Umie Aida
Datin Sri Umi Khalsum Rahmad Ali atau lebih dikenali sebagai Umie Aida (lahir 18 Januari 1973) merupakan seorang pelakon, penyanyi, penerbit dan ahli perniagaan Malaysia.[1] Kerjaya lakonan beliau bermula ketika berusia 18 tahun setelah menjadi finalis pertandingan Dewi Remaja 1990/91 seterusnya bergelar pelakon wanita tersohor Malaysia yang berjaya mencipta nama di tanah air dan peringkat Asia.
Umie Aida | |
---|---|
Kelahiran | Umi Khalsum binti Rahmad Ali 18 Januari 1973 |
Pekerjaan | Pelakon, penerbit, penyanyi, ahli perniagaan |
Tahun aktif | 1991–kini |
Pasangan | Dato’ Sri Khairuddin Abu Hassan (k. 2010) |
Saudara | Erma Fatima (kakak) Betty Rahmad (adik) |
Sering digandingkan dengan hero filem Melayu Rosyam Nor, beliau pernah empat (4) kali memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin manakala di layar perak, Umie pernah dua (2) kali memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi menerusi filem "Embun" (2002) dan "Dukun" (2018) serta turut memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem "Sembunyi: Amukan Azazil" (2013) di Festival Filem Malaysia. Beliau juga pernah dua kali dicalonkan di Festival Filem Asia Pasifik untuk filem "Embun" dan "Qaisy & Laila"[2]. Pernah mendapat jolokan Ratu Filem Epik kerana kerap membintangi filem dan drama berlatarkan zaman dahulu kala, Umie juga antara aktres paling mahal bayarannya untuk membintangi sesebuah drama TV.
Kerjaya
suntingDari peragaan ke Emas Melayu (1989–1999)
suntingUmie mula berjinak dalam bidang seni sebagai model komersial di bawah kelolaan model terkenal Azah Aziz ketika beliau baru berusia 16 tahun pada 1989. Populariti yang ditempa oleh kakaknya, aktres dan pengarah Erma Fatima sedikit sebanyak membantu memberi pendedahan kepada Umie pada ketika itu. Namun kerjaya awalnya lebih cemerlang sebagai model baik dalam komersial TV mahupun video muzik. Antara MTV yang pernah menampilkan Umie adalah Nusantara nyanyian Sheqal pada tahun 1990. Bagi mencari wang saku Umie sering mengikuti Erma ke lokasi dan akhirnya berjinak-jinak sebagai pelakon tambahan dengan bayaran minima.
Pada tahun 1990 Umie menggunakan nama komersial Ermy Zura untuk menyertai pertandingan pencarian gadis popular Dewi Remaja 1990/91. Umie berjaya mara ke final bersama gadis lain yang kini popular sebagai aktres Jasmin Hamid, Kuza Muzani dan supermodel Irene Santiago di mana acara ini dimenangi model Jasmine Dhillon. Bertitik tolak daripada itu nama Umie mula popular di kalangan penerbit. Drama TV pertama lakonan beliau adalah Maafkan Mama yang ditayangkan di TV3 manakala pada tahun 1991 juga Umie muncul dalam filem debutnya berjudul Memori arahan Dato' Rosnani Jamil. Peluang muncul dalam filem tersebut digunakan sebaik mungkin oleh Umie untuk menuntut ilmu lakonan daripada barisan pelakon hebat yang turut membintangi filem itu seperti Jins Shamsuddin, Fauziah Ahmad Daud, Normah Damanhuri dam penyanyi popular Nash Elias.
Nama Umie sering membintangi drama-drama popular di kaca TV antara yang paling popular adalah drama Hello bersama M. Nasir dan Tiara Jacquelina pada tahun 1993. Pada tahun 1994 bakat Umie mula diberi perhatian apabila dicalonkan sebagai Pelakon TV Wanita Terbaik Anugerah Sri Angkasa menerusi watak klasik dalam drama Rupawan. Seterusnya Umie memberi persembahan hebat dalam trilogi drama Selamat Hari Jadi Su yang mana beliau dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin menerusi sekual kedua siri tersebut. Pada tahun 1995 Umie kembali ke layar perak menerusi watak Sharifah Hasnah dalam filem muzikal Jimi Asmara arahan Erma. Menerusi watak pembantu dalam filem tersebut Umie dicalonkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1995. Umie juga menempa nama di Indonesia menerusi drama popular bersama aktor Slamet Rahardjo seperti Jodon dan Bukan Itu...Bukan Ini....
Umie terlibat sebagai teraju utama filem Emas Melayu atau judul antarabangsanya Pure Gold arahan pengarah Inggeris Bart Righters namun filem itu tidak ditayangkan biarpun sepatutnya menemui penonton pada tahun 1997. Beberapa buah drama lakonan Umie ketika itu juga tidak dapat ditayangkan ekoran masalah bersama LPF, antaranya drama Hartini & Jangan pada 1997 juga pada tahun 2000 iaitu drama 5 Hari Raya dan Ma Rabbuka. Bagi memantapkan lagi skill lakonan Umie aktif dalam pementasan teater pada penghujung 90-an. Antara teater yang mengangkat nama beliau adalah Lantai T. Pinkie, Mencari Salina, Pelayaran Nur Atma & Dejavu Seorang Perempuan.
