Fatimah Abu Bakar

Pelakon, wartawan dan penulis Malaysia

Fatimah binti Abu Bakar (lahir 3 Mac 1955) merupakan seorang pelakon, wartawan dan penulis Malaysia.[1] Selain kerjaya lakonan, beliau pernah menjadi wartawan dan penulis akhbar New Straits Times dan menjadi tenaga pengajar Akademi Fantasia. Anak-anak beliau Sharifah Aleya, Sharifah Amani, Sharifah Aleysha dan Sharifah Aryana juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.[2]

Fatimah Abu Bakar
Kelahiran
Fatimah binti Abu Bakar

(1955-03-03) 3 Mac 1955 (umur 69)
PekerjaanPelakon, wartawan, penulis, jurulatih lakonan
Tahun aktif1984–kini
PasanganSyed Zainal Rashid Al-Yahya
Anak-anak4
Ibu bapa
  • Abu Bakar Mohd Noor
  • Rohani Tan Mooi Gee (ibu)

Kehidupan dan kerjaya sunting

Beliau dilahirkan pada 1955 di Pulau Tikus, Pulau Pinang[3] kepada pasangan Abu Bakar Mohd Noor yang berketurunan Benggali dan Rohani Tan Abdullah (lahir Tan Mooi Gee) yang berketurunan Cina.[2] Ibunya berasal dari Hainan, China. Fatimah mendapat pendidikan awalnya di Residency Road Girls School dan pendidikan menengah di St. George’s Girl School yang kedua-duanya terletak di Pulau Pinang. Beliau kemudiannya berhijrah ke Kuala Lumpur bagi menyambung pelajarannya dalam bidang Komunikasi Massa di Universiti Teknologi Mara (UiTM).[2]

Selepas tamat belajar di UiTM, beliau mendaftarkan dirinya di New Straits Times sebagai wartawan amali dan kemudiannya diterima sebagai wartawan,[3] dan seterusnya berkhidmat sebagai penulis ruangan bertajuk "I Am Women".[2] Fatimah juga mempunyai minat mendalam dalam seni teater yang dipelajari sejak bangku sekolah, dan pernah terbabit dalam pementasan di Kelab Teater Kuala Lumpur.

Sepanjang aktif dalam teater, Fatimah juga diperkenalkan dengan pengarah Datin Paduka Shuhaimi Baba dan Allahyarham Mustaffa Noor.[3] Bermula dari situ, beliau mendalami banyak perkara tentang teater, lakonan dan sebagainya dan terus mengikut mereka bergiat dalam filem dan juga drama televisyen.[3]

Beliau telah dipanggil oleh pengendali televisyen berbayar, ASTRO sebagai pelatih untuk rancangan realiti TV, Akademi Fantasia di mana beliau ditugaskan melatih bakat-bakat baharu dalam bidang seni muzik dan lakonan.[3] Fatimah menubuhkan Salt Media Consultancy dan Artitude Productions yang masing-masing mengkhususkan kepada editorial, penerbitan bahan bercetak, melatih golongan korporat dalam pengucapan awam dan bakat baharu dalam bidang lakonan.[3]

Kehidupan peribadi sunting

Beliau berkahwin dengan Syed Zainal Rashid Al-Yahya dan dikurniakan empat anak perempuan, iaitu Sharifah Aleya, Sharifah Amani, Sharifah Aleysha dan Sharifah Aryana yang semuanya bergiat aktif dalam bidang lakonan.[3]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1997 Layar Lara Ibu
2002 Embun Sebagai panel skrip dan lakon layar
2006 Cinta Rubiah
2007 Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka Dokumentari pendek, penghargaan
2010 Haq Mak Lang
2017 J Revolusi Ibu Skodeng
KL24: Zombies
2019 Geran Haryati (suara)
2021 Kerana Korona Laila
Siapa Tutup Lampu? Mak Arif Penampilan khas
2023 Imaginur Wanita Tua
Tiger Stripes Ketua Guru
TBA Nur Datin Ibu Hajah Musalmah Dalam perancangan
Untitled Siapa Tutup Lampu? sekuel Mak Arif Penampilan khas

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1984 Maria Maria TV3
2010 Keabadian Cinta Astro Prima
2011 Hajar Aswad TV9
2016 Menunggu Hujan Teduh TV2
2017 Kembalikan Syawalku Latifah Astro Citra
BoBajet Mak Cik Siti Astro First Eksklusif
2019 Pendoa Yang Ikhlas Mak TV1
2022 Jabat Erat-Erat Nenek Timah TV2
Abah Mardiah TV1
2023 Doh Mak Aini Tonton

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Aku Dan Tok Wan Tok Wan Astro Warna
2018 Nur Datin Ibu Hajah Musalmah TV3
2019 Nur 2
2021 Keluarga Baha Don (Musim 3) Che Puan Mona Viu
2022 Ex Aku Pontianak Mak Suraya Astro Ria
Murder By Moonlight Ibu Ameera Astro Citra Pelakon undangan
Senduk Swap! Opah Astro TA-DAA!
2023 From Saga With Love Rozita Viu
That Cover Girl Maisara Prime Video
TBA Untitled Murder By Moonlight Special Ibu Ameera Astro Citra Pelakon undangan
Nur 3 Datin Ibu Hajah Musalmah TV3

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2015 AF 2015 Tenaga Pengajar Astro Ria

Rujukan sunting

  1. ^ Brigitte Rozario (9 November 2009). Meet supermum Fatimah Abu Bakar The Star. Diperoleh pada 2 Julai 2010.
  2. ^ a b c d Where I’m coming from: Fatimah Abu Bakar Poskod.my. Dicapai pada 18 Jun 2018.
  3. ^ a b c d e f g Aini Nawawi (20 Ogos 2017). Fatimah Abu Bakar suka berimaginasi Utusan Malaysia. Dicapai pada 18 Jun 2018.

Pautan luar sunting