Geran (filem)
Geran (atau dikenali sebagai The Deed of Death) merupakan filem aksi silat Malaysia 2019. Filem ini mempamerkan pencak silat, dan mengisahkan satu keluarga pesilat yang perlu pertahankan nama dan tanah rumah mereka daripada tergadai setelah adik mereka lari dengan geran tanah.
Geran | |
---|---|
Pengarah | Areel Abu Bakar |
Penulis | Hafiz Derani |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi | Areel Abu Bakar |
Disunting oleh | Nik Johan |
Muzik oleh | Bajai |
Syarikat penerbitan |
|
Tarikh tayangan | 10 Oktober 2019 (Malaysia) |
Masa tayangan | 1 jam 41 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM 471 ribu |
Ia ditayangkan pada 10 Oktober 2019 di Malaysia dan Brunei. Filem ini mendapat kepujian atas aksi-aksi silatnya.[1][2]
SinopsisSunting
Di Kedah, Ali dan Fatimah dari satu keluarga petani dan pesilat Gayong berasa amat marah dan kesal apabila adik bongsu mereka, Mat Arip, yang terlibat dalam lumba kereta haram dan berjudi, kini lari dengan geran tanah pusaka rumah mereka. Mat Arip telah mencagarkan geran tanah ayah mereka kepada sindiket ceti Haji Daud. Haji Daud pula ialah musuh Pak Nayan dalam silat dan mengugut keluarga mereka. Untuk menjaga nama dan tanah rumah daripada tergadai, mereka kini perlu menentang untuk menyelamatkan adik mereka yang ditangkap oleh sindiket itu dan menuntut semula geran tanah keluarga mereka.
PelakonSunting
- Namron sebagai Pak Nayan
- Koharullah sebagai Ali
- Feiyna Tajudin sebagai Fatimah
- Fad Anuar sebagai Mat Arip
- Azlan Komeng sebagai Kahar
- Taiyuddin Bakar sebagai Mi Piang
- Megat Sharizal sebagai Man Bangla
- Aeril Zafrel sebagai Lah
- Niezam Zaidi sebagai Asan
- Adam Shahz sebagai At
- Kasturi Majid sebagai Tora King
- Sham Majid sebagai Yon
- Yusran Hashim sebagai Chot
- Abinoorizuadin sebagai Pak Teh
- Faizal Hussein sebagai Haji Daud
- Fatimah Abu Bakar sebagai Haryati, pencerita
PenerbitanSunting
FIlem ini mempamerkan silat seni gayong dari Pertubuhan Gayong Pusaka. Filem ini tidak menggunakan pelagak ngeri (stuntman), pelakonnya melakukan aksi sendiri kerana mereka berpengalaman dalam silat atau para pesilat sebenar.[3][4][5] Dialog filem ini menggunakan Bahasa Melayu loghat Kedah, dengan sarikata bahasa baku Malaysia disediakan.
Sumber rujukanSunting
- ^ ""Geran" teroka dunia seni bela diri tradisional asli silat". Cinema.com.my.
- ^ "Interview with Taiyuddin Bakar for Geran". Harian Metro.
- ^ "Geran angkat seni tempur silat Melayu". Berita harian
- ^ ‘Filem silat ini cerminkan kita - Melayu’. Malaysiakini.com
- ^ "Tak Pakai "Stuntman", aksi lawan dalam filem Geran dijamin realistik". Hangat.
Pautan luarSunting
- Geran di Cinema.com.my
- Trailer Geran di Youtube
- Geran di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)