Ahmad Yatim
seniman Malaysia
Rencana ini perlu dikemas kini. |
Ahmad Yatim atau nama sebenar Md Yatim Talib ialah seorang pelakon filem dan teater yang terkenal di Malaysia sejak akhir 1970-an. Beliau ialah seorang daripada 3 orang pelakon Malaysia yang pernah memenangi dua kategori lakonan di Festival Filem Malaysia iaitu untuk peranan utama dan pembantu. Beliau dikenali sebagai seorang pelakon yang sangat selektif dalam memilih naskhah untuk dilakonkan. Banyak bergerak di dunia pementasan, Ahmad Yatim kini bergelar pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)[1].
Filemografi sunting
Filem sunting
- Abang (1981)
- Sumpah Di Bumi Merkah (1981)
- Pemburu (1982)
- Anak Sarawak (1989)
- Perempuan Melayu Terakhir (1999)
Drama sunting
- Metafizik (1998)
Anugerah dan pencalonan sunting
Anugerah sunting
- Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
- ljazah Kehormat Sarjana Seni Kreatif (Seni Lakon) - 2021[2]
- Festival Filem Malaysia
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Abang di Festival Filem Malaysia ke-2
- Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Pemburu di Festival Filem Malaysia ke-3
- Festival Filem Asia Pasifik
- Pelakon Paling Menonjol di Layar Perak (Most Strong Presence Actor on Screen) di Festival Filem Asia Pasifik 1982
Pencalonan sunting
- Festival Filem Malaysia
- Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Anak Sarawak di Festival Filem Malaysia ke-9
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Perempuan Melayu Terakhir di Festival Filem Malaysia ke-14
Rujukan sunting
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (9 Januari 2016). "Macbeth sentuhan Ahmad Yatim". Harian Metro. Dicapai pada 15 Disember 2021.
- ^ NURHIDAYAH HAIROM (12 Disember 2021). "Rais dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif Aswara". Sinar Harian. Dicapai pada 15 Disember 2021.