Buka menu utama

Lebuhraya Ke Neraka[2] ialah sebuah filem drama seram Malaysia 2017 arahan Mamat Khalid.[3][4] Ia dibintangi oleh Awie, Khir Rahman, Shahz Jaszle, Pekin Ibrahim, Dazrin Kamarudin, Miera Leyana dan Fatin Shahirah. Ia mengisahkan tentang sekumpulan anak-anak muda yang sukakan motosikal berkuasa tinggi dan gemar mengembara merentas desa. Nama kumpulan mereka ialah Rentaz. Ketika dalam satu konvoi ke Betong Siam, mereka telah dibawa ke alam barzakh atau halusinasi dalam alam koma. Filem ini ditayangkan pada 4 Mei 2017 oleh Primeworks Studios dan Grand Brilliance.[5]

Lebuhraya Ke Neraka
PengarahMamat Khalid
PenerbitJalena Rejab
Tengku Iesta Tengku Alaudin (eksekutif)
Mohd Arizan Sarif (bersekutu)
PenulisMamat Khalid
Dibintangi olehAwie
Khir Rahman
Shahz Jaszle
Pekin Ibrahim
Dazrin Kamarudin
Miera Leyana
Fatin Shahirah
Disunting olehShahairil Shahadan
Syarikat
penerbitan
Mula ditayangkan
4 Mei 2017
Tempoh tayangan
93 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Pecah panggungRM 530,000[1]

SinopsisSunting

Mengisahkan sekumpulan geng motor berkuasa tinggi yang diserang penyakit misteri secara tiba-tiba semasa berhenti di suatu kawasan untuk berehat. Bob (Awie) yang mengetuai konvoi itu tidak mengalami sebarang penyakit misteri seperti rakan-rakannya yang lain. Ketika Bob sedang mencari bantuan, dia telah terserempak dengan seorang lelaki misteri bernama Tyson (Khir Rahman) yang bersetuju untuk menolongnya. Akan tetapi Bob harus membuat keputusan sama ada dia mahu menyelamatkan rakan-rakannya atau mempertaruhkan nyawa mereka sebagai balasan di atas pertolongan Tyson. Mampukah Bob menyelamatkan nyawa rakan-rakannya yang diancam Tyson?

PelakonSunting

PenerbitanSunting

Lebuhraya Ke Neraka ialah filem ke-17 arahan Mamat Khalid dan filem pertamanya yang tidak mengetengahkan genre komedi.[7] Ia mengambil masa 6 tahun untuk disiapkan kerana beliau melakukan banyak perubahan memandangkan Lebuhraya Ke Neraka bertemakan kerohanian.[8] Sebagai pengarah, Mamat mahu memastikan garapan terhadap filem itu dilakukan dengan baik bagi membolehkan penonton merasai penceritaan yang ingin disampaikan. Lebuhraya Ke Neraka bebas daripada sebarang potongan dari pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan ada beberapa dialog telah disenyapkan bagi menjaga sensitiviti penonton.[9] Penggambaran filem ini dijalankan pada 2012 di sekitar Pengkalan Hulu, Perak semasa bulan puasa Ramadan.[10] Menurut Mamat, biarpun pada mulanya beliau berasa agak janggal dengan penulisan skrip filem itu, namun beliau nekad untuk mengarahkan filem itu demi satu tujuan iaitu kerohanian.[11]

Tidak mahu berlaku sebarang masalah semasa tayangan, Mamat bertemu dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria untuk meminta pandangannya mengenai skrip Lebuhraya Ke Neraka. Beliau berkata: "Memang saya ada bertemu dan berbincang bincang dengan Mufti negeri Perak untuk merujuk skrip filem ini. Lagipun tidak salah saya merujuk terlebih dahulu kepada pihak yang lebih arif kerana saya tidak mahu memandai-mandai apatah lagi filem ini bergenre ketuhanan dan dakwah,".[12][13]

TemaSunting

Lebuhraya Ke Neraka disifatkan sebagai sebuah karya kerohanian Mamat yang sarat dengan mesej-mesej dakwah untuk pedoman masyarakat. Menurut Mamat, adegan-adegan tersebut amat penting bagi menimbulkan kesedaran dan sekaligus mengajak manusia untuk menginsafi dosa yang telah dilakukan dan bertaubat sementara masih berkesempatan.

