Normadiah

Pelakon veteran wanita Singapura-Malaysia

Norma binti Abdullah, AMN, dilahirkan sebagai Edith Sumampouw, namun lebih dikenali sebagai Normadiah (14 Ogos 1932 – 8 Ogos 2000) merupakan seorang pelakon wanita SingapuraMalaysia. Beliau ialah anak kandung Estefanus Louis Sumampouw dan Suzanna Mathilde Huwaè. A. R. Tompel ialah orang yang bertanggungjawab menukarkan nama beliau dari Norma kepada Normadiah. Dilahirkan dari keluarga seni. Normadiah bukan sahaja berkebolehan berlakon tetapi juga menyanyi. Beliau juga diantara generasi pertama filem Melayu yang bertapak di Singapura.

Normadiah

AMN
Kelahiran
Edith Sumampouw

(1932-08-14)14 Ogos 1932
Meninggal dunia8 Ogos 2000(2000-08-08) (umur 67)[1]
Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Sebab kematianPenyakit apendiks dan kencing manis
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur
WarganegaraIndonesia
Nama lainNorma, Edith Sumampo
PekerjaanPelakon, penyanyi, penari
Tahun aktif1953–1997
Terkenal keranafilem Seniati
Pasangan
  • Abdul Rahman (bercerai)
  • S. Hassan Sahab (bercerai)
  • Aziz Jaafar (k. 1961; m. 2000)
Anak-anak5 (termasuk Azlina dan Liza Aziz)
IbuSuzanna Mathilde Huwaè
BapaEstefanus Louis Sumampouw
Hubungan
  • Frederika Sumampouw
  • Andries Sumampouw
  • Johan Sumampouw
  • Theodora Helena Lindhout-Sumampouw (1923)
  • Emma Anna Marie Houben-Harnisch (1926)
  • Elly Sumampouw (1929)
  • Simon Sumampouw (1934)
  • Nyong Ismail (bapa angkat)

Kerjaya sunting

Normadiah telah memulakan kerjaya seninya ketika berhijrah ke Singapura pada tahun 40-an. Pada awal pembabitannya dalam bidang seni, beliau menjadi guru tari dan penyanyi kumpulan bangsawan.

Kemudian setelah ramai pelakon-pelakon bangsawan beralih ke filem, beliau juga turut mencuba nasib dalam filem menerusi filem Seniwati arahan A. R. Tompel pada tahun 1953. Kemudian diikuti dengan filem Roh Membela, Sengsara, Empat Isteri, Siapa Salah, Panggilan Pulau, Semerah Padi, Bujang Lapok, Sumpah Wanita dan Kasih Tanpa Sayang. Sementara itu antara lakonan beliau pada era filem Melayu warna ialah Dia Ibuku, Sumpah Semerah Padi, Gila-Gila dan beberapa lagi.

Dalam dunia lakonannya selama lima dekad, beliau dianggap pelakon serba boleh kerana berjaya menjiwai pelbagai watak dengan cukup berkesan. Daripada watak menghayat hati sehinggalah ke watak wanita penggoda, beliau menjadi sebutan biarpun ada yang membenci wataknya.

Selain menjadi pelakon dengan Shaw Brothers, beliau banyak terlibat sebagai pereka tari tarian-tarian tradisional Melayu di dalam filem.

Normadiah juga turut menyanyi bersama-sama dengan P. Ramlee dalam filem Bujang Lapok, Panggilan Pulau, Perjodohan dan Siapa Salah.

Antara lagu-lagu yang dinyanyikan secara berduet bersama P. Ramlee adalah lagu Bulan dan Juga Angin, Mengapa Riang Ria, Kumbang dengan Bunga dan banyak lagi. Beliau juga merupakan ahli asal kumpulan Panca Sitara yang kemudian diganti oleh Saloma sehingga beliau menggantikannya semula selepas Saloma meninggal dunia.

Kehidupan peribadi sunting

Sepanjang kehidupan beliau, beliau pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan bersama suaminya yang ketiga iaitu seniman Aziz Jaafar, kekal hingga ke akhir hayat. Bersama Aziz Jaafar, beliau dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Azlina Aziz dan Liza Aziz. Kedua-dua anak beliau adalah penyanyi terkenal di Malaysia.