Umie meraih kemuncak populariti pada lewat tahun 1990an menerusi penampilan hebatnya dalam drama Metafizik bersama aktor Ahmad Yatim dan Surah Terakhir arahan Sidi Oraza. Drama Surah Terakhir menghadiahkan beliau trofi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1999. Pada tahun 1999 juga Umie muncul dalam drama bersiri TV paling popular pada tahun itu iaitu Romeo & Juliet bersama aktor/pengarah Ahmad Idham. Populariti Umie dibantu dengan penghasilan album solo studio pertama Umie mengambil nama sempena drama tersebut yang juga menjalani penggambaran di United Kingdom. Album solo studio pertama Umie menampilkan hits seperti Kepadamu Kekasih dan Redup Kerinduan menambahkan lagi pengaruh beliau sebagai artis serba boleh. Dalam acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1998/99 Umie dijulang sebagai pemenang Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH) menewaskan pelakon-pelakon senior seperti Aida Khalida dan Haliza Misbun.
Di puncak populariti dan kemasyhuran (2000–2009)
suntingPada tahun 2000 Umie muncul sebagai aktres dengan kutipan box-office tertinggi iaitu menerusi dua buah filem lakonannya, Senario Lagi dan Leftenan Adnan berjaya mengumpul keseluruhan RM7.6juta menewaskan kutipan box-office filem Erra Fazira yang hanya berjumlah RM 3.6juta pada tahun itu. Namun dari segi populariti individu Erra berjaya menewaskan Umie di ABPBH 2000 untuk kategori Pelakon Filem Wanita Popular (ABPBH). Dalam acara yang sama Umie juga dicalonkan sekali lagi untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular namun tewas kepada aktres Abby Abadi. Karier lakonan Umie banyak dipacu oleh kejayaan seimbang di layar kaca, layar perak, seni suara dan pementasan teater. Umie muncul dalam drama bersiri yang masih memegang rekod sebagai drama bersiri termahal di Malaysia iaitu Salam Taj Mahal sebanyak 32 episod. Umie juga menyanyikan lagu tema siri ini dengan judul serupa, lagu tersebut menjadi lagu pertama nyanyian beliau yang menjuarai Carta Era oleh Radio Era.fm serta menjuarai beberapa carta radio lain termasuk Muzik.fm sekitar bulan Ogos hingga September 2000.
Tidak cukup dengan itu lakonan Umie dalam filem-filem box - officenya juga meraih perhatian juri Festival Filem Malaysia apabila Umie dicalonkan dalam kedua-dua kategori lakonan iaitu Pelakon Wanita Terbaik (FFM) menerusi watak Sophia Pakih Muda dalam Lt. Adnan manakala watak penyanyi kelab malam bernama Linda dalam Senario Lagi menerima pencalonan untuk kategori pembantu. Biarpun tewas dalam kedua-dua kategori tersebut, Umie mengubat luka apabila memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2000/2001 menerusi drama Ayuni. Ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut beliau dalam acara yang sama. Populariti dan kredibiliti Umie terus mekar sehingga beliau terpilih melakonkan watak Embun Harun dalam filem emansipasi Embun pada tahun 2002. Menerusi filem inilah lakonan Umie mendapat pujian menyeluruh pengkritik. Umie disifatkan memberi jiwa yang jujur untuk watak gadis Melayu ketika zaman pendudukan Jepun yang berjuang menentang kezaliman penjajah. Umie meraih pencalonan Aktres Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke 42 di Seoul, Korea Selatan namun tewas kepada aktres Makiko Esumi dari Jepun menerusi filem Inochi. Biarpun tewas Umie berjaya memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 16 dan Anugerah Skrin 2003. Kesinambungan daripada fenomena watak Embun, Umie bergandingan sekali lagu bersama Erma menerbitkan drama bersiri Haryati yang diadaptasi daripada novel tulisan Hamka iaitu Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk. Drama bersiri 25 episod ini berlatar belakangkan Tanah Melayu & Sumatera pada era 20-an hingga 50-an diterajui Umie yang membawa watak Haryati. Sambutan hebat daripada orang ramai membuahkan sebuah lagi musim iaitu Haryati 2 yang disiarkan 2 tahun selepas itu.
