Pendekar Awang: Darah Indera Gajah

Pendekar Awang: Darah Indera Gajah ialah sebuah filem aksi sejarah Malaysia tahun 2024 arahan Sharuddin Dali dan Saiful Reza Shukor dan merupakan spin-off kepada filem 2022 Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan. Ia ditayangkan pada 11 Januari 2024. Filem ini berkisar mengenai kisah hidup dan perjuangan Awang Nong dalam menentang kuasa Inggeris di negeri Pahang.[1]

Pendekar Awang: Darah Indera Gajah
PengarahSharuddin Dali
Saiful Reza Shukor
PenulisShahruddin Dali
Dihasilkan oleh
  • Abdul Rahman Dali
  • Shahruddin Dali
Dibintangi
SinematografiStephen Chua
Idham Mad Din
Disunting olehAmar Makruf
Irwan Ahmad
Muzik olehAzri Yunus
Hakim Kamal
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehGSC Movies
Tarikh tayangan
  • 11 Januari 2024 (2024-01-11) (Malaysia)
Masa tayangan
1 jam 50 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 15 juta
Pecah panggungRM 5.9 juta

Sinopsis sunting

Berkisar tentang peristiwa fiksional selepas kebangkitan pahlawan Melayu di Kuala Tembeling, Jerantut dan Temerloh, Pahang. Apabila British mendapat tahu Tok Gajah mahu ke Terengganu untuk mendapatkan sokongan Sultan dan pahlawan-pahlawan Melayu di Terengganu, British mengarahkan Kapten Syers menangkap Tok Gajah sebelum terlambat.

Awang terpaksa menyelamatkan bapanya yang telah ditangkap pihak Inggeris dan dia juga mesti memastikan Tok Gajah berjaya ke Terengganu dengan selamat. Dalam usaha Awang menyelamat, Awang berdepan pelbagai rintangan dan pertempuran dan akhirnya mati.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

  • Fattah Amin sebagai Awang, ketua kumpulan penentang Inggeris di Pahang seorang mahir memanah, silat dan suami kepada Sayang juga anak Haji Sulong
  • Nur Fazura sebagai Sayang (Kak Yang), isteri Awang dan Ketua Srikandi dan gundik sultan.
  • Ali Karimi sebagai Brahim, adik kepada Mat Kilau yang bawa bersama Tok Gajah ke Chenor dan seorang yang mahir dalam penggunaan senjata tekpi.
  • Nadhir Nasar sebagai Tahir, Adik kepada Sayang dan adik ipar Awang yang mahir dalam menyumpit dan ramuan perubatan.
  • Datin Sri Heliza Helmi sebagai Siti, orang kanan Sayang dalam Srikandi dan tunang Brahim dan kekasih Mat Kilau.

Pelakon pembantu sunting

  • Wan Hanafi Su sebagai Tok Gajah, ketua utama kumpulan penentang Inggeris di Pahang dan ayah kepada Mat Kilau.
  • Amerul Affendi sebagai Tobah, penjejak untuk Kapten Syers yang guna tukul batu.
  • Hasnul Rahmat sebagai Kodi, orang kanan Haji Sulong dan Tok Gajah tetapi ditawan oleh Kapten Syers sebelum dibunuh dalam tahanan.
  • Amir Ahnaf sebagai Andak, seorang pemanah dari Terengganu yang ditugaskan melindungi Tok Gajah dan Nadim.
  • Hazwani Helmi sebagai Minah, Orang Kanan II Sayang dan adik kepada Siti.
  • Namron sebagai Haji Sulong, bapa Awang dan bapa mertua kepada Sayang yang menyokong Tok Gajah namun dibunuh oleh Tobah semasa melarikan diri.
  • Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Jalak Pengkor, pembunuh upahan untuk Kapten Syers dan Ketua kepada Tobah, Sitong dan Samut.
  • Dato Hilal Azman sebagai Penghulu Hassan, Ketua Kampung Chenor yang membantu Tok Gajah dan datuk kepada Nadim
  • Geoff Andre Feyaerts sebagai Kapten Syers, ketua angkatan tentera Inggeris yang bersikap kejam dan angkuh.
  • Sathis Varan sebagai Sugur, ketua askar Sikh yang membantu Kapten Syers kemudian berpaling tadah apabila Syers membunuh orang beliau.
  • Reza Hilman sebagai Dahlan, seorang pejuang dari Aceh yang membantu Andak dalam melindungi Tok Gajah.
  • Tissa Biani sebagai Besah, ahli kumpulan Srikandi dan kawan kepada Siti Minah.
  • Azrel Ismail sebagai Tok Janggut, ketua penentang di Kelantan yang berlindung di Mekah bersama Tok Kenali.
  • Mawi sebagai Tok Kenali
  • Andy Teh sebagai Sachai, ketua samseng dari Tanah Besar China yang membantu Kapten Syers dan Jalak Pengkor
  • John Bear sebagai Sitong, pengikut Jalak Pengkor #1 yang membunuh ibu Awang.
  • Saifulwazein sebagai Samut, pengikut Jalak Pengkor #2.
  • Syed Ali Murtadha sebagai Nadim, cucu Penghulu Hassan dan cucu angkat Tok Gajah.
  • Dian P. Ramlee sebagai Mak Senah, isteri Haji Sulong dan ibu Awang.

Penampilan khas sunting

Penghasilan sunting

Trivia sunting

  • Penampilan sulung Nadhir Nassar dan Amir Anhaf ke layar perak menerusi Pendekar Awang: Darah Indera Gajah, mereka berdua dipilih oleh Studio Kembara dan Saiful Reza kerana beliau (Saiful) pernah bekerjasama Nadhir, Amir dalam drama Projek: High Council pada 2022. Adegan Andak dimainkan oleh Amir tidak banyak kerana muncul di tengah babak.
  • Fazura bercerita perjalanan filem ini dalam The Making of, beliau berkata tertarik jalan cerita itu kerana bawa cerita perjuangan kaum wanita yang sama-sama membantu Awang. Selain itu dapat gandingan semula dengan suaminya (Fattah) dan beberapa pelakon wanita lain.
  • Reza Hillman membawa watak Dahlan juga bertindak sebagai stuntman untuk semua pelakon terlibat.
  • Heliza Helmi kembali berlakon selepas beberapa tahun dengan kali terakhir filem Syurga Cinta tahun 2009 dan drama Warkah Cinta pada 2013.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting