Buka menu utama

Miera Leyana binti Kasmi (Jawi: ميايرا ليانا; lahir 28 Ogos 1993) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan pelakon wanita utama bagi drama bersiri dalam talian (d.b.t.) Luna Fantasiku yang juga merupakan kemunculan sulung beliau di dalam dunia lakonan. Bakat beliau telah ditampilkan oleh agensi pencarian bakat Maverick+Co.[1] Kredit filem Miera termasuk Apokalips X (2014) dan Lebuhraya Ke Neraka (2017).

Miera Leyana
KelahiranMiera Leyana binti Kasmi
(1993-08-28) 28 Ogos 1993 (umur 26)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2008–kini
Ketinggian5 ft 7 in (1.7 m)
SaudaraMiera Leydia (Adik)

KerjayaSunting

Miera memulakan kerjaya lakonan beliau dengan membintangi drama web siri iaitu Luna Fantasiku yang bersiaran di Gua.com.my pada tahun 2008. Ketika itu, beliau hanya berusia 15 tahun dan masih bersekolah. Pada tahun 2010, beliau menjadi sebahagian daripada barisan pelakon drama komedi muzikal 26 episod Hotel Mania arahan Nizam Zakaria yang terdiri daripada Anding Indrawani Zaini, Dafi, Marsha Londoh dan Adeline Tsen.

Kerjaya filem Miera bermula pada 2012 menerusi watak pembantu dalam filem Jangan Pandang-Pandang arahan Ahmad Idham.

Pada tahun 2017, Miera telah membintangi dalam sebuah drama berjudul Biar Aku Jadi Penunggu yang disiarkan di TV3. Beliau memegang watak sebagai Damia Hani.

Seterusnya, Miera membintangi filem bertajuk Lebuhraya Ke Neraka arahan Mamat Khalid yang mula dityangkan pada 4 Mei 2017. Ia merupakan filem kedua beliau bersama Mamat selepas filem Apokalips X (2014).[2]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2012 Jangan Pandang-Pandang Marsha Ahmad Idham Filem pertama
2013 Pecah Asrul Hisham Ahmad
Balada Pencinta Ayu Khir Rahman
2014 Apokalips X QiQi Mamat Khalid
Dendam Orang Mati Min Jason Chong
2015 Kastil Tua Model Chiska Doppert Filem Indonesia
2017 Lebuhraya Ke Neraka Dina Mamat Khalid

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2008 Luna Fantasiku Luna TV9
2009 Kamelia Katrina[3] Kamelia Astro Ria
Bio-Nik TV3
Ceria-Ceria Cikgu Rubina
2010 Hotel Mania Hani
2011 Nana Narita TV9
Nora Elena Maria Tan TV3
2012 Friday I'm In Love Bella TV9
Mulanya Di Sini Alya TV1
Psikik[4] Sukma
Putera Rayyan[5] Anisa TV3
2013 Asmara Luna
Hujan Azura
2014 Kusinero Cinta Astro Mustika HD
2015 Memori Cinta Suraya Irina Astro Prima
Nasuha Marina TV9
2016 Mr. Boss Miss Stalker Ria Alisya TV3
Biar Aku Jadi Penunggu Damia Hani
2018 Aku Cinta Dia Anis TV3
2019 Detak Cinta Stetoskop Dr Farah TV Okey
Hola Hermosa Sheerin TV1
KL Meroyan TV2

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 Ku Kejar Cintaku Sehingga Ke Malaysia Sarah RTV
2016 Mama Sado Andra Raina TV9
Mat Chia Chia Fatimah
Lari Lagi Dhia TV2
2017 Peah Singa[6] Peah TV9
Kismet TV3
2018 Genesis

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2013 Anugerah Skrin 2013 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) Rembat Menang
2015 Anugerah Skrin 2015 Dendam Orang Mati Tercalon
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon Filem Wanita Popular N/A Dicalonkan

RujukanSunting

Pautan luarSunting