Osman Kering

Pelakon dan pelawak veteran Malaysia (1954-2012)

Osman bin Kassim (1954 – 29 Jun 2012)[1] atau lebih dikenali sebagai Osman Kering merupakan seorang pelakon dan pelawak Malaysia, berasal dari Bachok, Kelantan.

Osman Kering
Kelahiran
Osman bin Kassim

1954 (1954)
Meninggal dunia29 Jun 2012(2012-06-29) (umur 57–58)
Sebab kematianBatuk kering
PekerjaanPelakon, pelawak
Tahun aktif1979–2012
PasanganChe Norhayati Che Omar (k. 1983–2012)
Anak-anak7

Beliau mula menceburi bidang lakonan secara serius selepas muncul naib juara pertandingan Bakat TV yang dianjurkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1979. Nama ‘Osman Kering’ merupakan idea Mek Habsah dalam satu persembahan pada pertengahan tahun 1980-an.[2] Beliau juga pernah merakamkan sebuah album dikir barat bersama Mek Habsah dan Yahya Sulong, Asam Pedas pada 1991.[3]

Osman berkahwin dengan Che Norhayati Che Omar pada 1983 dan dikurniakan tujuh anak serta empat cucu. Beliau meninggal dunia pada 29 Jun 2012 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat penyakit batuk kering pada usia 58 tahun.[4][5]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1986 Si Jantung Hati Filem pertama
1990 Adik Pegawai Hospital Bahagia
1992 XX Ray So'ud
1995 XX Ray II Guntur
Cinta Rosevilla
Sama Tak Serupa Encik Gigok Somprek
Ringgit Kasorrga Pak Malim
1998 Raja Melewar
1999 Hasrat Mat Kasa
Senario The Movie Mangsa Perogol Bersiri Penampilan khas
2001 Soal Hati Kaki Raba
Lagi-Lagi Senario Pelanggan Restoran Penampilan khas
2002 Mr. Cinderella Pemuda I
2003 MX3 Mandrum Pelakon undangan
Gila-Gila Pengantin Pakcik Dollah
2005 Tak Ori Tapi Ok
Kemarau Cinta
Pontianak Menjerit Tok Bomoh
2006 Man Laksa Lan Cicak
Remp-It Ayah Macha
Tentang Bulan Tok Mudim
2007 9 September Abang Man
2008 Senario The Movie: Episode 1 Wak Penjual Jamu Penampilan khas
Antoo Fighter
2012 Oh Mak Kau Tok Guru Filem terakhir

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1994 Pi Mai Pi Mai Tang Tu TV3 Episod: "Kaki Pau"
2000 Che Yah Balik Kampung TV2
2001 Spanar Jaya NTV7 Pelakon undangan

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Raya Kali Ini TV2

DiskografiSunting

  • Asam Pedas (1991)

RujukanSunting

  1. ^ Al-Fatihah buat Osman Kering Diarkibkan 2018-10-18 di Wayback Machine Kosmo! (1 Julai 2012). Diperoleh pada 18 Oktober 2012.
  2. ^ Abdul Aziz Itar (12 Mei 2012). Nama Osman Kering idea Mek Habsah Diarkibkan 2018-10-18 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 18 Oktober 2012.
  3. ^ Osman Kering Addy Saufi (10 Jun 2010). Dicapai pada 18 Oktober 2012.
  4. ^ Osman Kering meninggal dunia Sinar Harian (29 Jun 2012). Diperoleh pada 18 Oktober 2012.
  5. ^ Comedian Osman Kering dies of tuberculosis The Star Online (29 Jun 2012). Diperoleh pada 18 Oktober 2012.

Pautan luarSunting