Pada tahun 2002 dan 2003 Umie muncul dalam beberapa buah produksi TV yang popular seperti telefilem Rumah Di Tengah Sawah, Tarantula serta drama bersiri lakonan Umie yang paling panjang siarannya, Dalam Hati Ada Cinta yang bersiaran sebanyak 150 episod dalam 5 musim selama 4 tahun di Astro Ria. Pada tahun 2004 beliau muncul dalam filem Bintang Hati bersama aktres komedi Amy Mastura. Namun pada tahun 2004 populariti Umie turut sama naik dengan populariti drama bersiri Rindu Semakin Jauh yang dilakonkannya bersama Rosyam Nor, Eja dan Hairie Othman. Drama yang mengisi slot Samarinda itu menyaksikan lakonan Umie sebagai antagonis menerima reaksi positif. Drama ini juga menyaksikan kerjasama secara profesional beliau bersama bekas teman lelaki (Hairie) setelah kali terakhir digandingkan dalam drama 5 Hari Raya. Umie mengukuhkan kedudukan sebagai aktres yang berpengarauh apabila bergandingan bersama Rosyam Nor dalam filem Gangster pada tahun 2005 yang meraih kutipan pecah panggung tertinggi pada tahun itu. Pun begitu sebuah lagi filem beliau pada tahun tersebut iaitu Qaisy & Laila meraih kutipan kurang memberangsangkan. Filem mengenai sekumpulan sukarelawan yang berkhidmat di kem pelarian perang Afghanistan itu membawa tema yang berat. Walau bagaimanapun lakonan Umie diiktiraf apabila menerima pencalonan kedua di Festival Filem Asia Pasifik yang berlangsung di Kuala Lumpur. Umie dicalonkan untuk kategori Aktes Pembantu Terbaik dan tewas kepada aktres Indonesia, Rima Melati (Ungu Violet). Seterusnya Umie muncul dalam filem arahan Afdlin Shauki berjudul Buli Balik pada 21 Januari 2006 bergandingan bersama Afdlin, Hans Isaac dan Nasha Aziz. Selepas itu beliau sekali lagi bergandingan bersama Nasha dalam filem seram Puaka Tebing Biru. Ketika memulakan penggambaran filem tersebut Umie diserang penyakit apendiks yang mengakibatkan beliau terpaksa menarik diri daripada filem tersebut. Namun atas kehendak penerbit dan pengarah filem itu sendiri, Osman Ali, produksi filem itu sanggup menangguhkan pengambaran sehingga Umie betul-betul pulih. Umie juga muncul dalam drama bersiri Aku, Dia & Cape Town di slot Samarinda. Drama ini menjalani penggambaran di Afrika Selatan menyaksikan gandingan Umie bersama Eizlan Yusof, Lisdawati dan Sheila Rusly.
Setelah lebih 15 tahun bergelar pelakon, akhirnya Umie bergelar penerbit filem menerusi produksinya Amazon Entertainment Production yang menerbitkan filem Diva Popular arahan Erma Fatima. Biarpun dihimpit kontroversi kononnya Umie ditaja kenamaan untuk menerbitkan filem itu, Umie tampil berterus terang memberitahu dia mendapat bantuan daripada SME Bank. Umie sendiri melakonkan watak utama yang merupakan watak kesinambungan daripada drama Pelakon Popular pada tahun 1994 iaitu Erna Teteye Tuminah Jongkoh, seorang aktres ternama. Filem komedi yang membariskan Afdlin, Sheila, Awie, Ezlynn dan Azean Irdawaty menceritakan mengenai persaingan merebut populariti diantara artis realiti TV dan artis lama itu ditayangkan pada Aidilfitri dan meraih kutipan box-office. Sebelum itu Umie juga membawakan sebuah lagi naskhah bertema serupa namun lebih serius berjudul Pesona Bintang yang disiarkan di TV2 sebanyak 26 episod. Kontroversi melanda Umie sekali lagi apabila pengarah A. R. Badul mengkritik beliau dan pelawak Saiful Apek yang dikatakan gagal memberi komitmen kepada filem lakonan mereka berjudul Salah Bapak yang ditayangkan lewat 2 minggu daripada Diva Popular. Setelah sekian lama tertangguh akhirnya filem Puaka Tebing Biru menemui penonton pada 18 Februari 2007.
Dari menerjah era eksklusif ke masa kini (2010–kini)
suntingGenap 15 tahun pembabitan beliau dalam industri, pelbagai pihak meletakkan Umie di tahap yang cukup tinggi sebagai aktres. Sejak itu Umie mula menjadi lebih selektif dalam berkarya. Muncul dengan tiga buah filem iaitu epik noir Kala Malam Bulan Mengambang arahan Mamat Khalid, komedi romantik Cuci (Hans Isaac) dan komedi urban Pisau Cukur (Bernard Chauly), Umie berhasil membuktikan bahawa beliau masih mampu menggugat aktres-aktres muda yang sedang mencipta nama. Di kaca televisyen pula beliau cemerlang dengan beberapa siri TV yang meraih tontonan tertinggi seperti melodrama arahan Shahrul Ezad Mohammedin Kerana Cintaku Saerah bersama Benjy dan Noorkhiriah Ahmad Shapie, drama berkisar tentang keagamaan dan saudara baru Abadi Sebuah Cinta bersama Faizal Hussein, Janet Khoo dan Rosyam Nor, juga drama mengenai persamaan gender arahan Aziz M. Osman berjudul Vice Versa serta drama seram yang mencipta fenomena tersendiri, Kekasihku Seru arahan Kabir Bhatia. Menerusi drama bersiri 26 episod terbitan Filmscape itu, Umie dilaporkan menerima bayaran tertinggi untuk seorang aktres di kaca TV dimana pengarahnya, Kabir Bhatia menyifatkan ia setimpal dengan hasil kerja yang diberikan Umie dalam menghidupkan watak Mas Suri dalam drama tersebut.