Keluaran dan sambutanSunting

Treler rasmi Lebuhraya Ke Neraka dikeluarkan di laman YouTube rasmi Primeworks Studios pada 13 April 2017.[14]

Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 4 Mei 2017 dan mencatatat kutipan pecah panggung sebanyak RM 530,000. Lebuhraya Ke Neraka menerima ulasan positif dari pengkritik filem. Angelin Yeoh menulis untuk Star2 memberikan penarafan 7/10 bintang. Beliau mengulas filem ini sebagai "tiada apa-apa seperti idea penderitaan di akhirat yang meletakkan ketakutan kematian pada manusia."[15]

RujukanSunting

  1. ^ Zulfadli Zulkifli (9 Disember 2017). Kutipan terkini filem tempatan sehingga 9 Disember 2017 Kakimuvee. Diperoleh pada 22 Februari 2018.
  2. ^ Angelin Yeoh (May 6, 2017). "Review: Lebuhraya Ke Neraka". Star2. Dicapai 12 Julai 2017. 
  3. ^ Shazryn Mohd Faizal (8 Mei 2017). "'Lebuhraya Ke Neraka' Sinergi Dakwah Dan Seram Mamat Khalid". mSTAR Online. Dicapai 29 Jun 2017. 
  4. ^ "'Lebuhraya Ke Neraka' filem sakti Mamat Khalid". Kosmo!. 29 April 2017. Dicapai 1 Julai 2017. 
  5. ^ Azmi A. (9 Mei 2017). "'Lebuhraya Ke Neraka' Karya Mamat Khalid Yang 'Deep' Dan Pasti Akan Buat Anda Sentap". Vocket. Dicapai 29 Jun 2017. 
  6. ^ Angelin Yeoh (May 10, 2017). "Can Awie and his friends get away from the devil in Lebuhraya Ke Neraka?". Star2. Dicapai 1 Julai 2017. 
  7. ^ "Filem Pertama Tidak Kelakar Mamat Khalid - 'Lebuhraya Ke Neraka'". Oh Media!. Mei 2017. Dicapai 29 Jun 2017. 
  8. ^ Mohd Al Qayum Azizi (21 April 2017). "'Lebuhraya Ke Neraka' Terperap Enam Tahun". mSTAR Online. Dicapai 29 Jun 2017. 
  9. ^ Ramlah Zainal (20 April 2017). "Lebuhraya Ke Neraka bebas potongan LPF". Harian Metro. Dicapai 29 Jun 2017. 
  10. ^ Ramlah Zainal (24 April 2017). "Mamat laksana hasrat terpendam". Harian Metro. Dicapai 1 Julai 2017. 
  11. ^ Nurfarhana Mohamed (20 April 2017). "Impian Mamat Khalid tercapai". Utusan Malaysia. Dicapai 1 Julai 2017. 
  12. ^ "Lebuhraya Ke Neraka: Mamat Khalid minta pandangan Mufti Perak". Astro Awani. 21 April 2017. Dicapai 29 Jun 2017. 
  13. ^ "Mamat Khalid Rujuk Skrip Lebuhraya Ke Neraka Kepada Harussani". Perak Today. 22 April 2017. Dicapai 29 Jun 2017. 
  14. ^ Lebuhraya Ke Neraka (Official Trailer) - 4 Mei 2017 YouTube. Dicapai pada 30 Jun 2017.
  15. ^ Angelin Yeoh (6 Mei 2017). "Review: Lebuhraya Ke Neraka". Star2. Dicapai 29 Jun 2017. 

Pautan luarSunting