Salleh Ghani
Salleh Ghani (3 Disember 1923 – 20 Ogos 1986) merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis dan wartawan veteran Malaysia yang kerjayanya melangkaui selama 39 tahun. Beliau menduduki kerusi pengarah dengan filem arahan pertamanya, Sri Mersing. Pada 1986, beliau meninggal dunia akibat komplikasi dari penyakit kanser.
Salleh Ghani | |
---|---|
Kelahiran | Salleh bin Ghani 3 Disember 1923 |
Meninggal dunia | 20 Ogos 1986 | (umur 62)
Sebab kematian | Kompilasi dari penyakit kanser |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Hulu Kelang |
Pekerjaan | Pelakon, pengarah, penulis, wartawan |
Tahun aktif | 1947–1986 |
Pasangan | Raja Hamidah Raja Saat (k. 1955; m. 1986) |
Anak-anak | 12 (termasuk Adam Salleh) |
Biografi
suntingSelepas tamat persekolahan, Salleh Ghani menjadi guru untuk beberapa tahun sebelum berhijrah ke Singapura selepas Perang Dunia Kedua untuk mengejar cita-citanya menjadi seorang penulis buku. Hidupnya di Singapura dimulakan dengan pelbagai kerja termasuk menjadi guru di Sekolah Batu Penggaram. Masa lapangnya dipenuhi dengan menulis novel termasuk yang bercorak panas dan sensasi.
Nama Salleh Ghani mula mendapat perhatian ramai apabila menjadi editor kepada sebuah majalah hiburan yang diterbitkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ironinya Salleh Ghani memimpin majalah yang diberi nama Juwita itu dari rumahnya di Singapura. Salleh juga pernah menjadi wartawan di Singapura ketika krisis 'Natrah'.Beliau adalah penulis buku atau Novelis seangkatan Arenawati dan Keris Mas.
Salleh mula melangkah ke dunia filem pada tahun 1947 apabila dipilih berlakon dalam filem "Seruan Merdeka" yang diarahkan oleh H.M Chisty keluaran Malayan Arts Production Company.
Memang menarik sekali, Salleh yang tidak pernah mempunyai sebarang pengalaman tentang lakonan telah diserahkan peranan hero. Dengan itu, Salleh Ghani menjadi anak keturunan Melayu pertama menjadi hero ditengah-tengah pelakon lain yang pada umumnya datang dari tanah seberang seperti Jawa dan Sumatera.
Bertolak dari filem "Seruan Merdeka," Salleh tidak menoleh kebelakang lagi dalam kerjaya perfilemannya. Kerjaya itu diperluaskan ke bidang penulisan skrip selain menumpukan bidang lakonan. Ketika Keris Filem ditubuhkan pada awal 1950-an Salleh Ghani menjadi pekerja tetap di studio itu dengan jawatan Penolong Pengarah. Setelah ditubuhkan pula Studio Cathay Keris Film pada tahun 1954, Salleh Ghani berpindah kerja ke studio baru itu dengan jawatan yang sama.
Anak kelahiran Johor itu diberi kepercayaan menjadi Pengarah Filem pada tahun 1960, berikutan dengan kejayaan beberapa orang pengarah Melayu seperti P. Ramlee dan Jamil Sulong di Studio Malay Film Produvtions serta S. Roomai Noor dan Hussein Haniff di Studio Cathay Keris Film. Salleh Ghani juga pernah bekerjasama dengan William Holden (pemenang Aktor terbaik Academy Award) ketika aktor tersebut berlakon di Singapura dlm filem 'Keeping The Peace' arahan Don Sharp. Salleh menjadi penolong pengarah dalam filem yang diterbitkan pada tahun 1959 itu.
Di tengah kegemilangan kerjaya perfilemannya di Singapura, Salleh berhijrah ke Studio Merdeka Film di Hulu Kelang, Selangor pada tahun 1962 dengan mengarahkan filem "Siti Payung" yang diilhamkan daripada judul lagu Siti Payung yang bercorak tradisional asli. Semasa penghijrahan Salleh ke Malaysia, dunia filem Melayu sedang mengalami kemerosotan kerana kehilangan penonton menjadikan nasib para karyawan dan para pelakon filem Melayu terumbang-ambing.
Bagi meneruskan kehidupan Salleh Ghani beralih kepada bidang pengarahan drama TV setelah Radio Televisyen Malaysia (RTM) memperkenalkan projek drama swasta pada awal 1980-an. Projek drama swasta tercetus daripada idea Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang pada masa itu menjadi Menteri Penerangan. Cerita filem Sri Mersing dipindahkan kepada drama TV dengan judul "Tragedi Seri Mersing." Drama yang dihasilkan oleh Salleh Ghani itu telah muncul sebagai salah satu rancangan televisyen yang menarik di stesen RTM. Telah menerima beberapa anugerah Tokoh dari Gafim dan juga FINAS.Keseluruhannya Salleh Ghani telah mengarahkan lebih kurang 15 buah filem dan beberapa drama TV.
