Seruan Merdeka[a] merupakan sebuah filem drama politik Singapura 1947 arahan B.S. Rajhans terbitan Malayan Arts Production.[2][3][4] Dikeluarkan pada 16 Ogos 1947, ia merupakan filem pasca perang Melayu pertama dan filem cereka politik pertama. Sebuah iklan promosi di The Singapore Free Press menyifatkannya sebagai "filem Melayu pertama pendudukan semula" Singapura,[5] manakala The Straits Times mengiklankannya sebagai "kisah pertama gerakan bawah tanah Malaya".[6]

Seruan Merdeka
PengarahB.S. Rajhans
Dihasilkan olehS.M.A.H. Chrishty
Dibintangi
Diedarkan olehMalayan Arts Production
Tarikh tayangan
16 Ogos 1947[1]
Masa tayangan
75 minit
NegaraSingapura
BahasaMelayu

Ringkasan sunting

Filem ini menggambarkan kesengsaraan berikutan Pendudukan Jepun dan kebangkitan nasionalisme yang timbul. Ia menandakan kali pertama bahawa kedua-dua Cina dan Melayu digambarkan berada pada kedudukan yang sama dalam penerbitan tempatan, dengan dialog dalam kedua-dua bahasa untuk menggambarkan bagaimana perpaduan kaum memastikan kejayaan peperangan gerila pada era itu.[7][8][9][10] Filem ini mengisahkan Rashid, dalam kerjanya sebagai pengintip radio untuk pasukan bersekutu di Singapura yang diduduki Jepun sehingga penangkapannya oleh Kempetai (polis tentera Jepun) dan seterusnya melarikan diri dan bertemu dengan lelaki yang mengkhianatinya.[2][3]

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Seruan Merdeka diarahkan oleh Badar Singh Rajhans dan diterbitkan oleh S. M. A. H. Chishty, seorang ahli perniagaan yang telah menubuhkan Malayan Arts Production di Istana Kampong Glam.[2][3][11] Rajhans telah kembali ke Calcutta, India selepas menghasilkan filem Leila Majnun di Singapura pada tahun 1934. Beliau hanya kembali ke pulau itu selepas Pendudukan Jepun berakhir.[8] Rajhans telah dibantu oleh empat tenaga profesional filem lain selama tiga bulan supaya filem itu dapat disiapkan menjelang Mei 1947. Salah seorang daripada mereka ialah Mohamed Pillus, ahli kumpulan gerila Force 136, yang telah menentang Jepun.[12][13]

Filem ini dibintangi oleh pelakon bangsawan tempatan seperti Rukiah Hanafi sebagai Zahara, heroin filem; Salleh Ghani sebagai Leftenan Rashid, kekasihnya; serta Bachtiar Effendi; Johar Effendi; dan Siti Tanjung Perak.[14] Salleh dan Siti Tanjung akan terus mengukir kerjaya dalam industri perfileman, memperoleh beberapa ukuran kemasyhuran.[7] Filem ini menjalani penggambaran di Sekolah Melayu Siglap[3] dan studio di Istana Kampong Glam.[2]

Keluaran dan sambutan sunting

Seruan Merdeka ditayangkan di Teater Queens pada tengah malam 16 Ogos 1947.[5][15] Memandangkan Shaw Brothers dan Cathay mempunyai monopoli ke atas banyak pawagam di Malaya pada masa itu, mereka menetapkan had ke atas tayangan filem yang dibuat oleh syarikat penerbitan lain. Filem ini berkemungkinan tidak mendapat liputan seluas yang sepatutnya; akibatnya, ia menjadi kegagalan secara komersial.[16]

Bagaimanapun, Chishty memastikan filem itu ditayangkan serentak di tiga bandar lain – Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kuching – bertepatan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Filem ini diedarkan di Asia Tenggara[2][17] serta dialih suara ke dalam bahasa Hindi dan ditayangkan di India oleh pengedar filem Messrs Lovji & Ashroff.[12][17] Rajhans kemudiannya diupah oleh Shaw, di mana beliau menghasilkan 10 filem antara 1947 dan 1950 di bawah Malay Film Productions milik syarikat itu.[8]

