Sharifah Aleya binti Syed Zainal Rashid Al-Yahya atau Sharifah Aleya (lahir 27 April 1983) merupakan seorang pengacara, penyampai radio dan pelakon Malaysia berdarah kacukan Arab, Cina dan Benggali.[1]

Sharifah Aleya
Kelahiran
Sharifah Aleya binti Syed Zainal Rashid Al-Yahya

(1983-04-27) 27 April 1983 (umur 40)
Nama lainLeya
PekerjaanPelakon, pengacara, penyampai radio
Tahun aktif1998–kini
Pasangan
  • Muhd Ashraf Aasimuddin (k. 2007; c. 2012)
  • Mohammed Azam Abdullah (k. 2013)
Anak-anak4
IbuFatimah Abu Bakar
BapaSyed Zainal Rashid Al-Yahya
Saudara

Kehidupan peribadi sunting

Beliau dan Muhd Ashraf Aasimuddin pemain dram kumpulan Pretty Ugly telah diijabkabulkan di satu majlis yang diadakan di Masjid Al-Mukharammah, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur. Mas kahwin sebanyak RM101 pada 9 Disember 2007. Aleya turut menerima wang hantaran sebanyak RM10,101 dalam majlis yang cukup sederhana tetapi amat meriah dengan kehadiran para wartawan.

Seperti yang ramai maklum, Aleya merupakan anak sulung daripada 4 beradik kepada aktres hebat 80an Fatimah Abu Bakar dan pelukis Syed Zainal Rashid Al-Yahya dan juga kakak sulung kepada 3 orang adiknya yang semuanya juga bergelar aktres. Adiknya yang paling berjaya di layar perak ialah Sharifah Amani manakala dua lagi adiknya ialah Sharifah Aryana dan Sharifah Aleysha. Mereka sekeluarga membesar di Bangsar, Kuala Lumpur.

Leya telah selamat melahirkan bayi kembar perempuan pada jam 11.46 pagi di sebuah hospital kerajaan pada 26 Jun 2009. Bayi kembar itu dinamakan Aza Ameena binti Muhd Ashraf dan Asha Ameena binti Muhd Ashraf. Pada 29 Februari 2012, beliau telah bercerai dengan suaminya Muhd Ashraf Aasimuddin.

Pada tahun 2013, beliau telah berkahwin buat kali kedua dengan Mohammed Azam Abdullah atau Miko. Pada 9 Januari 2015, beliau selamat melahirkan anak ketiga dan anak lelaki sulungnya yang diberi nama Ali Abdullah bin Mohammed Azam. Seterusnya, pada 1 November 2017 beliau selamat melahirkan anak keempat yang bernama Ahyan Abdullah bin Mohammed Azam.

Kerjaya sunting

Beliau memulakan karier sejak berusia 12 tahun ketika mengacarakan rancangan Golden Teen Stuff di TV2 dan kemudiannya program Chicky Hour di TV3 sejak 1998. Pada tahun 2000 beliau muncul dalam filem Mimpi Moon arahan Shuhaimi Baba dengan memberikan lakonan berkesan sebagai remaja yang fanatik terhadap artis pujaan. Lakonannya menerima pengiktirafan sebagai Pelakon Harapan di Anugerah Skrin 2001.

Karier lakonan Aleya sangat cemerlang ketika usia remaja hinggakan beliau diiktiraf sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM) menerusi watak Nurul Nadia dalam filem Trauma pada tahun 2004 ketika berusia 21 tahun. Namun karier lakonannya di layar perak sedikit tenggelam akibat persaingan dengan aktres remaja lain biarpun muncul dalam filem-filem hebat antaranya Man Laksa dan Pontianak Harum Sundal Malam. Sejak itu Aleya menumpukan karier pengacaraan menerusi rancangan bual bicara Selamba Serius bersama adiknya, Sharifah Amani dan sekali lagi bergandingan dalam program Latido di TV9. Aleya pernah mengacarakan program realiti Malaysian Idol musim pertama pada tahun 2004 bersama Soo Koi Jien serta The Breakfast Show di ntv7.

Amukan Puaka pada tahun 2003 merupakan debut Aleya di TV dan juga VCD selain muncul dalam drama Chulia Street, Prahara dan juga berlakon dalam sitkom Kopikau bersama adik beradik Ngasri. Lakonan komedi Aleya menerima pujian hingga dicalonkan untuk kategori Pelakon Komedi TV Wanita Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2005 bersama aktres komedi hebat yang lain seperti Sheila Rusly & Nik Sayyidah Fatihah. Di dunia teater beliau juga tidak mengecewakan apabila pernah muncul dalam teater Man For All Seasons yang melayakkan beliau dicalonkan di Anugerah Boh Cameronion 2005 untuk kategori Ensembel Pelakon Terbaik. Pada tahun 2011 beliau muncul dalam teater Terima Kasih Cinta.

Beliau kini popular sebagai juruhebah radio apabila berkhidmat di stesen radio Hot FM sejak 2006. dan telah 4 kali dicalonkan untuk kategori Pengacara Radio Wanita Popular (ABPBH) di Anugerah Bintang Popular Berita Harian edisi 2006, 2008, 2009 dan 2010.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2000 Mimpi Moon Filem pertama
2002 Idola Nana
2003 Diari Romeo Joji
2004 Trauma Nadia
Pontianak Harum Sundal Malam Rafiah
2006 Man Laksa Chah
2007 Mukhsin Mak Inom
2008 Susuk Pengacara Pertandingan Bakat Penampilan khas
2010 Magika Bawang Merah

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2003 Amukan Puaka Ria VCD

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1998 Chicky Hour Pengacara TV3
2004 Malaysian Idol (musim 1) 8TV bersama Soo Kui Jien
2021 Membina Juara DidikTV

Radiografi sunting

Radio sunting

Tahun Stesen
2006–2015 Hot FM

Rujukan sunting

  1. ^ Nur Asyikin Mayudin (29 Jun 2017). Nak Suruh Berlakon? Maaf... Tidak! - Sharifah Aleya mSTAR Online. Dicapai pada 19 Oktober 2017.

Pautan luar sunting