Salleh Ghani mengakhiri zaman bujangnya pada tahun 1955 dengan mendirikan rumahtangga bersama Raja Hamidah binti Raja Sa’at yang juga pelakon filem di Singapura. Perkahwinan itu dikurniakan 12 orang cahaya mata, iaitu Normala, Zulkiflee, Norashikin, Lukmanul, Hakim, Norsidah, Mohd Noor, Adam, Mariam, Mohd Effendi, Ahmad, Abdullah dan Muhammad Taib.
Pengarah dan pelakon berkaliber itu terpaksa berundur daripada bidang perfileman yang sebati dengan jiwanya itu setelah menderita sejenis sakit barah. Namun dalam keuzuran itu, Salleh Ghani meneruskan usaha menulis sambungan skrip "Tragedi Seri Mersing." Usaha itu terhenti di pertengahan jalan apabila menghembuskan nafas terakhirnya pada 20 Ogos 1986 di rumahnya di Klang Gate, Kuala Lumpur.
Bibliografi
suntingCERITA CERITA PENDEK YANG DIKARANG (CERPEN)
1
MEMANG JODOH MU 1948 (NOV) MUTIARA (BIL.2) CENDERAWASIH (Nama Pena)
2
AMPUNILAH DOSAKU 1949 (APRIL) MUTIARA (BIL.6) CENDERAWASIH (Nama Pena)
3
JANDA BAHAGIA 1949 (APRIL) MUTIARA (BIL.6) CENDERAWASIH (Nama Pena)
4
SALAHKAH DISISI MASYARAKAT 1949 (APRIL) MUTIARA (BIL.6) CENDERAWASIH (Nama Pena)
5
TERKORBAN SIFAT KERANA JANJI 1952 (MEI) MUTIARA (BIL.38) CENDERAWASIH (Nama Pena)MENDAPAT PILIHAN RAMAI CERITA PENDEK KE-2 TERBAIK
6
PERISTIWA DI PAGI HARI RAYA
1950 (OGOS) MUTIARA (BIL.38) CENDERAWASIH (Nama Pena)
7
GADIS YANG TAK MUNGKIR JANJI
1950 (FEB) MUTIARA (BIL.38) CENDERAWASIH (Nama Pena)
8
FILEM MELAYU
1951 (NOV) JUITA (BIL.2) SALLEH GHANI
9
GABUNGAN PELAKON-PELAKON MELAYU
1951 (SEPT) JUITA (BIL.3) SALLEH GHANI
10
HENDAK MENANTU KAYA
1952 (MEI) . JUITA (BIL.6) CENDERAWASIH (Nama Pena)
11
SYARIKAT FILEM MELAYU LTD
1952 (MEI) JUITA (BIL.8) SALLEH GHANI
12
KERANA POTRETMU
1948 (DIS) JUITA CENDERAWASIH (Nama Pena)
13
RACUN PERKONGSIAN 1948 (DIS) JUITA CENDERAWASIH (Nama Pena)
14
LANTARAN MULUT
1951 (JUN) JUITA CENDERAWASIH (Nama Pena)
15 DISEBALIK PERTOLONGAN YANG IKHLAS 1949 (MEI) JUITA CENDERAWASIH (Nama Pena)
16
UBAHLAH DASAR MU RAFEAH 1951 (MEI) JUITA CENDERAWASIH (Nama Pena)
17
MENTUA KU
1949 (MEI) JUITA CENDERAWASIH (Nama Pena)
18
KESUDAHAN SEORANG ISTERI
1950 (JAN) MASYARAKAT CENDERAWASIH (Nama Pena) RUANGAN KAUM IBU
19
DOKTOR AHMAD 1951 (JUN) HIBURAN KANAK KANAK CENDERAWASIH (Nama Pena)
NOVEL NOVEL YANG DIKARANG DAN TELAH DITERBITKAN'
1
SERUAN MERDEKA 1947 SENTOSA PRESS TELAH DIFILEMKAN
2.
