Embun (filem)
Embun ialah sebuah filem drama sejarah Malaysia 2002 arahan Erma Fatima dengan skrip oleh Erma dan Rohiman Haroon terbitan bersama Filem Negara Malaysia (FNM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).[2][3][4][5] Ia mengisahkan Embun, seorang wanita yang sentiasa bersemangat dalam memperjuangkan misi abangnya kerana telah ditawan oleh tentera Jepun kerana menentang pencerobohan Jepun. Filem ini dibintangi oleh Umie Aida, Aqasha, Hani Mohsin, Rahim Razali, Ahmad Tarmimi Siregar, Khatijah Tan dan Izi Yahya. Dialog filem Embun menggunakan bahasa Melayu dan Jepun kerana berlatarkan zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.[6][7][8]
Embun | |
---|---|
![]() Poster keluaran tayangan | |
Pengarah | Erma Fatima |
Penulis |
|
Lakon layar |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Gay Hian Teoh |
Disunting oleh | Kamaruddin Abu |
Muzik oleh |
|
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Skop Productions |
Tarikh tayangan |
|
Durasi tayangan | 135 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | |
Bajet | RM3 juta |
Pecah panggung | RM142 ribu |
Asalnya bertajuk Titisan Air Mata Embun, filem ini ialah filem pertama terbitan bersama FNM dan FINAS dengan kos pembikinan diperuntukkan sebanyak RM3 juta. Penggambaran dijalankan pada Julai dan September 2001 di Pulau Pinang, Perlis dan Perak. Embun ditayangkan pada 1 Ogos 2002 di pawagam seluruh Malaysia. Meskipun telah menerima pelbagai ulasan positif, filem ini menjadi kegagalan komersial apabila hanya memperoleh kutipan pecah panggung sebanyak RM142,000. Filem ini telah menerima 6 kemenangan daripada 10 pencalonan di Anugerah Skrin 2003 dan 7 kemenangan daripada 12 pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-16. Biarpun aspek seni filem ini diterima baik, namun ia turut menerima kritikan.[9][10]
SinopsisSunting
Kisah kehidupan tiga manusia yang hidup pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu iaitu gadis bernama Embun (Umie Aida), bersama abangnya Bayu (Hani Mohsin) serta kekasihnya, Leftenan Koishi (Aqasha). Embun yang berusia 17 tahun adalah wanita Melayu yang mempunyai semangat pembebasan dan daya juang yang tinggi. Dia bukan seperti wanita sezamannya yang asyik terperap di dapur atau banyak mengalah dalam dominasi lelaki. Seperti abangnya yang menjadi penggerak utama Kesatuan Melayu Muda di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Embun berpendapat bahawa kedatangan Jepun dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membebaskan orang Melayu dari cengkaman penjajah Inggeris. Bayu adalah seorang lepasan sekolah Arab dan menjadi pengikut setia pengasas KMM, Ibrahim Haji Yaakob serta anak asuhan Dr Burhanuddin Al-Helmy. Mereka dengan senangnya mempercayai slogan "Asia Untuk Asia" dan "Lingkungan Kemakmuran Asia Timur Raya" yang dilaungkan pemerintah Jepun.
Suatu hari, setahun selepas kedatangan pihak Jepun, Bayu ditangkap kerana membuat perhimpunan tunjuk perasaan terhadap orang Jepun. Embun memberanikan diri untuk bertemu Jeneral Kurugawa (Ahmad Tarmimi Siregar) untuk memohon dibebaskan abangnya itu. Malangnya, Embun ditangkap Leftenan Akishi (Izi Yahya) dan gadis itu diperkosa secara beramai-ramai. Leftenan Koishi yang baru ditukarkan ke situ melihat kejadian penyeksaan itu lalu menyelamatkan Embun. Embun semakin sedih apabila ayahnya, Pak Harun (Rahim Razali) dibunuh. Sejak kejadian itu, Embun menjadi lebih bersemangat dan menyimpan dendam terhadap tentera Jepun. Dengan bantuan Koishi, Embun bertemu Kurugawa untuk membincangkan mengenai pembebasan Bayu. Dia disyaratkan supaya bekerjasama dengan Koishi untuk memujuk orang Melayu supaya menyokong Jepun menerusi program pembangunan di Kampung Bukit, Bayan Lepas.