Kematian sunting

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 8 Ogos 2000 di Hospital Assunta, Petaling Jaya ketika berusia 67 tahun kerana penyakit apendiks dan kencing manis.[2][3]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1953 Pachar Puteh Filem pertama
Seniwati
Dian
Sengsara
Siapa Salah?
1954 Panggilan Pulau Jelita
Perjodohan Habibah
1955 Roh Membela
Empat Isteri Aminah
Bernoda
1956 Semerah Padi Galak
Keadilan Illahi Aishah
1957 Belantara
Bujang Lapok Cik Norma
Putera Bertopeng Khadijah
1958 Kaki Kuda Minah
Doktor
1959 Dandan Setia Penyair / Nenek Kebayan
Saudagar Minyak Urat Normah
Raja Laksamana Bentan Tengku Wan Senari
1960 Lela Manja Dang Suri
Sumpah Wanita Mak Labu
Pertarongan Dang Nila
Megat Terawis Tengku Kamariah
1961 Sri Tanjung
Panji Semerang Paduka Liku
Ali Baba Bujang Lapok Siti Aloyah
Si Tanggang Dermai
1962 Lubalang Daik Datin Wan Kembang
1963 Kasih Tanpa Sayang Wan Kalsom
1964 Jeritan Batin
Siapa Besar Sharipah
Mambang Moden Esah
1965 Taqdir Selasih
Pusaka Pontianak Salbiah
1966 Sri Andalas Pemaisuri Kedua / Bonda Tiri
Anak Buluh Betong Dayang Wati
Aksi Kuching Tipah
1967 Lampong Karam Gusti
1968 Ibulah Syurga
Raja Bersiong Tukang Masak Istana
1971 Mat Karong Guni Mak Nor
Semusim Di Neraka
1976 Hapuslah Air Matamu Ibu Ani
1977 Pendekar
1978 Si Badol Isteri Orang Kaya
Panglima Badol Datin
1979 Gila-Gila Datin
1979 Dendang Perantau Mak Siti Di samping Uji Rashid & Hail Amir
1980 Toyol Normah
1981 Si Luncai Datin
Dia Ibuku Mak Hitam
1982 Penentuan Mastura
Anak Sulung Tujuh Keturunan Timah
1983 Ke Medan Jaya
1990 Orang Kampung Otak Kimia Normah
1997 Layar Lara Dirinya sendiri Filem terakhir, penampilan khas

Anugerah dan pencalonan sunting

  • Menerima Anugerah Seniwati Sepanjang Zaman di Konsert Diva 2000 diadakan di Singapura.
  • Beliau pernah menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup.
  • Menerima Anugerah Panggung Era di Anugerah Era 2001.
Tahun Anugerah Filem Kategori Keputusan
1986
Festival Filem Malaysia ke-6
- - Anugerah Khas Pelakon Wanita Vateran
1982 Festival Filem Malaysia ke-3 - - Anugerah Khas Juri bagi Rekaan Pakaian Tradisional Terbaik

*Normadiah adalah orang yang bertanggungjawab mereka pakaian tersebut.

1960 Festival Filem Malaya Lela Manja Aktes Pembantu Terbaik Menang
1955 Festival Filem Malaya Empat Isteri Aktres Terbaik Menang

• (pencalonan) Aktres Terbaik "Lampong Karam" - Festival Filem Malaysia 1967/68.

• (pencalonan) Aktres Pembantu Terbaik "Aksi Kucing" - Festival Filem Malaysia 1966.

• (pencalonan) Aktres Pembantu Terbaik "Siapa Besar?" - Festival Filem Malaysia 1964.

• (pencalonan) Aktres Pembantu Terbaik "Si Tanggang " - Festival Filem Malaya 1961.

• (pencalonan) Aktres Pembantu Terbaik "Bujang Lapok" - Festival Filem Malaya 1957.

• (pencalonan) Aktres Pembantu Terbaik "Semerah padi" - Festival Filem Malaya 1956.

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mod=artist&p=info&id=3810
  2. ^ Allahyarham Normadiah terkilan tak dapat kerakyatan Malaysia Diarkibkan 2019-01-14 di Wayback Machine Utusan Malaysia. 13 Ogos 2000.
  3. ^ Haliza Ahmad (9 Ogos 2000). "Passing of a legend". The Malay Mail. Dicapai pada 21 Disember 2021.

Pautan luar sunting