SUDAH AJALKU 1948 SENTOSA PRESS
3
LANTARAN KASMAH 1949 SENTOSA PRESS
4
HAKIM JADI HAKIM 1950 SENTOSA PRESS
5
RACHUN PENAWAR 1950 SENTOSA PRESS
6
RADEN MAS 1951 SENTOSA PRESS TELAH DIFILEMKAN
7
BERJANJI SEHIDUP SEMATI 1952 SENTOSA PRESS
8 BERMADU
1952 SENTOSA PRESS
9
ROHANA 1952 SENTOSA PRESS
10
RAHSIA CINTA 1952 SENTOSA PRESS
11
PUTUS HARAPAN 1953 SENTOSA PRESS
12
BAWANG PUTIH BAWANG MERAH 1955 GELIGA PRESS TELAH DIFILEMKAN
13
NAFSU 1956
14
PUTERI GUNONG LEDANG 1956 GELIGA PRESS TELAH DIFILEMKAN
15
NAFSU KUDA 1956 SENTOSA PRESS NOVEL PALING LARIS DI JUAL
16
PEREMPUAN 1956 SENTOSA PRESS
17
SABARINA 1956 SENTOSA PRESS
18
TIJAH JANDA MALABARI 1956 SENTOSA PRESS
19
BUKU NYANYIAN MELAYU (SIRI 1-4) 1956 SENTOSA PRESS
20
ANAK DARA DI SANGKA JANDA 1959 NUSANTARA
21
KASIH MEMBAWA MAUT 1959 SENTOSA PRESS
22
SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG 1959 TELAH DIFILEMKAN
23
MALAYSIA ABADI 1969 BELUM DITERBITKAN MEMASUKI PERADUAN DEWAN BAHASA & PUSTAKA PADA 1969.MENDAPAT TEMPAT PERTAMA TETAPI MALANGNYA KEPUTUSAN DIBEKUKAN KERANA PERISTIWA 13 MEI. HANYA TEMPAT KE-3 DIUMUMKAN IAITU ARENAWATI.
24
ANTARA 2 KASIH 1980 VARIAPOP GROUP ADIMUS PUTRA (NAMA PENA)
25
CINTA ABADI 1980 VARIAPOP GROUP ADIMUS PUTRA (NAMA PENA)
26
NODA NODA PUTIH 1980 VARIAPOP GROUP TELAH DIFILEMKAN DAN TAJUK DIUBAH KEPADA FILE 'RIBUT BARAT'
* NOTA * TAJUK NOVEL DIPEROLEHI DARIPADA BUKU CATITAN ALLAHYARHAM SALLEH GHANI
Filemografi
suntingFilem
suntingSebagai pelakon
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1947 | Seruan Merdeka | Leftenan Rashid | Filem pertama |
1948 | Chempaka | ||
1953 | Buloh Perindu | ||
Nelayan | |||
Kembali Ke Desa @ Cinta Abadi | |||
1954 | Merana | Doktor | |
Dahlia | |||
Terang Bulan Di Malaya | |||
Insaf | |||
Pertaruhan | |||
Tangisan Ibu | |||
1955 | Duka Nestapa | ||
Selamat Tinggal Kekasihku | |||
Kasih Menumpang | |||
Azan | |||
Selamat Hari Raya | |||
1957 | Che Mamat Parang Tajam | ||
1958 | Satay | Osman | |
1959 | Batu Belah Batu Bertangkup | Bapa Pekan dan Melur | |
1960 | Tunang Pak Dukun | Abang Hashim | |
Che Mamat Parang Tumpul | Sub-Editor | ||
1963 | Budi dan Dosa | Ketua Kelab | |
1967 | Keluarga 69 | Badim bin Badam | Filem terakhir |
Sebagai penolong pengarah
suntingTahun | Tajuk |
---|---|
1953 | Nelayan |
1954 | Kembali Ke Desa |
Duka Nestapa | |
1955 | Kasih Menumpang |
1957 | Salah Sangka |
Pontianak | |
Dendam Pontianak | |
1958 | Sumpah Pontianak |
Che Mamat Parang Tajam | |
1959 | Mahsuri |
Bawang Putih Bawang Merah | |
Pak Pandir | |
Keeping The Peace | |
1960 | Noor Islam |
Tunang Pak Dukun | |
1962 | Jula Juli Bintang 7 |
Sebagai penulis
suntingTahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
1959 | Bawang Putih Bawang Merah | Cerita dan lakon layar |
1961 | Sultan Mahmud Mangkat Dijulang |
Sebagai pengarah
suntingTahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
1961 | Sri Mersing | Filem arahan pertama |
Jalak Lenteng | ||
Tun Fatimah | ||
1962 | Siti Payong | |
1963 | Tangkap Basah | |
Ibu Ayam | ||
Anak Manja | ||
1964 | Tun Mandan | |
1965 | Hujan Darah | |
1966 | Perusahaan Batek Tangan – Batek Tembaga | Filem Dokumentari |
Suasana Malaysia No.3 | ||
1981 | Ribut Barat | |
1983 | Pertentangan | Filem arahan terakhir |
Televisyen
suntingSebagai pengarah
suntingTahun | Tajuk | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|
1984–1985 | Tragedi Sri Mersing | TV1 | Drama Swasta RTM |
1985 | Teluk Mas |