Hubungan Embun dan Koishi kian erat bagai orang yang bercinta, sehingga merunsingkan Akishi yang kemudiannya mendapati bahawa Koishi mengkhianati penjajah dengan membantu orang Melayu menentang penjajah lalu mengehendaki Koishi dan Embun dihukum mati.
PelakonSunting
- Umie Aida sebagai Embun[1][11][12]
- Aqasha sebagai Leftenan Koishi[1][11][13]
- Hani Mohsin sebagai Abang Bayu[1][14]
- Izi Yahya sebagai Leftenan Akishi[1][15]
- Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Jeneral Kurugawa[1]
- Khatijah Tan sebagai Mak Temah[1]
- Aziz Sattar sebagai Pak Mail[1]
- Mak Kwai Yuen sebagai Aaito[1]
- Riezman Khuzaimi sebagai Majid[1]
- Razak Ahmad sebagai Hassan[1]
- Ropie Cecupak sebagai Kadir[1]
- Zul Huzaimy sebagai Rashid[1]
- Loloq sebagai Non Cabai[1]
- Zuhairi Ibrahim sebagai Amin[1]
- Rahim Razali sebagai Pak Harun[1]
- Ellie Suriati sebagai Melati[1][16]
- Ismail Din sebagai Pak Melati[1]
- Normah Damanhuri sebagai Mak Melati[1]
PenerbitanSunting
Ia telah dilaporkan pada Mac 2001 bahawa Filem Negara Malaysia (FNM) akan bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk menerbitkan sebuah filem epik yang berlatarkan zaman pendudukan Jepun di Malaya pada tahun 1940-an.[17] Tajuk asal filem ini ialah Titisan Air Mata Embun yang merupakan tajuk skrip karya Rohiman Haroon yang pernah memenangi tempat kedua Pertandingan Penulisan Skrip anjuran FINAS dan Persatuan Penulis Skrip Malaysia (SWAM) pada tahun 1998. Majlis pelancaran filem ini dirasmikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Mahathir Mohamad pada 5 April 2001.[18] Embun ialah filem ketiga arahan Eirma Fatima selepas Jimi Asmara (1995) dan Perempuan Melayu Terakhir (1999).[19][20][21] Beliau turut berkhidmat sebagai penulis skrip bersama Rohiman.[22][23]
Pada Mei 2001, Filem Negara dan FINAS sedang dalam perbincangan untuk memilih siapa yang akan melakonkan watak utama dalam Embun.[24] Umie Aida dan Hani Mohsin terpilih sebagai pelakon utamanya selepas menghadiri sesi ujibakat yang diadakan oleh FINAS.[25] Pada masa yang sama, Umie telah diumumkan melakonkan watak Embun selepas lebih sebulan dalam pencarian siapa yang paling layak membawa watak gadis bernama Embun dalam filem itu.[26][27] Dalam satu coretannya yang ditulis untuk Metro Ahad, Umie mengakui terkejut setelah diumumkan sebagai teraju utama watak Embun, namun yakin akan melakukan yang terbaik.[28] Aqasha melakonkan watak sebagai Leftenan Koishi. Embun ialah filem sulung lakonannya.[29] Beliau turut menyumbangkan suaranya untuk runut bunyi filem ini yang bertajuk sama.
