Soal Hati merupakan filem komedi romantik Malaysia yang dikeluarkan 28 September 2000 arahan Othman Hafsham dan dibintangi oleh Afdlin Shauki dan Erra Fazira.[2]. Sekuel filem ini, Soalnya Siapa diterbitkan tidak lama kemudian. Ia mendapatkan sambutan yang memberangsangkan daripada masyarakat dan peminat, sehingga ada beberapa individu yang sanggup menontonnya sehingga lebih/kurang tiga kali.[3]

Soal Hati
PengarahOthman Hafsham
PenulisHabsah Hassan
Dihasilkan oleh
  • Habsah Hassan
  • Mohamad Jusoh
Dibintangi
Diedarkan olehSerangkai Holdings Sdn Bhd
Tarikh tayangan
  • 28 September 2000 (2000-09-28) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.27 juta
Pecah panggungRM 1.38 juta[1]

Plot sunting

Soal Hati mengisahkan cinta antara Daniel seorang yang berpelajaran tinggi dan memiliki segalanya dengan seorang jurujual, Nurul Ain. Daniel jatuh cinta pandang pertama ketika terlanggar Ain. Untuk memikat, Daniel memperkenalkan diri sebagai Ahmad kerana tidak mahu kedudukannya bakal menjauhkan Ain daripadanya. Ain merasa dirinya tertipu apabila mengetahui Daniel anak seorang kaya. Daniel terpaksa memujuk semula Ain kerana dia masih mencintai wanita itu.

Pelakon sunting

Runut bunyi sunting

  • "Soal Hati" - (Erra Fazira)
  • "Kerana" - (Erra Fazira)
  • "Hadirmu" - (Erra Fazira)
  • "Romeo" - (Erra Fazira)
  • "Ah Wanita" - (Ilusif)
  • "Laguku Untukmu" - (Hasnol)
  • "Mengapai Sinarmu" - (Spring)
  • "Darjat" - (A To Z)
  • "Kau Dan Aku" - (Kool)
  • "Soal Hati" - (Erra Fazira , Anuar Zain & Afdlin Shauki)

Anugerah dan pencalonan sunting

Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Festival Filem Malaysia ke-15 Pelakon Lelaki Terbaik Afdlin Shauki Menang
Pelakon Wanita Terbaik Erra Fazira Menang
Anugerah Skrin 2001 Aktor Terbaik Afdlin Shauki Menang
Actress Terbaik Erra Fazira Menang
Pengarah Terbaik Othman Hafsham Tercalon
Filem Terbaik Soal Hati Tercalon

Sambutan sunting

Filem ini telah menelan belanja sebanyak RM1.2 juta. Kutipan yang diterima untuk filem ini adalah sebanyak RM1,383,134.12.

Lihat Juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
    TAYANGAN FILEM CEREKA TEMPATAN 2000
  2. ^ Akmal Abdullah (14 Ogos 2000). "Soal Hati ke pawagam Oktober". klik.com.my. Berita Harian. Dicapai pada 15 Mac 2021.
  3. ^ Akmal Abdullah (7 Oktober 2000). "Soal Hati dapat sambutan hangat". klik.com.my. Berita Harian. Dicapai pada 15 Mac 2021.

Pautan luar sunting