Tidak lagi sekadar menjadi wajah penyeri layar perak / kaca TV, Umie kini diberi peranan yang signifikan dalam karier lakonannya. Pada tahun 2009 beliau muncul kembali di pentas teater apabila memegang watak Che Aminah Mohammad, ibu angkat kepada gadis yang mencetuskan revolusi Islam di Nusantara iaitu Natrah (Nadia Bertough) dalam pementasan Natrah arahan Erma Fatima di Istana Budaya. Meraih pelbagai pujian daripada pengkritik, teater yang turut dilakonkan bintang-bintang besar seperti Maya Karin, Remy Ishak, Samantha Schubert dan Sofia Jane itu disambung ke pementasan kali kedua setahun selepas itu. Teater itu menjadi teater bukan muzikal yang paling lama dipentaskan di Istana Budaya.
Setelah mendirikan rumahtangga pada tahun 2010, ruang lingkup pembabitan Umie dalam dunia lakonan juga banyak bertumpu kepada percubaan beliau untuk menghidupkan watak-watak kompleks dan ia diunjurkan dalam persembahan hebat beliau menerusi beberapa drama televisyen seperti Bukan Bidadari (Aziz M. Osman) dimana beliau meraih pujian apabila membawakan watak wanita yang mengalami kekeliruan identiti setelah berpisah dengan suami. Menerusi drama Masyitah yang dicalonkan di Anugerah Skrin 2010 pula, beliau diberi watak seorang ibu yang menguruskan anak yang menghidap autisme. Pada tahun 2010 juga drama Airmata Nur Salina yang disiarkan sempena Aidilfitri di TV3 pula meraih tontonan hingga 3.2 juta penonton apabila Umie bergandingan bersama pelakon muda Remy Ishak untuk menghidupkan watak Salina, isteri yang dihukum gantung setelah disabit kesalahan membunuh suaminya sendiri. Drama tersebut juga dijadikan sekuel berjudul Karma Salina dimana Umie tampil sebagai bintang undangan.
Pada tahun 2011 Umie muncul membawakan watak Lang, ibu kepada pengasas kerajaan Melayu Langkasuka dalam filem epik terunggul arahan Yusry Abdul Halim berjudul Hikayat Merong Mahawangsa. Biarpun muncul dalam babak imbasan semula, lakonan Umie disifatkan sebagai antara faktor penarik kepada filem tersebut yang mengutip RM 6.8 juta ketika ditayangkan di Malaysia, Singapura dan Brunei. Filem ini kemudiannya ditayang serta diedarkan di 13 buah negara di seluruh dunia. Seterusnya beliau kembali bekerjasama dengan Kabir Bhatia sebagai teraju utama filem epik zaman pendudukan Jepun berjudul Sembunyi: Amukan Azazil bersama Diana Danielle dan Remy Ishak. Sememangnya filem tersebut dinanti-nanti oleh peminat Umie lebih-lebih lagi genre epik sangat sinonim dengan Umie. Beliau juga kembali ke Istana Budaya apabila diberi peranan sekali lagi sebagai ibu kepada Aaron, kali ini menerusi teater adaptasi daripada novel karya Khadijah Hashim pada tahun 1968 berjudul Badai Semalam. Menariknya, beliau bergandingan bersama rakan baiknya sendiri Erra Fazira sebagai menantu dan mentua dan mereka berdua menerusi Frensis Production bergabung bersama penerbit Ziela Jalil sebagai penerbit bersama. Terdahulu sebelum teater tersebut, Umie dan Erra bergandingan dalam drama TV bergenre komedi Mak OK Jer! arahan Micheal Ang untuk siaran Aidilfitri 2011.
Anugerah Skrin 2011 menyaksikan Umie mengungguli kategori Pelakon Wanita Terbaik (Drama) menerusi drama Airmata Nur Salina menewaskan lakonan hebat Erra dalam drama Sanggul Beracun. Ini merupakan kemenangan kategori yang sama buat kali ketiga di ASK. Menyusul di tahun 2012, Umie memperlahankan radar seninya apabila hanya memberi fokus kepada drama bersiri Waris yang merupakan kesinambungan kepada drama Kekasihku Seru yang telah ditayangkan pada 2008. Ini bermakna sekali lagi Umie menjelmakan watak Mas Suri ke layar kaca. Pada tahun 2011, Umie bersama rakan artis seperti Ziela Jalil dan Erra Fazira menubuhkan syarikat produksi teater Frensis Sdn Bhd di mana mereka menerbitkan teater berskala besar seperti Badai Semalam (2011) dan Bahayanya Wanita (2012). Disamping itu beliau tetap tidak lupa untuk muncul dalam beberapa drama TV seperti Sepatu Merah (2012), Aku Bukan Malaikat (2013), Hajar dan Sarah (2013) dan drama bersiri Mana Hilangnya Juwita (2012) dan Ummi (2013). Menerusi drama Sepatu Merah dan Aku Bukan Malaikat (kedua-duanya arahan Erma Fatima), beliau mendapat nominasi Aktres Terbaik di Anugerah Skrin 2012 dan 2013. Umie juga menerima nominasi untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin, Anugerah Majlis Pengkritik Filem Malaysia 2013 dan Festival Filem Malaysia menerusi watak Ibu Yani, pengamal paranormal di era 40an dalam filem Sembunyi: Amukan Azazil.