Kos pembikinan diperuntukkan sebanyak RM3 juta[30][31][32] dengan penggambaran dijalankan selama 2 bulan, dari Julai sehingga September 2001 di Pulau Pinang, Perlis dan Perak. Ia melibatkan 1,700 pelakon tambahan termasuk 180 orang bagi watak askar Jepun selain 25 pelakon berdialog dan 65 krew.[33]
SimbolismeSunting
Embun disifatkan sebagai sebuah "filem tempoh" dan dianggap "mampu menjadi permulaan yang baik kerana ia melihat satu anjakan paradigma dalam sinema nasional".[34] Filem ini juga dilihat "berjaya mencerminkan pemikiran dan jati diri bangsa Melayu".[35] Menurut Berita Harian, Embun dilihat sebagai sebuah "filem epik sejarah berjiwa besar dan juga bercita-cita, turut mengubah landskap filem Melayu yang selama ini bermain sekitar tema cinta dan komedi".[36]
Anugerah dan pencalonanSunting
Anugerah | Tarikh | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
Anugerah Bintang Popular Berita Harian | 13 Oktober 2002 | Pelakon Filem Lelaki Popular | Aqasha | Tercalon | |
Hani Mohsin | Tercalon | ||||
Pelakon Filem Wanita Popular | Umie Aida | Tercalon | |||
Ellie Suriati | Tercalon | ||||
Anugerah Skrin | 24 Ogos 2003 | Filem Terbaik | Embun | Menang | |
Skrip Terbaik | Rohiman Harun | Menang | |||
Sinematografi Terbaik | Teo Gay Hian | Menang | |||
Suntingan Terbaik | Kamaruddin Ali | Menang | |||
Pengarah Terbaik | Eirma Fatima | Tercalon | |||
Pelakon Lelaki Terbaik | Hani Mohsin | Tercalon | |||
Pelakon Wanita Terbaik | Umie Aida | Menang | |||
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Izi Yahya | Tercalon | |||
Rahim Razali | Tercalon | ||||
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Khatijah Tan | Menang | |||
Ellie Suriati | Tercalon | ||||
Festival Filem Asia Pasifik | 1–4 Oktober 2002 | Pelakon Wanita Terbaik Asia Pasifik | Umie Aida | Tercalon | [37] |
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Asia Pasifik | Khatijah Tan | Menang | |||
Pemilihan Filem Rasmi | Embun | Menang | |||
Festival Filem Malaysia | 19 April 2003 | Filem Terbaik | Embun | Tercalon | [38] |
Pengarah Terbaik | Eirma Fatima | Tercalon | |||
Pelakon Lelaki Terbaik | Hani Mohsin | Tercalon | |||
Pelakon Wanita Terbaik | Umie Aida | Menang | |||
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Izi Yahya | Menang | |||
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Khatijah Tan | Tercalon | |||
Pelakon Harapan Lelaki Terbaik | Aqasha | Tercalon | |||
Penataan Seni Terbaik | Yee I-Lan & Fadzil Idris | Menang | |||
Skor Muzik Terbaik | Datuk Mokhzani Ismail | Menang | |||
Sinematografi Terbaik | Teo Gay Hean | Menang | |||
Anugerah Khas Juri | FINAS & Filem Negara Malaysia | Menang | |||
Poster Terbaik | Menang |
RujukanSunting
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s "Catatan penerbitan Embun". Filemkita.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Jun 2008. Dicapai pada 7 Februari 2013.
- ^ Akmal Abdullah (7 Jun 2001). "Mengapa Erma Fatima dipilih arah filem epik Embun?". Berita Harian. Dicapai pada 20 Februari 2021.
- ^ Akmal Abdullah (9 April 2001). "Embun, filem estetika arahan Erma Fatima". Berita Harian. Dicapai pada 19 Februari 2021.
- ^ Akmal Abdullah (8 Mac 2001). "Harap Embun mampu angkat imej, jati diri bangsa". Berita Harian. Dicapai pada 19 Februari 2021.
- ^ Akmal Abdullah (26 Mei 2001). "Embun diduga perhebat imej filem". Berita Harian. Dicapai pada 19 Februari 2021.
- ^ "Embun pengukur filem Melayu". Berita Harian. 22 Jun 2002. Dicapai pada 20 Februari 2021.
- ^ Akmal Abdullah (10 Julai 2002). "Erma berdebar menghitung hari Embun". Berita Harian. Dicapai pada 20 Februari 2021.
- ^ Roslen Fadzil; Akmal Abdullah (26 Julai 2002). "Karyawan filem kagumi Embun". Berita Harian. Dicapai pada 20 Februari 2021.
- ^ Akmal Abdullah (6 September 2002). "Polemik Embun hanya memalukan". Berita Harian. Dicapai pada 20 Februari 2021.
- ^ Akmal Abdullah (15 Ogos 2002). "Penonton Malaysia tidak terima Embun?". Berita Harian. Dicapai pada 25 Februari 2021.
- ^ a b "Umie Aida, Aqasha tidak sorok hubungan". Berita Minggu. 16 Disember 2001. Dicapai pada 20 Februari 2021.
- ^ Suzan Ahmad (18 Mei 2002). "Umie enggan dedah rahsia cinta". Berita Harian. Dicapai pada 20 Februari 2021.
- ^ Norhadiani Baharom (11 Januari 2002). "Aqasha serik". Harian Metro. Dicapai pada 20 Februari 2021.
