Borak Kopitiam
Borak Kopitiam merupakan sebuah rancangan bual bicara pagi hujung minggu Malaysia yang disiarkan di TV3 dan dihoskan oleh lapan pengacara utama. Rancangan ini bersiaran mula 9 Mac 2018, dari Jumaat sehingga Ahad jam 7:00 hingga 9:00 pagi, menggantikan Malaysia Hari Ini yang sebelum ini mengisi slot pagi Jumaat.[1][2] Bermula 4 Januari 2019, Borak Kopitiam bersiaran jam 8:00 pagi selama 1 jam setengah.
Borak Kopitiam | |
---|---|
Genre | Bual bicara |
Dibangunkan oleh | TV3 |
Pengacara | Adzriefaiz Adzlan Anwar Afiq Dayah Bakar Fiona Cheong Haziq Hussni Hefny Sahad Muaz Mohamed Sarah Adiba Yussof Zack Merican |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Ezzah Aziz Fawzy Mohd Said Abdullah Thani Syarida Shariff |
Penerbit | Farah Nadia Che Norudin Marwatif Amer Mohd Rose Abdullah Muhammad Husni Ab Mahat Russila Ilmi Hj Zainal |
Lokasi | Studio C, Sri Pentas, Bandar Utama |
Pemasangan kamera | 1080i (HDTV) |
Tempoh siaran | 2 jam (09.03 - 30.12.2018) 1 jam 30 minit (04.01.2019 - 31.06.2020, 05.09.2020 - kini) |
Syarikat penerbitan | Primeworks Studios (2018-20) |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 09.03.2018 – 30.06.2020 05.09.2020 – kini |
Kronologi | |
Mengikuti | Nasi Lemak Kopi O |
Sejarah
Dari 9 Mac sehingga 30 Disember 2018, Borak Kopitiam bersiaran dari Jumaat hingga Ahad jam 7:00 hingga 9:00 pagi, menggantikan Nasi Lemak Kopi O yang telah ditamatkan siaran di TV9 selepas 10 tahun bersiaran. Slot pagi Jumaat yang sebelum ini diisi oleh rancangan kembarnya, Malaysia Hari Ini, digantikan oleh Borak Kopitiam. Susulan perubahan waktu siaran pagi TV3, Borak Kopitiam bersiaran selama 1 jam 30 minit pada jam 8:00 pagi hingga 9:30 pagi mulai 4 Januari 2019.
Pengacara
Terkini
- Adzriefaiz Adzlan
- Anwar Afiq
- Dayah Bakar
- Fiona Cheong
- Haziq Hussni
- Hefny Sahad
- Muaz Mohamed
- Sarah Adiba Yussof[3]
- Zack Merican
Terdahulu
- Fify Azmi
- Hanif Shawn
Lihat juga
- Malaysia Hari Ini (TV3; 1994–kini)
- Nasi Lemak Kopi O (TV9; 2008–2018)
Rujukan
- ^ Ardini Sophia Sina (8 Mac 2018). Stail santai bersama pengacara berbeza Harian Metro. Dicapai pada 8 Mac 2018.
- ^ Dennis Chua (16 Mac 2018). MHI's 'weekend sibling' New Straits Times. Dicapai pada 16 Mac 2018.
- ^ Dennis Chua (13 Mac 2018). "Borak Kopitiam, a godsend for Sarah". New Straits Times. Dicapai pada 13 Mac 2018.