Untuk rekod, gelaran tertinggi Umie Aida ialah YBhg. Datin Sri Umi Khalsum binti Rahmad Ali atau Datin Sri Umie Aida memandangkan darjah kebesaran tertinggi yang diterima oleh suaminya ialah Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri, sekaligus penyandang atau isterinya bergelar Datin Sri.
Kehidupan peribadi
suntingUmie Aida ialah adik kepada aktres dan pengarah tersohor Erma Fatima serta adik ipar kepada pengarah Badaruddin Azmi. Seorang lagi adiknya, Betty Rahmad juga pernah menceburi bidang lakonan tetapi tidak sepenuh masa. Betty banyak menguruskan kerjaya seni Umie disamping membuka perniagaan bersama. Ketika berusia 20 tahun, Umie mengambil anak angkat lelaki bernama mohd Daniel Firdaus (lahir 1993) & Mohd Dzulhelmy (lahir 1994) setahun kemudian.[3] Umie juga merupakan rakan rapat kepada Primadona Filem Melayu Alaf Baru, Erra Fazira yang juga rakan persekolahannya serta aktres Nasha Aziz, Effa Ismail, Nor Aliah Lee dan Zahida Rafik.[4]
Sejak mula menceburkan diri dalam bidang perfileman, nama Umie tidak lekang daripada gossip percintaan. Pada era 90an, Umie dikaitkan dengan penyampai TV dengan aktor berkarektor Sidi Oraza dan penerbit Mohd Nor Kadir yang banyak menggilap bakatnya ketika Umie aktif berlakon untuk drama-drama terbitan Kuasatek. Paling meraih perhatian media dan peminat adalah ketika Umie menjalinkan hubungan dengan aktor popular Hairie Othman ketika berada di kemuncak populariti sekitar akhir 90an, dan kemudian bersama aktor muda Aqasha. Kisah putus cinta Umie dan Hairie pernah menggemparkan media massa ketika itu dimana Aqasha dikaitkan sebagai punca.
Akhirnya pada 29 September 2009 Umie mengambil keputusan untuk mengingat tali pertunangan dengan usahawan terkemuka YB Dato' Paduka Khairuddin Abu Hassan yang sembilan tahun lebih tua darinya dan seterusnya berkahwin pada 14 Mac 2010 di hadapan Kaabah, Masjidil Haram Mekah. Pernikahan dan perkahwinan ini mendapat liputan meluas media termasuk majlis resepsinya yang berlangsung di One World Hotel, Bandar Utama. Majlis tersebut turut dihadiri pembesar negara seperti Mahathir Mohamad dan isteri Siti Hasmah Mohamad Ali serta ramai artis-artis nama besar tanah air. Khairuddin yang pada mulanya hanya rakan perniagaan Erma Fatima, sebelum diperkenalkan dengan Umie. Beliau juga merupakan sepupu kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim.[5]
Beberapa pihak nyata tidak berpuas hati dengan pemilihan busana pengantin Umie yang dicipta khas oleh pereka Jovian Mandagie. Gaun pengantin yang mendedahkan bahagian bahu dan dada itu dikritik hangat kerana tidak bersesuaian dengan status Umie yang baru saja melangsungkan majlis pernikahan di Mekah. Setelah mendirikan rumahtangga, Umie menjadi lebih selektif dalam kerjayanya kerana mahu memberi fokus kepada rumahtangganya bersama Khairuddin dan anak-anaknya Daniel dan Dzul serta dua orang anak tiri (hasil perkahwinan Khairuddin terdahulu). Pada bulan Jun 2019, Umie dan Khairuddin mengambil keputusan untuk memelihara seorang lagi anak angkat iaitu seorang bayi perempuan yang dinamakan Nur Aisha [6].
Pada penghujung tahun 2013, Umie membayangkan hasrat untuk bersara dari bidang lakonan setelah diasak dengan kontroversi pergolakan rumahtangganya. Namun menjelang bulan Ramadan tahun 2014, beliau dan suami dilihat kembali bersama. Umie juga mula mengenakan tudung secara sepenuh masa.
Cabang lain
suntingSelain daripada berlakon dan menyanyi, Umie juga menceburi bidang perniagaan. Sejak muda Umie mengumpul sejumlah aset berupa rumah, pangsapuri dan deretan kedai sebagai pelaburan hartanahnya. Pada tahun 2001, Umie membuka UK Kickboxing di Taman Malawati yang menyediakan tempat latihan tinju. Manakala pada tahun 2004 Umie menubuhkan syarikat produksi sendiri iaitu Amazon Entertainment Production yang menerbitkan naskhah seperti filem Diva Popular (2006) dan drama Takdir Terindah (2007). Pada tahun 2008 Umie bersama adiknya Betty menubuhkan butik kafe Beelicious yang mula beroperasi di One Utama dan kini di Ampang.
