Heliza Helmi

pelakon dan pendakwah Malaysia

Nur Heliza Helmi (lahir 3 Februari 1986) merupakan pelajar Akademi Fantasia Musim ke-5. Berbekalkan pengalaman dan bakat beliau dalam menyanyi dan mendeklamasi sajak, beliau telah memberanikan diri untuk memasuki Akademi Fantasia. Ini dilakukan untuk beliau mendalami ilmu-ilmu berkenaan nyanyian dan juga ilmu-ilmu lain yang berkaitan.

Heliza Helmi
Kelahiran
Nur Heliza binti Helmi

(1986-02-03) 3 Februari 1986 (umur 38)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Sains, Biologi & Kimia
Pusat pendidikanUniversiti Malaysia Sabah, Sabah
PekerjaanPenyanyi, model, pengacara, penceramah, pakar motivasi, aktivis kemanusiaan, pelakon
Tahun aktif2007–kini
PasanganMahadi Badrul Zaman (k. 2022) [1]
SaudaraHazwani Helmi (adik)
Kerjaya muzik
GenrePop, Keamanan
InstrumenVokal

Kehidupan awal sunting

Dilahirkan pada 3 Februari 1986, beliau merupakan anak kepada seorang anggota polis, Helmi bin Haji Mohd Hasbi yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Ibunya, Latifah binti Muhammad berasal dari negeri Terengganu. Berpewatakan pendiam namun petah apabila berkata-kata. Jadi, tidak hairanlah beliau terpilih untuk menyertai pertandingan pidato peringkat negeri dan kebangsaan walaupun hanya memegang peranan sebagai perserta simpanan.

Sifatnya yang mudah mesra menyebabkan beliau memiliki ramai sahabat handai. Beliau menjadikan persahabatan sebagai medium untuk berkongsi ilmu. Malahan beliau menjadikan pengalaman sebagai sumber ilmu yang bermanfaat untuk dikongsi bersama-sama kenalannya.

Kesungguhan Heliza dalam bidang pelajaran telah membawanya ke Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. Beliau mengambil Pendidikan (Sains, Biologi dan Kimia) sebagai jurusan beliau di universiti tersebut dan beliau telah tamat menyambung pelajaran dan mendapat Ijazah Sarjana Muda pada tahun 2010. Heliza juga pernah mendapat anugerah dekan selepas beliau bergelar artis. Walaupun beliau amat sibuk dengan kerjayanya namun dengan kesibukan itu menambahkan motivasi beliau untuk mendapatkan kecemerlangan dalam pelajarannya.

Pendidikan sunting

Tahun Sekolah/Institut
1991-1993 Tadika Yayasan Islam Kuala Terengganu, Terengganu
1993-1998 Sekolah Rendah Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, Terengganu
1999-2001 Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Treacher Methodist, Taiping, Perak
2001-2003 SM Konven St. Ursula, Tawau, Sabah
2004-2005 Kolej Matrikulasi Labuan, Kampung Merinding, Labuan
2005-2010 Ijazah Sarjana Muda (Biologi & Kimia), Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah

Kerjaya sunting

Akademi Fantasia sunting

Heliza diterima masuk untuk Akademi Fantasia musim kelima dan beliau adalah salah seorang daripada enam belas calon pelajar yang terpilih untuk memasuki Akademi Fantasia setelah dipilih oleh pihak penerbitan.

Berikut adalah lagu-lagu yang ditugaskan kepada Heliza sewaktu berada di Akademi Fantasia ketika konsert konsert mingguan AF yang seterusnya:

Konsert Lagu Ked.
Minggu 1 "Kau Pergi Jua" nyanyian asal Adam Ahmad Ke-2
Minggu 2 "Aku Bukan Untukmu" nyanyian asal Rossa Ke-2
Minggu 3 "Melodi Ahlan" nyanyian asal Waheeda Ke-4
Minggu 4 "Torn" nyanyian asal Natalie Imbruglia Ke-3
Minggu 5 "Diam-Diam Jatuh Cinta" nyanyian asal Ramlah Ram Ke-4
Minggu 6 "Nafas Cahaya" nyanyian asal Misha Omar Ke-6
Minggu 7 "Rindu Merindu" nyanyian asal Fauziah Idris Ke-6
Minggu 8 "Kesal" nyanyian asal Ella Ke-4
Minggu 9 "Ya Atau Tidak" nyanyian asal Erra Fazira Ke-5
"Joget Cinta Sakti" nyanyian asal Haziq & Rosma
(duet bersama Aswad)
Minggu 10 "Cinta Boneka" nyanyian asal D-Va Tempat Ke-4
"Cinta Di Lautan Lalang" nyanyian asal Heliza

Pengaruh Siti Nurhaliza sunting

 
"Cuba try larikan, saya tau awak peminat Siti, larikan pengaruh Siti dalam nyanyian awak." Hattan memberikan komen kepada Heliza.

Beliau menjadikan Siti Nurhaliza sebagai idola. Oleh yang demikian, beliau sering membawa pengaruh Siti dalam persembahan beliau. Hal ini diakui sendiri oleh Hattan apabila beliau memberi komen terhadap nyanyian Heliza dalam persembahan minggu ke-3 Akademi Fantasia dengan katanya yang bermaksud:

Saya mengetahui bahawa anda adalah peminat Siti, anda perlu menjauhi pengaruh beliau dalam nyanyian anda.

Sekiranya kita imbas kembali pada konsert pertama beliau, ketika menyanyikan lagu "Kau Pergi Jua," beliau telah meniru gaya vokal Siti semasa baris "Semuanya bagaikan sebuah mimpi."

Fauziah Latiff juga mengatakan perkara yang sama ketika konsert keenam ketika mendendangkan lagu "Nafas Cahaya". Nyanyian Heliza ketika itu digayakan mengikut irama asli. Namun, hanya seorang pengkritik yang memberikan satu lampu biru kepadanya sekaligus meletakkan Heliza berada di kedua terakhir sebelum Aswad.

Walau bagaimanapun, Heliza berjaya memansuhkan pengaruh Siti Nurhaliza melalui lagu nyanyian asal Ella iaitu Kesal pada konsert kelapan. Pengkritik tetap, Hattan memaklumkan perkara demikian semasa memberikan komen terhadap persembahan Heliza.

Pengacaraan sunting

Pada tahun 2011, Heliza mula menunjukkan rasa minatnya untuk menceburi bidang pengacaraan dan perkongsian motivasi kepada masyarakat, khususnya remaja. Beliau telah mendapat pensijilan dari Professional Learning Facilitator dan Certified Professional Image Consultant (CPIC)

Aktiviti keagamaan sunting

Heliza merupakan salah satu penggiat seni yang aktif dalam bidang kemanusiaan masyarakat Islam. Beliau juga sering bergiat bersama adiknya, Hazwani Helmi.[2][3] Semangatnya untuk memperjuangkan isu ummah ini semakin kuat setelah beliau pergi dan lihat sendiri keadaan di Gaza, Palestin pada tahun 2012. Walaupun pada mulanya keluarganya tidak membenarkan beliau pergi atas faktor keselamatan, tetapi akhrinya mendapat keizinan, dan beliau dapat berkongsi isu ini kepada masyarakat.[4] Lirik lagu "La Tahzan" diinspirasikan hasil daripada pengalaman beliau menjejakkan kaki di sana pada pertama kalinya.

Beliau merupakan duta Aman Palestin dan beliau juga aktif mengikuti pertubuhan bukan kerajaan NGO yang lain seperti Muslim Care, MAPIM dan banyak lagi. Selain dari isu Gaza, beliau juga sedang memperjuangkan isu kemanusiaan di Syria, dan telah ke sana sebanyak tiga kali. Heliza juga rapat dengan masyarakat Sabah, di mana kebanyakkan masyarakat pedalaman di Sabah memerlukan bantuan dari segi bimbingan dan pendidikan ajaran Islam.

Diskografi sunting

Album studio sunting

  • Jom Zikir (2015)[5]

Album kompilasi AF sunting

  • Best Of Heliza (2007)

Single sunting

  • Cinta Di Lautan Lalang (2007)
  • Doa Dalam Lagu (feat Mawi) (2008)

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2009 Syurga Cinta Syuhadah Filem pertama
2017 Bukan Cinta Malaikat Heliza Filem Malaysia-Indonesia
2024 Pendekar Awang: Darah Indera Gajah Siti

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Saluran TV Peranan Catatan
2007 Akademi Fantasia (musim 5) Astro Ria Peserta
2011 Man Jadda Wajada TV AlHijrah Pengacara
Sinar Itu Hadir Jua TV1
2012 Rasa Halal Antarabangsa Astro Oasis
2013 S.I.S TV9
2017 SIS Istimewa Raya khas hari raya
2018 Gema Gegar Vaganza (musim 2) Astro Oasis Peserta
2019 Maharaja Lawak Mega 2019 Astro Warna Artis jemputan
2021 Warung Wak (Musim 3) Awesome TV
2022 Wanita Hari Ini TV3
Borak Kopitiam
Megalawak Astro Warna
MeleTOP Astro Ria Pengacara undangan
2024-kini Nasi Lemak Kopi O TV9 Pengacara

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Doa Ibu
2012 Warkah Cinta Wardah Abdul Latif TV AlHijrah

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Cinta Kun Fayakun Fairuzah Hanum TV AlHijrah

Teater sunting

Tahun Tajuk Watak Produksi Catatan
2015 Cinta High Class[6] Qaniah Syumaila Dramatis Studio Ekspo Buku Islam ke-13

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2007 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-21 Artis Baru Wanita Popular Tercalon
2008 Anugerah Juara Lagu ke-23 Calon Akhir kategori Etnik Kreatif "(Doa Dalam Lagu dengan Mawi)" Tercalon
2009 Festival Filem Malaysia ke-22 Pelakon Harapan Wanita "(Syurga Cinta)" Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik "(Syurga Cinta)" Tercalon
2011 Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan Anugerah Kulit Cantik Wanita Tercalon
2012 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Artis Wanita Stailo Tercalon
Artis Berpengaruh di Laman Media Sosial Tercalon
2014 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pengacara TV Paling Popular Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Heliza Helmi kini isteri orang
  2. ^ Syanty Octavia Amry (9 Julai 2019). Heliza dan Hazwani ke Gaza lagi Harian Metro. Dicapai pada 9 Julai 2019.
  3. ^ Syanty Octavia Amry (13 September 2017). Heliza berduet dengan adik Harian Metro. Dicapai pada 13 September 2017.
  4. ^ Amirul Haswendy Ashari (27 Oktober 2017). Misi kemanusiaan 'melekat' di hati Heliza Harian Metro. Dicapai pada 28 Oktober 2017.
  5. ^ Syanty Octavia Amry (31 Julai 2015). Heliza muncul album baru Harian Metro. Dicapai pada 1 Ogos 2015.
  6. ^ Ridzuan Abdul Rahman (6 Mac 2015). Cinta High Class: Teater adaptasi novel ustazah Harian Metro. Dicapai pada 1 Januari 2024.

Pautan luar sunting