- ^ Hartati Hassan Basri (29 Julai 2002). "Hani Mohsin tetap tenang, tidak melatah". Harian Metro. Dicapai pada 20 Februari 2021.
- ^ "Izi lawan sakit demi Akashi". Metro Ahad. 30 September 2001. Dicapai pada 20 Februari 2021.
- ^ Zul Husni Abdul Hamid (25 September 2002). "Trofi bukan sasaran Ellie". Berita Harian. Dicapai pada 25 Februari 2021.
- ^ Akmal Abdullah (3 Mac 2001). "FNM, Finas terbitkan Embun". Berita Harian. Dicapai pada 19 Februari 2021.
- ^ "Dr Mahathir jadi 'pengarah' filem Embun". Harian Metro. 6 April 2001. Dicapai pada 20 Februari 2021.
- ^ Abie Abdullah (1 April 2001). "Embun Erma". Metro Ahad. Dicapai pada 19 Februari 2021.
- ^ Abie Abdullah (6 April 2001). "Embun sebagai perintis". Harian Metro. Dicapai pada 19 Februari 2021.
- ^ Suraya Al-Attas (10 April 2001). "Erma makes her mark" [Erma membuat tandanya] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 19 Februari 2021.
- ^ Hanisah Selamat (14 Mei 2001). "Embun serlah bakat Rohiman". Berita Harian. Dicapai pada 19 Februari 2021.
- ^ "Rohiman tawar tiga skrip filem". Berita Harian. 15 Jun 2001. Dicapai pada 19 Februari 2021.
- ^ Abie Abdullah (24 Mei 2001). "Erma jumpa Embun". Harian Metro. Dicapai pada 19 Februari 2021.
- ^ Abie Abdullah (25 Mei 2001). "Umie, Mohsin janji beri terbaik". Harian Metro. Dicapai pada 19 Februari 2021.
- ^ Akmal Abdullah (25 Mei 2001). "Umie jadi Embun". Berita Harian. Dicapai pada 19 Februari 2021.
- ^ Suraya Al-Attas (15 Jun 2001). "Umie's role of a lifetime" [Peranan Umie sepanjang hayat] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 19 Februari 2021.
- ^ "Umie terkejut terpilih terajui Embun". Metro Ahad. 27 Mei 2001. Dicapai pada 19 Februari 2021.
- ^ Haswari Ali (12 Julai 2001). "Aqasha terima lamaran Erma". Harian Metro. Dicapai pada 20 Februari 2021.
- ^ Akmal Abdullah (4 September 2002). "RM3 juta tepati biaya pembikinan Embun: Finas". Berita Harian. Dicapai pada 20 Februari 2021.
- ^ Abie Abdullah (24 Ogos 2002). "Berbaloikah Embun Erma?". Harian Metro. Dicapai pada 25 Februari 2021.
- ^ Baharudin A. Latif (9 Oktober 2002). "Setting the Embun record straight" [Menetapkan rekod Embun lurus] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 25 Februari 2021.
- ^ Akmal Abdullah (1 Ogos 2001). "1,700 pelakon jayakan penggambaran Embun". Berita Harian. Dicapai pada 20 Februari 2021.
- ^ Roslen Fadzil; Akmal Abdullah (24 Julai 2002). "Embun mampu pulih maruah filem Melayu". Berita Harian. Dicapai pada 20 Februari 2021.
- ^ Akmal Abdullah (25 Julai 2002). "Embun berada dalam kelas satu". Berita Harian. Dicapai pada 20 Februari 2021.
- ^ Sasterawan Muda (15 Ogos 2002). "Antara kelembutan Embun dan kerakusan Erma Fatima". Berita Harian. Dicapai pada 25 Februari 2021.
- ^ "#SPOTLIGHT: Data Pencapaian Filem Cereka Tempatan Di Peringkat Antarabangsa (1950-Terkini)" (PDF) (Siaran akhbar). Perbadanan Kemajuan Filem Nasional. 2018. Dicapai pada 5 Jun 2020.
- ^ "INISIATIF PEMBANGUNAN DATA INDUSTRI DATA PEMENANG FESTIVAL FILEM MALAYSIA (FFM)" (PDF) (Siaran akhbar). FINAS. 2018. Dicapai pada 15 November 2020.