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1991 | Memory | Ina | Filem pertama |
1994 | Femina | Azura | |
1995 | Jimi Asmara | Sharifah Salamiah | |
1997 | Emas Melayu/ Pure Gold | Tasha | Tidak ditayangkan |
2000 | Senario Lagi | Linda | |
Leftenan Adnan | Sophia Pakih Muda | ||
2002 | Embun | Embun | |
Mr. Cinderella | Melor | ||
2003 | Mr. Cinderella 2 | ||
2004 | Bintang Hati | Jelly | |
Cinta Luar Biasa | Aida | ||
2005 | Gangster | Dewi | |
Qaisy & Laila | Dr. Suria | ||
2006 | Buli Balik | Dr. Selina | |
Diva Popular | Erna Teteye Tuminah Jongko | Sebagai penerbit | |
Salah Bapak | Inai / Seroja | ||
2007 | Puaka Tebing Biru | Ayu | |
2008 | Kala Malam Bulan Mengambang | Cik Puteh | |
Cuci | Farah | ||
Apa Kata Hati | Datin | ||
2009 | Pisau Cukur | Naini | |
2011 | Hikayat Merong Mahawangsa | Lang | |
2013 | Sembunyi: Amukan Azazil | Ibu Yani | |
2014 | Dollah Superstar | Dirinya sendiri | |
2015 | Jwanita | Dukun Kartini | Penampilan khas |
2018 | Dukun | Diana Dahlan | |
2024 | Padu | Azimah | |
TBA | The Lies I Tell | Mona | Pos-produksi |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1992 | Maafkan Mama | |||
1993 | Air Pasang Dalam | |||
Masih Ada Harapan | ||||
Selamat Harijadi Su | TV3 | |||
1994 | Pengantin Popular | |||
Hello | ||||
Rupawan | ||||
1995 | Hartini | |||
Selamat Hari Jadi Su (Bahagian 1) | ||||
Doa | ||||
Selamat Hari Jadi Su (Bahagian 2) | ||||
Orang Terbang | Pembaca berita | TV3 | ||
1996 | Selamat Hari Jadi Su (Bahagian 3) | |||
Bukan Itu...Bukan Ini | Produksi Malaysia-Indonesia | |||
Kompromi | ||||
Metamorfosis | ||||
Resolusi | ||||
Mencari Pertemuan | ||||
Jodon | Produksi Indonesia, arahan Slamet Rahardjo | |||
1997 | Siti...Terang Bulan Di Kuala | |||
Dominan | TV3 | |||
Jangan | Diharamkan tayangan | |||
1998 | Resolusi II | |||
Metafizik | ||||
Isketambola | ||||
Cemeti Di Hati | ||||
1999 | Hati Ini | |||
Surah Terakhir | ||||
2000 | Dot.com Sana Dot.my Sini | |||
Ayuni | ||||
Menjaring Matahari | ||||
Seliuh Anak Seluang | ||||
5 Hari Raya | Diharamkan tayangan | |||
2001 | Ma Rabbuka | |||
Kek Lapis Kak Ida | ||||
Seruling Kasih | ||||
2002 | Rumah Di Tengah Sawah | TV3 | ||
Intan Mahsuri | Intan Mahsuri | ntv7 | ||
Tarantula | TV3 | |||
2003 | Cinta SMS | |||
Nur Fitri | ||||
2004 | Kesetiaan | |||
Feloni Aka Ecstasy | ||||
2007 | Takdir Sedang Berbisik | |||
2008 | Takdir Tercipta | Sebagai penerbit | ||
2009 | Serpihan Laungan Takbir | |||
Bukan Bidadari | ||||
Korban Kasih Marlisa | ||||
2010 | Masyitah | |||
Airmata Nur Salina | Salina | TV3 | ||
Karma Salina | ||||
2011 | Mak OK Jer | |||
2012 | Lobak | |||
Sepatu Merah | ||||
2013 | Aku Bukan Malaikat | Mardiah | TV3 | |
Aku Tahu | ||||
Hajar & Sarah | ||||
2015 | Sawadeeka Mak Cun | Zeenat Manisah | TV3 | |
2017 | Ana Anak Ibu | Astro Citra | ||
Izinkan Aku | ||||
2020 | 3 Dukun Santet |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1996 | Apa Sebenarnya | |||
1998 | Istana Kristal | |||
1999 | Romeo & Juliet | Julia/Juliet | TV3 | |
2000 | Senario | Puteri Cenderalolok | Episod: "Puteri Cenderalolok" | |
Salam Taj Mahal | Fatihah | Siri Drama TV paling tinggi kos di Malaysia (RM 0.8 juta) | ||
2001 | Melarik Kasih | Idah | TV1 | |
2003–2004 | Haryati | Haryati | TV2 | Adaptasi novel Hamka - Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk |
2004 | Dalam Hati Ada Cinta | Alia | TV3 | |
2005 | Dalam Hati Ada Cinta 2 | Astro Ria | ||
2004 | Rindu Semakin Jauh | Azura | TV3 | |
Akademi | Khalida | Astro Ria | ||
2005 | Aku, Dia & Cape Town | Zalia | TV3 | |
2006 | Pesona Bintang | Meera | TV2 | |
2007 | Kerana Cintaku Saerah | Saerah | TV3 | |
2008 | Vice Versa | Johanna | ||
