainAhmad C
PekerjaanPelakon, penyanyi, pelawak

Beliau banyak berlakon dalam beberapa filem melayu klasik, seperti Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Abu Hassan Penchuri, Ibu Mertua-ku, Ali Baba Bujang Lapok, Raja Bersiong dan banyak lagi.

Ahmad C juga pernah menganggotai kumpulan Panca Sitara 1 dan 2 sekitar tahun era 50-an bersama P. Ramlee, Kassim Masdor, Aziz Jaafar dan Normadiah. Ahmad C juga kadangkala dikreditkan sebagai Mohamad Hamid iaitu nama sebenar beliau dalam filem-filem lakonannya.

KerjayaSunting

Tugas awalnya sebagai buruh kasar dan kemudian barulah beliau diberi peluang menjadi pelakon tambahan seterusnya pelakon pembantu yang sangat diingati.

Ahmad C adalah individu yang menemui bakat P. Ramlee ketika menyanyi di pentas Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada tahun 1947. Ketika itu Ahmad C menemani pengarah B.S. Rajhans yang dihantar oleh pihak studio untuk hadir bagi mencari bakat-bakat baru. Ahmad C meminta pengarah B.S. Rajhans untuk mengambil P. Ramlee sebagai penyanyi di Jalan Ampas. Pengarah B.S. Rajhans telah menulis satu nota dan diberikan kepada Ahmad C untuk disampaikan kepada P. Ramlee di belakang pentas. Nota itu mengandungi tujuan menawarkan P. Ramlee untuk ke Jalan Ampas. Itulah buat kali pertama Ahmad C bersua muka dan bersalaman dengan P. Ramlee.

Rupa-rupanya orang yang aku temui itu mempunyai bakat seni yang sungguh besar, begitulah kata-kata yang pernah keluar dari mulut Ahmad C. P. Ramlee dengan Ahmad C mempunyai satu pertalian persahabatan yang sangat erat. Hubungan kedua-duanya tak ubah seperti abang dan adik. Tetapi dalam apa pun keadaan P. Ramlee akan menjadi ketua dan Ahmad C sentiasa menjadi pengikut yang setia.

Setelah P. Ramlee dilantik menjadi pengarah beliau tidak pernah melupakan sahabatnya itu. Menerusi filem pertama arahannya Penarek Becha pada tahun 1955, P. Ramlee mengambil Ahmad C sebagai berlakon sebagai salah seorang penarik beca dalam filem berkenaan. Antara filem-filem lain arahan P. Ramlee yang turut menampilkan Ahmad C seperti Semerah Padi, Pendekar Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Musang Berjanggut, Labu dan Labi, Nasib Si Labu Labi dan yang paling diingati sudah semestinya Ibu Mertua-ku.

P. Ramlee juga telah memberi pengiktirafan kepada bakat Ahmad C dengan melantik beliau sebagai salah seorang ahli kumpulan Pancha Sitara. Sepanjang penglibatan Ahmad C dalam bidang seni beliau telah berlakon lebih dari 60 buah filem di Studio Jalan Ampas.

Ahmad C merupakan seorang yang mempunyai banyak bakat. Selain daripada berlakon dan menyanyi, beliau juga mahir bermain beberapa alat muzik. Beliau juga seperti Aziz Jaafar telah bermain muzik bersama Chand-Ni Rat Band ketika bekerja di Malay Filem Productions di pertengahan tahun 1950an.

Ahmad C sering mengambil watak lucu kerana itu adalah sifat semulajadinya, dan adakala beliau menjadi salah seorang anggota kumpulan jahat seperti cerita dalam filem Semerah Padi dan menjadi samseng dalam filem Pendekar Bujang Lapok.

Setelah tertutupnya Studio Jalan Ampas, beliau telah menjadi kelasi kapal buat beberapa tahun. Kemudian setelah bersara dari belayar, beliau menolong isteri berniaga di kampung.

Meninggal duniaSunting

Ahmad C meninggal dunia pada pukul 12 tengah hari di Hospital Kota Tinggi,   Johor pada usia 78 tahun akibat masalah jantung yang dialaminya sejak dua tahun lalu. Anak-anaknya Roziah, Wahidah, Shari, Sharudin dan menantunya Iskandar berada di sisi Allahyarham.

Selain mereka, beliau mempunyai dua orang anak lelaki lain iaitu Mohd Sari dan Shahruddin. Jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kota Tinggi selepas Asar.

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak
1951 Penghidupan
1952 Anjoran Nasib
1953 Kerana Kau
Ibu
1954 Iman Harun
1955 Penarek Becha kawan Amran
Abu Hassan Penchuri Kassim
1956 Semerah Padi Kuncu Borek
1957 Putera Bertopeng pengikut Tengku Ali
1958 Doktor Rosli
Taufan Samad
Gergasi Ah Chee
Sumpah Orang Minyak Kawan Buyong
1959 Saudagar Minyak Urat Pegawai Polis
Pendekar Bujang Lapok Ahmad Pendayung Sampan
Musang Berjanggut Samseng Kuncu 2
1960 Ali Baba Bujang Lapok 40 Penyamun
Isi Neraka Bujang
Pertarongan Lading
1961 Seniman Bujang Lapok Encik Ahmad
Panji Semerang Raden Sarikan
Singapura Dilanggar Todak Naka
Si Tanggang Upik
1962 Ibu Mertua-ku Hussin Jalal Pemain Double Bass
Gerhana Taib
Labu dan Labi Penyanyi Undangan Pancha Sitara
1963 Nasib Si Labu Labi Osman
1964 Siapa Besar Jiran 2
1965 Dayang Senandong Awang
Sayang Si Buta Sani (kawan Ani)
1967 A-Go-Go '67
1968 Raja Bersiong Pengawal Kampung

RujukanSunting

  1. ^ Kemalai Othman (29 Disember 2010). "SOROTAN 2010 : Pergi Tinggalkan Nama, Jasa Tidak Dilupa". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Julai 2017. Dicapai pada 30 Julai 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)N Diarkibkan 2017-07-30 di Wayback Machine

Pautan luarSunting