Aimi Jarr

pelakon dan orang filem Malaysia

Aimi Jarr atau nama sebenarnya Omar bin Puteh (25 Julai 1939 – 10 Mei 2011) merupakan seorang wartawan hiburan, pelakon, penolong pengarah, pengarah drama-drama TV, penulis skrip, rencana, dan novel. Datuk Omar Puteh juga merupakan sub-penyunting di akhbar Utusan Malaysia.

Aimi Jarr
Kelahiran
Omar bin Puteh

(1939-07-25)25 Julai 1939
Meninggal dunia10 Mei 2011(2011-05-10) (umur 71)
Taman Melawati, Shah Alam, Selangor
Sebab kematianSerangan jantung
DikebumikanTanah Perkuburan Muslim Klang Gate, Hulu Klang
PekerjaanWartawan hiburan, pelakon, penolong pengarah, pengarah drama-drama TV, penulis skrip, rencana, dan novel.
MajikanUtusan Malaysia
PasanganNoriah Ishak
Anak-anak3

Beliau sangat rapat dengan seniman agung Tan Sri P. Ramlee dan sering terlibat dalam perbincangan dan pertemuan-pertemuan antara P. Ramlee dengan rakan-rakan rapatnya dalam media. Beliau juga pernah berlakon di dalam beberapa buah filem dan drama dalam siri televisyen khususnya drama-drama arahan dan terbitan Skop Productions milik Datuk Yusof Haslam.[1]

Pencapaian

sunting

Allahyarham Aimi Jarr pernah dinobatkan sebagai penulis skrip terbaik semasa Pesta Filem Malaysia pada tahun 1981 bagi filem "Dia Ibuku".

Meninggal dunia

sunting

Pada tanggal 10 Mei 2011, Allahyarham Omar Puteh telah meninggal dunia di rumahnya di Taman Melawati pada usia 71 tahun akibat serangan jantung.[2] Sebelum itu, Allahyarham Datuk Omar Puteh pernah menghidap penyakit kencing manis yang tidak serius. Allahyarham Aimi Jarr meninggalkan seorang balu, Noriah Ishak, 74, dan tiga orang anak, Norimy Jarr, 44, Norlisda Jarr, 40, dan Romy Jarr. Aimi Jarr dikebumikan di Tanah Perkuburan Muslim Klang Gate, Hulu Klang, Selangor, Malaysia selepas Solat Zohor.

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Catatan
Pelakon Penulis Penulis Lirik
1977 Menanti Hari Esok       Runut bunyi
1979 Tiada Esok Bagimu       Zamri
1980 Esok Masih Ada      
Detik 12 Malam       Cerita asal
1981 Dia Ibuku      
1992 Kanta Serigala       Doktor Psikiatri
1997 Gemilang       Pengacara Penampilan Khas
2003 MX3       En. Omar
Gila-Gila Pengantin       Bapa Aliah
2004 Pontianak Harum Sundal Malam       Pembesar Istana II
Gila-Gila Pengantin Remaja       Badar
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2000 Maria Mariana The Series Ali TV3 Drama pertama
2011 Pak Kaduk Wan Seman TV2 Drama terakhir
Tahun Tajuk Catatan
1974 "Rima Juara Katil"
1984 "P. Ramlee Dari Kaca Mata Aimi Jarr"
1985 "Sepi Itu Indah"
1999 "P. Ramlee Lagenda Yang Terus Hidup"
2000 "P. Ramlee Insan Pesona Seni"
2006 "Sejarah Awal Filem Melayu"
2007 "Jejak Terbilang"

Anugerah & Pencalonan

sunting
Tahun Tajuk Kategori Pencalonan Keputusan
1981 Festival Filem Malaysia ke-2 Lakon Layar Terbaik Dia Ibuku Menang

Rujukan

sunting
  1. ^ "SOROTAN 2011: Mereka 'Pergi' Tinggalkan Jasa". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-13. Dicapai pada 2021-08-14.
  2. ^ "SOROTAN 2011: Mereka 'Pergi' Tinggalkan Jasa, Oleh KEMALIA OTHMAN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-13. Dicapai pada 2021-08-14.

Pautan luar

sunting