Fad Anuar (Jawi: فات انور; lahir 11 September 1989) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia.[1][2] Beliau ialah anak saudara kepada pelakon veteran, Eman Manan.[3] Selain itu, beliau juga bergiat aktif dalam ilmu persilatan.[4]

Fad Anuar
Kelahiran (1989-09-11) 11 September 1989 (umur 34)
PekerjaanPelakon, ahli seni bela diri
Tahun aktif2012–kini
KeluargaEman Manan (bapa saudara)

Kerjaya sunting

Mewarisi bidang lakonan daripada bapa saudaranya, Eman Manan, Fad Anuar memulakan kerjaya lakonan selepas menamatkan kerjayanya di Pelabuhan Kuantan. Fad juga mendalami ilmu persilatan dan pernah menjadi jurulatih silat untuk filem Balun arahan Bob Singah.[3][4] Fad ditawarkan membintangi filem pertamanya, Dollah Superstar arahan Kabir Bhatia dengan memegang watak sebagai Kuncu Ayahanda. Beliau juga muncul sebagai pelakon undangan drama Gerak Khas sebanyak 3 episod. Pada tahun 2017, Fad membuat penampilan khas dalam filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof, Abang Long Fadil 2 yang dibintangi oleh Zizan Razak. Beliau kemudian muncul pula dalam filem Geran yang mengetengahkan tema ilmu persilatan. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Mat Arip. Selain filem, Fad juga telah membintangi beberapa drama TV termasuk Hati Yang Tersakiti dan Sang Pewaris.

Kehidupan peribadi sunting

Fad dilahirkan dan dibesarkan di Kemaman, Terengganu. Beliau ialah anak saudara pelakon veteran, Eman Manan.[3][5]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2014 Dollah Superstar Kuncu Ayahanda Filem pertama
2017 Abang Long Fadil 2 Pelakon Penampilan khas
2019 Geran Mat Arip
2020 Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda Orang Bergerutu
2023 Walid Yakpat Galo
2024 Legasi Wira Merah   Syafiq Pos-produksi
Pungut   Pos-produksi
TBA Takluk: Inspirasi Lahad Datu   Pos-produksi
Geran 2   Mat Arip Dalam perancangan

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2015 Gerak Khas (Musim 15) TV2 Episod: "Agenda Rahsia"
2016 Marhaban Kome Oi TV3
Lip Lap Raya HyppTV
2017 Sumpah Ibu Sham TV9
Gerak Khas (Musim 17) TV2 Episod: "Bella"
2018 Dia Anak Jeneral Nuar
Cik Sempurna TV3
2019 KL Gangster: Underworld Mat Letrik iflix
Penjejak Ifrit Astro Prima
2020 Hati Yang Tersakiti Latif TV3
Sang Pewaris Jamal
Gerak Khas (Musim 20) Episod: "Peluru Sesat"
2020 Angkara Cinta Helmi Wira Astro Prima
2021 The Maid Jamal Badri Astro Ria
2022 Sayang Tak Dikenang Fitri TV3
Roti Cicah Susu Dr. Emran Mikhail Astro Ria
Luka Di Hati Diya Adam TV1
2023 I Love You, Stupid Faris Viu

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2019 Puaka Pak Selar Astro Citra
2023 Gergasi Ismail TV2
Kum tonton

Iklan sunting

Tahun Iklan Peranan
2019 Dutch Lady Dirinya sendiri

Rujukan sunting

  1. ^ ""Siapalah saya..." - Fad Anuar". XTRA. 6 Oktober 2019. Dicapai pada 12 Februari 2020.
  2. ^ Asraf Adied (3 Oktober 2019). ""Saya tak perlukan kontroversi untuk popular" - Fad Anuar". Astro Gempak. Dicapai pada 12 Februari 2020.
  3. ^ a b c Amerul Haswendy Ashari (21 Februari 2019). "Ingat pesan Eman Manan". Harian Metro. Dicapai pada 12 Februari 2020.
  4. ^ a b Syanty Octavia Amry (10 Oktober 2019). "Tekad angkat seni silat". Harian Metro. Dicapai pada 13 Februari 2020.
  5. ^ Nisa Irina (7 Oktober 2019). "Fad Anuar ingin dikenali sebagai ikon persilatan serba boleh". Cinema Online. Dicapai pada 13 Februari 2020.

Pautan luar sunting