Kekasihku Seru | Mas Suri | Drama Rantaian Terbaik Anugerah Skrin 2009 | ||
Abadi Sebuah Cinta | Ayu | |||
2010 | Spa Qistina | Penampilan khas | ||
2012 | Waris | Mas Suri | ||
Mana Hilangnya Juwita? | Inspektor Yuni | Astro Ria | ||
2013 | Ummi | Ummi | TV3 | |
Ammara Batrisya | Ammara | TV9 | ||
2015–2019 | Mak Cun | Zeenat Manisah | TV3 | |
2018 | Folklore | HBO Asia | Episod: "Toyol" | |
2020 | Ben & Bella | Puan Zu | TV3 | |
2021 | Shah Alam 40000 | Datin Sri Azlina | TV3, IQiyi | |
Covid Oh Covid | Tok Wan | TV3 | ||
2024 | Terlanjur Cinta | Mariam | Viu | |
Lelaki Melayu Terakhir | Sharifah Alawiyah | TV3 |
Videografi
suntingMuzik video
suntingTahun | Tajuk lagu | Artis undangan | Watak |
---|---|---|---|
1990 | "Nusantara" | Sheqal | Model |
1992 | "Sembilu" | Ella | Model |
2002 | "Embun" | Aqasha | Model |
Dokumentari dan penerbitan khas
suntingTahun | Tajuk | Saluran TV | Terbitan |
---|---|---|---|
2000 | Dokumentari Disebalik Wajah Umie Aida | TV1 | Box Office Malaysia S/B |
2002 | Pendidikan Moral: Rasuah Dihina, Maruah Dibina | TV Pendidikan | Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia |
2009 | Program Realiti TV Gugu Gaga Erra (Episod 2) | Astro Ria | Box Lite Film |
2010 | Program Nona Khas Raya | TV3 | Primeworks Studio |
2011 | Program Astana Aidilfitri bersama Anita Sarawak di teratak Umie Aida | Astro Ria | Astro |
2012 | Program Realiti Pilih Kasih musim ketiga (sebagai penasihat bersama Rosyam Nor & Erra Fazira) | TV2 | Suhan & TM |
Teater
suntingTahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
1991 | Sampai Bila | MATIC |
1995 | Peran | |
1997 | Lantai T. Pinkie | |
Anak Tanjong | ||
1998 | Mencari Salina | |
Mencari Juita | ||
Penyerahan Puteri | ||
1999 | Pelayaran Nur Atma | |
Dejavu Seorang Perempuan | ||
2000 | Lantai T. Pinkie | Pementasan Semula |
2005 | Konsert Kasih | Monolog |
2009 | Suara Palestine | Laman Sari, Istana Budaya |
Natrah | Panggung Sari, Istana Budaya | |
2010 | Natrah (Musim Kedua) | Panggung Sari, Istana Budaya |
2011 | Badai Semalam | Panggung Sari, Istana Budaya |
2013 | I Am... (Akulah) | Theater Hall, Esplanade Singapura |
Bahayanya Wanita | Panggung Sari, Istana Budaya | |
2014 | Bahayanya Wanita | STAR, Singapura |
Diskografi
suntingAlbum Solo
suntingAlbum Studio | ||
---|---|---|
Tahun | Tajuk | Single |
1999 | Romeo & Juliet
Kuasatek Music / Sony Music |
|
2002 | Gema Kasih
EMI Music |
|
Single
suntingTahun | Tajuk | Album | Kedudukan Terbaik Carta |
---|---|---|---|
1999 | "Redup Kerinduan" | Romeo & Juliet | # 2 (Era.fm) |
"Kepadamu Kekasih" | # 13 (Muzik.fm) | ||
2000 | "Harapan Satu Cinta" | # 20 (Muzik.fm) | |
"Salam Taj Mahal" | Single | # 1 (Muzik.fm) | |
2002 | "Semakin Pasti" | Gema Kasih | # 8 (Era.fm) |
"Cinta Kita" | # 17 (Muzik.fm) | ||
"Kasih" | # 19 (Muzik.fm) | ||
2006 | "Diva Bermimpi" | Single (kolaborasi bersama Afdlin Shauki, Ezlynn,Sheila Rusly & Azean Irdawaty) |
— |
2013 | "Hanya Kamu" | Single (duet bersama Erra Fazira) |
— |
Endorsmen
sunting- Sirna Sari (1998-2002)
- Nature Sunshine (2001)
- Nivea Visages (2006)
- Dermalogica (2006 - 2007)
- Julie's Biscuit (2006 - 2007)
- Marie France Bodyline (2010- kini)
- Swiss Phytoscience Stemcell (2013 - kini)
Bidang penulisan
suntingKolum Salam Umie di dalam akhbar Metro Ahad setiap hari Ahad bermula 4 Februari 2001 hingga 30 Jun 2002. Umie merupakan artis keempat yang diberi peluang menjadi kolumnis di dalam Metro Ahad selepas Ziana Zain dengan Pentas Ziana pada 1996, diikuti Awie (Rentak Awie) & Siti Nurhaliza (Lenggok Siti). Bermula 7 Julai 2002, rakan baik Umie, Erra Fazira pula mengambil alih tugas menerusi kolum Bersama Erra.
