Amir Ahnaf
Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin (lahir 17 Februari 2000) ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Hero Remaja 2021/2022.[1] Beliau terkenal dengan melakonkan watak sebagai Kahar dalam siri Astro Originals Projek: High Council (2023).[2]
Amir Ahnaf | |
---|---|
Kelahiran | Muhammad Amir Ahnaf bin Mohd Khairudin 17 Februari 2000 |
Pendidikan | Diploma Reka Bentuk & Pembangunan Permainan |
Pusat pendidikan |
|
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 2021–kini |
Terkenal kerana | Kahar dalam Projek: High Council |
Ketinggian | 179 cm (5 ka 10 in) |
Kehidupan awal dan pendidikan sunting
Amir Ahnaf dilahirkan dan dibesarkan di Dungun, Terengganu dan merupakan anak sulung daripada 9 adik beradik.
Beliau dahulu merupakan Presiden Badan Wakil Pelajar di MRSM Kuala Terengganu. Amir telah mempelajari ilmu Silat sejak tingkatan 1 sehingga tingkatan 5, dan pengalaman dalam seni mempertahankan diri ini banyak membantunya ketika memegang watak Kahar dalam Projek: High Council yang penuh dengan adegan aksi. Selain itu, beliau juga pernah menyertai pasukan ragbi sekolah sejak di Tingkatan 1 dan telah menyertai pelbagai jenis pertandingan termasuklah pertandingan taranum Al-Quran dan berazan. Amir juga pernah menubuhkan sebuah kumpulan muzik sendiri ketika berada di sekolah dan memegang posisi sebagai vokalis utama.
Kerjaya sunting
Kerjayanya bermula setelah beliau dipilih menjadi salah seorang peserta Hero Remaja 2021.[3]
Amir Ahnaf memulakan kerjayanya sebagai pelakon dengan membintangi drama bersiri Akim & Mira: Kisah Cinta 1999 dan memegang watak sebagai Ejoi yang telah mula disiarkan di Astro Ria bermula 22 Disember 2022. Beliau mendapat perhatian meluas dengan memegang watak sebagai Kahar, pelajar Kolej Ungku Deramat dalam Projek: High Council yang disiarkan serentak di Astro GO dan Astro Ria. Ia turut dibintangi oleh Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Naim Daniel dan Daiyan Trisha.[4]
Kehidupan peribadi sunting
Beliau kini menetap di Selangor. Amir juga berbakat dalam menyanyi, bermain gitar, menggubah lagu, dan melukis.
Filemografi sunting
Filem sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran | Catatan |
---|---|---|---|---|
2023 | Harta Berdaulat | Ameer Yousof | YouTube | Filem pendek, pelakon utama bersama Hazeeq Dean |
2024 | Pendekar Awang - Darah Indera Gajah | Andak | Studio Kembara | Pos-produksi |
Drama sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | Rindu Darul Iman | Ijad | TV Okey | Drama bersiri, pelakon pembantu |
Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 | Ejoi | Astro Ria | Drama bersiri, pelakon pembantu | |
Kisah Cinta Phoebe Dan Ejoi | Pelakon utama, bersama Kimberly Chuah | |||
2023 | Projek: High Council | Kahar | Drama bersiri, pelakon utama | |
Scammer Geng Marhaban | Aidil | Drama bersiri, pelakon utama | ||
Perempuan Itu | Remy | Tonton | Drama bersiri, pelakon pembantu | |
Sakit Tengkuk Betul Lah | Latif (20 tahun) | TV Okey | Drama bersiri, pelakon tambahan | |
Gamers Mangkuk | Tam | Astro Premier | Pelakon Utama | |
Syurga Itu Bukan Mudah | Farid | Astro Ria | Drama bersiri, pelakon utama |
Telefilem sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | Hieraki Telemovie | Ijan | Astro Ria | Pelakon utama, Bergandingan bersama peserta-peserta Hero Remaja 2021 |
Televisyen sunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | Hero Remaja 2021 | Peserta | Astro Ria | Tersingkir Pada Episod Ke-6 (tempat ke-7) |
2023 | Ubi Superstar Live | Bekas Kapla | Astro Warna | Episod 2 |
Projek High Council: Reunion | Dirinya sendiri | Astro Gempak | ||
Big Stage (Musim 5) | Presiden Netizen | Astro Ria | Minggu Ke-5 |
Video Muzik sunting
Tahun | Tajuk Lagu | Penyanyi | Saluran | Catatan |
---|---|---|---|---|
2023 | Kudrat | Sekumpulan Orang Gila X Naim Daniel | Youtube | Cameo dalam video muzik bersama fadhli,hazeeq,nik & ameer |
2023 | Raya Janji Happy | Aizat Amdan, Asmidar | Youtube | Cameo dalam video muzik |
2023 | Malam Pagi Remix | Saixse X MK K-Clique | Youtube | Cameo dalam video muzik |
Diskografi sunting
Tahun | Tajuk | Ciptaan | Penyanyi | Saluran |
---|---|---|---|---|
2021 | Bidadari | Amir Ahnaf | Amir Ahnaf | Soundcloud |
Anugerah dan pencalonan sunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya Tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | BBNU Lelaki Popular | Dirinya sendiri | Menang |
Rujukan sunting
- ^ Mohammad Al Faizal Abdul Karim (24 Januari 2023). "Amir Ahnaf tidak khuatir bersaing". Utusan Malaysia. Dicapai pada 15 Mei 2023.
- ^ Nur Emira Saizali (12 Mac 2023). "Amir Ahnaf 'si Kapla' bukan lelaki ganas". Kosmo!. Dicapai pada 23 Mac 2023.
- ^ Serimah Mohd Sallehuddin (9 April 2023). "'Kahar' sebenarnya manja". Berita Harian. Dicapai pada 15 Mei 2023.
- ^ "Actor Amir Ahnaf On His Darkest Moment & Feeling Empty After "Projek: High Council" Success" (dalam bahasa Inggeris). Hype. 14 April 2023. Dicapai pada 15 Mei 2023.
Pautan luar sunting
- Amir Ahnaf di Instagram
- Amir Ahnaf di TikTok
- Amir Ahnaf di Twitter
- Amir Ahnaf di YouTube