Filem ini telah hilang atau pupus akibat kekurangan kesedaran terhadap penyimpanan filem.[18]

Catatan sunting

  1. ^ Dalam beberapa rencana berita, tajuk filem ini dieja sebagai Seruhan Merdeka dan diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai The Voice of Freedom, Cry of Freedom dan Call of Freedom.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f "Catatan penerbitan Seruan Merdeka". Filem Kita. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 November 2008. Dicapai pada 22 Mac 2010.
  2. ^ a b c d e "Malay film of the Occupation" [Filem Melayu semasa Pendudukan] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 10 Mac 1947. m/s. 3. Dicapai pada 25 November 2018.
  3. ^ a b c d "S'PORE 'SHOOTS' KEMPEI FILM" [S'PURA 'RAKAM' FILEM KEMPEI] (dalam bahasa Inggeris). The Singapore Free Press. 7 Mac 1947. m/s. 5. Dicapai pada 25 November 2018.
  4. ^ "Seruan Merdeka – Singapore's first postwar Malay film" [Seruan Merdeka - Filem pasca perang Melayu pertama Singapura]. History SG (dalam bahasa Inggeris). Lembaga Perpustakaan Negara. 1947. Dicapai pada 25 November 2019.
  5. ^ a b "Page 8 Advertisements Column 1 (Queens Theatre)" [Halaman 8 Ruangan Iklan 1 (Teater Queens)] (dalam bahasa Inggeris). The Singapore Free Press. 16 Ogos 1947. m/s. 8. Dicapai pada 25 November 2018.
  6. ^ "Page 3 Advertisements Column 3 (Queens Theatre)" [Halaman 3 Ruangan Iklan 3 (Teater Queens)] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 18 Ogos 1947. m/s. 3. Dicapai pada 25 November 2018.
  7. ^ a b Millet 2006, m/s. 28.
  8. ^ a b c Fu 2019, m/s. 156.
  9. ^ Van der Heide 2014, m/s. 132.
  10. ^ "Singapore setting for guerrilla film" [Tetapan Singapura untuk filem gerila] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 20 Januari 1947. m/s. 3. Dicapai pada 25 November 2018.
  11. ^ Millet 2006, m/s. 117.
  12. ^ a b Zamberi & Aimi 2005, m/s. 117.
  13. ^ "EX-GUERILLA HELPS TO MAKE A FILM" [BEKAS GERILA BANTU HASILKAN FILEM] (dalam bahasa Inggeris). The Singapore Free Press. 5 Mei 1947. m/s. 5. Dicapai pada 25 November 2018.
  14. ^ Yusnor Ef (5 Mei 2001). "Tenggelam' bangsawan, timbul filem Melayu". Berita Harian Singapura. m/s. 22. Dicapai pada 25 November 2018.
  15. ^ "'Seruan Merdeka' Now Ready For The Screen" ['Seruan Merdeka' Kini Bersedia Untuk Ditayangkan] (dalam bahasa Inggeris). Sunday Tribune. 6 Julai 1947. m/s. 9. Dicapai pada 25 November 2018.
  16. ^ Zamberi & Aimi 2005, m/s. 132.
  17. ^ a b "MALAY GUERRILLAS SEEN ON SCREEN" [GERILA MELAYU DI LAYAR PERAK] (dalam bahasa Inggeris). The Singapore Free Press. 19 Ogos 1947. m/s. 5. Dicapai pada 25 November 2018.
  18. ^ Danial Aziz Ahmad (23 September 2017). "Filem Melayu Klasik Yang Bertemakan Perang Dunia Kedua". The Patriots. Dicapai pada 25 November 2018.

Bibliografi sunting