Anugerah dan pencalonan
suntingFestival Filem Malaysia | |||
---|---|---|---|
Tahun | Karya Tercalon | Kategori | Keputusan |
2001 (FFM 15) | Leftenan Adnan | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon |
Senario Lagi | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Tercalon | |
2003 (FFM 16) | Embun | Pelakon Wanita Terbaik | Menang |
2005 (FFM 18) | Qaisy & Laila | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Tercalon |
2014 (FFM 26) | Sembunyi : Amukan Azazil | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Menang |
2019 (FFM 30) | Dukun | Pelakon Wanita Terbaik | Menang |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) | |||
---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Keputusan | |
1995 | Pelakon Filem Pembantu Wanita Popular | Tercalon | |
1996/97 | Pelakon TV Wanita Popular | Tercalon | |
1999 | Pelakon TV Wanita Popular | Menang | |
2000 | Pelakon TV Wanita Popular | Tercalon | |
Pelakon Filem Wanita Popular | Tercalon | ||
2001 | Pelakon TV Wanita Popular | Tercalon | |
2002 | Pelakon TV Wanita Popular | Tercalon | |
Pelakon Filem Wanita Popular | Tercalon | ||
2003 | Pelakon TV Wanita Popular | Tercalon | |
2004 | Pelakon TV Wanita Popular | Tercalon | |
2006 | Pelakon Filem Wanita Popular | Tercalon |
Anugerah Skrin TV3 | |||
---|---|---|---|
Tahun | Karya Tercalon | Kategori | Keputusan |
1996/97 | Selamat Hari Jadi Su III | Pelakon Wanita Terbaik (Drama) | Tercalon |
1999 | Surah Terakhir | Pelakon Wanita Terbaik (Drama) | Menang |
2001 | Ayuni | Pelakon Wanita Terbaik (Drama) | Menang |
Leftenan Adnan | Pelakon Wanita Terbaik (Filem) | Tercalon | |
Senario Lagi | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) | Tercalon | |
2003 | Embun | Pelakon Wanita Terbaik (Filem) | Menang |
2011 | Airmata Nur Salina | Pelakon Wanita Terbaik (Drama) | Menang |
2012 | Sepatu Merah | Pelakon Wanita Terbaik (Drama) | Tercalon |
2013 | Aku Bukan Malaikat | Pelakon Wanita Terbaik (Drama) | Menang |
Sembunyi (Amukan Azazil) | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) | Tercalon | |
2018 | Dukun | Pelakon Wanita Terbaik Filem | Menang |
Festival Filem Asia Pasifik | ||||
---|---|---|---|---|
Tahun | Lokasi | Karya Tercalon | Kategori | Keputusan |
2002 (FFAP 47) | Seoul, Korea Selatan | Embun | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon |
2005 (FFAP 50) | Kuala Lumpur, Malaysia | Qaisy & Laila | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Tercalon |
Anugerah Sri Angkasa, RTM | |||
---|---|---|---|
Tahun | Karya Tercalon | Kategori | Keputusan |
1994 | Rupawan | Pelakon Wanita Terbaik (Drama) | Tercalon |
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur | |||
---|---|---|---|
Tahun | Karya Tercalon | Kategori | Keputusan |
2013 | Sembunyi (Amukan Azazil) | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Tercalon |
2018 | Dukun | Pelakon Wanita Terbaik | Menang |
- Pengiktirafan daripada majalah / media
- Dinamakan sebagai salah seorang daripada "20 Wanita Paling Glam 2004" oleh majalah Glam.
- Diberi penghargaan khas sebagai salah seorang daripada 4 orang Primadona Filem Melayu era 2000-an oleh majalah Glam pada 2007 dan 2013.
Rujukan
sunting- ^ "Umie kuat merajuk, menangis". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-29. Dicapai pada 2015-05-28.
- ^ (Inggeris) No pain but gain
- ^ Datin Paduka Umie Aida Kongsi Pengalaman Besarkan Anak Angkat
- ^ Umie Aida Mahu Anak-Anak Faham Hidup Susah
- ^ Umie Aida Reda Jika Tiada Anak Kandung
- ^ https://www.sinarharian.com.my/article/36325/HIBURAN/Anak-angkat-perempuan-Umie-Aida-anggap-rezeki-tidak-ternilai
Pautan luar
suntingAnugerah dan pencapaian | ||
---|---|---|
Didahului oleh Erra Fazira menerusi Soal Hati |
Festival Filem Malaysia - Aktres Terbaik 2003 menerusi Embun |
Diikuti oleh: Nasha Aziz menerusi Trauma |
Didahului oleh Haliza Misbun |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian - Pelakon TV Wanita Popular 1999 |
Diikuti oleh: Abby Abadi |
Didahului oleh Azean Irdawaty menerusi Najiha |
Anugerah Skrin TV3 - Aktres Terbaik 1999 menerusi Surah Terakhir |
Diikuti oleh: Umie Aida menerusi Ayuni |
Didahului oleh Umie Aida menerusi Surah Terakhir |
Anugerah Skrin TV3 - Aktres Terbaik 2001 menerusi Ayuni |
Diikuti oleh: Zizie Ezette menerusi Aduhai Esah! |