Ezzah Haji Abdul Aziz Fawzy (lahir 11 Ogos 1963) ialah seorang penyampai berita dan pengacara televisyen Malaysia. Beliau terkenal dengan hasil kerjanya di kaca televisyen terutama di rangkaian TV3.

Ezzah Aziz Fawzy
Kelahiran
Ezzah binti Abdul Aziz Fawzy

(1963-08-11) 11 Ogos 1963 (umur 60)
Pusat pendidikanIndiana State University, Amerika Syarikat
Pekerjaan
  • Penyampai berita
  • Pengacara
  • Penerbit
Tahun aktif1988–kini
MajikanMedia Prima (1988-kini)
PasanganAhmad Rezal Mohd Esa
Anak-anak5

Kehidupan peribadi sunting

Ezzah telah berkahwin dengan Ahmad Rezal Mohd Esa iaitu rakan sekampus ketika dia menuntut di Universiti Indiana State, Amerika Syarikat, dan dikurniakan 5 orang anak iaitu Dr Fatin Rezal, Akif Rezal, Amanna Rezal, Farhan Rezal, dan Alya Rezal. 2 orang menantu lelaki Dr, Ansari Ramle dan Shafizam Zahir, 2 menantu Perempuan Atiqah Khalid dan Nur Nadia Nisa Ahmad. 4 cucu: Aydin Faateh, Ayyub, Fayha dan Layl Refal

Kerjaya sunting

Ezzah dilantik sebagai Professor Adjung UKM pada tahun 2021. Ezzah Pengasas EzzahAzizFawzy Communications. Beliau menerbitkan TVC dan Video penjenamaan semula organisasi dan korporat. Ezzah juga bekerjasama dengan institusi Pengajian tinggi tempatan. Pengalamannya selama 32 tahun di Media Prima Bhd dikongsi bersama generasi muda melalui program latihan, Beliau 'Certified trainer' HRD Corp dan panel Pengacaraan Majlis Profesional NOSS (National Occupational Skills Standard).

Beliau mula berkecimpung dalam dunia hebahan di kaca televisyen pada 1988 dan wajah beliau terkenal sebagai pembaca berita untuk Berita TV3 (dan kemudian Buletin Utama) di TV3. Beliau juga merupakan antara pembaca berita Malaysia yang pertama muncul membaca berita di TV3 dengan memakai tudung berwarna hitam iaitu pada 1998.[1] Beliau melaporkan bahawa hatinya terbuka untuk memakai tudung sekembalinya daripada mengerjakan ibadat haji di Mekah bersama ibu dan suaminya pada tahun tersebut.

Antara rancangan yang beliau pernah kendalikan ialah Nona, Wanita Hari Ini, dan Majalah 3. Beliau mula terlibat dengan bahagian penerbitan dan penajaan bermula tahun 2005 di stesen TV3 dan kemudiannya TV9 yang menyaksikan beliau sudah kurang muncul di kaca televisyen.

Ezzah juga antara orang yang berkhidmat di Akademi TV3 yang melahirkan generasi pengacaraan baharu antaranya Aidid Marcelo dan Azwaliza Azman. Beliau juga sering dijemput menjadi juri dalam beberapa program seperti Gadis Melayu dan Pengacara Jemputan Nona.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting