Asmara Luna ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2013 arahan Azman "Jinggo" Yahya dengan skrip oleh Sofia J. Rhyland.[1] Dibintangi oleh Siti Saleha, Shukri Yahaya dan Aidil Aziz, drama ini bersiaran di Slot Samarinda TV3 dari 21 Ogos 2013 hingga 23 September 2013 menggantikan Ramadan Yang Hilang.

Asmara Luna
GenreDrama
Ditulis olehSofia. J Rhyland
PengarahAzman Yahya
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Cinta dan Air Mata" oleh Baharin
Lagu penutup"Cinta dan Air Mata" oleh Baharin
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifAzman Yahya
PenerbitSheila Rusly
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
JS Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal21 Ogos 2013 – 23 September 2013

SinopsisSunting

Kisah bermula ketika sambutan ulangtahun hari jadi ke-21 seorang gadis bernama Luna (Siti Saleha), anak tunggal pasangan Ahmad dan Zaharah. Ibu dan bapa Luna sepakat menghadiahkan sebuah kereta buat anak gadis mereka. Luna sangat teruja dan berterima kasih kerana akhirnya memiliki kereta sendiri yang juga menjadi simbol dewasa dan kebebasan.

Hari jadi Luna menjadi lebih bermakna apabila rakan baiknya, Emma (Miera Liyana) membelikan kek yang istimewa. Malah, abang Emma iaitu Habib (Shukri Yahaya) turut mengirimkan hadiah teddy bear (sama seperti saban tahun). Luna menyimpan perasaan terhadap Habib tetapi Habib lebih senang memanggil Luna sebagai adik, maka Luna hanya meluahkan isi hatinya di dalam diari “Dear Luna”. Semasa majlis yang ringkas itu, Luna juga menyatakan harapan yang dia sebenarnya teringin hendak bertemu dengan ibu kandungnya walau untuk sedetik.

Sejak mempunyai kereta, kini lebih mudah untuk Luna bergerak ke mana-mana termasuklah untuk mencari kerja. Selepas beberapa sesi temu ramah, Luna akhirnya berjaya mendapatkan kerja di sebuah syarikat kejuruteraan sebagai eksekutif. Kehadiran Luna menarik perhatian beberapa orang pekerja di sana termasuklah Adam (Aidil Aziz) dan rakan-rakannya. Mereka siap bertaruh siapa yang akan berjaya untuk mengajak Luna keluar. Adam rasa tercabar apabila Luna menolak pelawaannya. Adam berjanji akan berusaha sehingga dapat apa yang dia inginkan.

Setelah mencuba pelbagai cara, akhirnya Luna bersetuju untuk keluar bersama Adam. Tambahan pula, Luna merasakan Habib masih bersikap sama. Walaupun Habib tidak pernah menyatakan cinta terhadap Luna namun lelaki itu sememangnya juga menaruh harapan terhadap Luna. Habib berasa kecewa bila mendapat tahu gadis idamannya itu rupanya sudah meminati orang lain. Pada waktu yang sama, Luna benar-benar menyenangi karakter Adam yang suka berjenaka dan sentiasa tahu membuat Luna tergelak.

Namun, hubungan mesra ini tidak berpanjangan apabila tersebar pula niat sebenar Adam memikat Luna kerana pertaruhan. Kini, Luna terpaksa memikirkan cara untuk menjauhi Adam. Bagi membuktikan bahawa dia benar-benar ikhlas terhadap Luna, Adam mengajak Luna bertemu dengan keluarganya. Atas dasar persahabatan, akhirnya Luna bersetuju. Ibu dan bapa Adam sangat menyenangi Luna kerana gadis itu berbudi bahasa dan pandai mengambil hati mereka. Bahkan, mereka tidak sabar untuk bertemu dengan keluarga Luna. Apakah yang bakal dilakukan oleh Luna seterusnya? Bagaimana pula dengan Habib? Dapatkah Luna bertemu dengan ibu kandungnya?

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

RujukanSunting

  1. ^ Budiey (3 September 2013). Sinopsis Drama Asmara Luna Sensasi Selebriti. Dicapai pada 14 Jun 2014.