Senarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggi

rencana senarai Wikimedia

Perfileman tanah air dibentuk secara rasmi pada tahun 1980 oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). Filem kebiasaannya menjana pendapatan daripada beberapa aliran hasil, termasuk pameran teater, cakera padat, penyiaran televisyen dan barangan dagangan. Walau bagaimanapun, pendapatan box-office filem ialah metrik utama untuk penerbitan perdagangan dalam menilai kejayaan sesebuah filem, kebanyakannya kerana ketersediaan data berbanding angka jualan daripada cakera padat dan hak penyiaran televisyen. Di dalam senarai ini ialah carta penerima filem yang mempunyai kutipan tertinggi mengikut tahun kalendar dan garis masa yang menunjukkan peralihan rekod filem dengan kutipan tertinggi serta siri filem dengan kutipan tertinggi. Semua carta disenaraikan mengikut prestasi box-office panggung wayang di seluruh Malaysia. Kutipan yang ditulis adalah tidak termasuk daripada penjualan cakera padat dan penyiaran televisyen iaitu melalui Astro First.

Filem Sembilu II arahan Yusof Haslam telah mencatatkan sejarah dalam industri kerana telah menjadi filem box-office Melayu pertama untuk mencapai kutipan sebanyak RM 6.1 juta. Filem keluaran Skop Productions ini telah ditayangkan pada tahun 1995.

Secara tradisinya, filem perang, komedi dan seram telah menjadi genre yang paling popular dan digemari di kalangan rakyat Malaysia, kebiasaanya filem francais telah menjadi dominasi filem yang paling laris di abad ke-21. Francais bagi siri filem Munafik telah mencatatkan penerima kutipan tertinggi siri filem dan filem Malaysia setakat ini, dimana filem Munafik 2 telah memegang rekod sebagai filem Malaysia yang mempunyai kutipan tertinggi serta filem Munafik yang pertama juga turut memegang filem Malaysia yang ke-12 yang mempunyai kutipan tertinggi, kedua-dua buah filem ini telah menerima kutipan sebanyak RM 67,040,000. Turut diikuti oleh francais siri filem Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah, kedua-dua francais siri filem ini adalah arahan Mamat Khalid dan mencatatkan kutipan sebanyak RM 48,210,000—serta-merta telah menjadikan Mamat Khalid merupakan sutradara Malaysia yang kedua (selepas Syamsul Yusof) yang filem arahannya mempunyai kutipan tertinggi.

Setakat ini, Syamsul Yusof adalah pengarah yang mendominasi industri filem tempatan daripada aspek kutipan filem tertinggi. Pada tahun 2022, Syamsul telah mempunyai 11 filem arahannya di mana filem pertamanya, Evolusi KL Drift (2008) yang menerima kutipan sebanyak RM 4.5 juta turut diikuti oleh filem keduanya Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009, RM 4.2 juta), Evolusi KL Drift 2 (2010, RM 5.5 juta), Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011, RM 8.5 juta), KL Gangster (2011, RM 11.74 juta), Aku Bukan Tomboy (2011, RM 2.2 juta), Jalan Kembali: Bohsia 2 (2012, RM 4.98 juta), KL Gangster 2 (2013, RM 4.96 juta), Munafik (2016, RM19.04 juta), Munafik 2 (2018, RM 48 juta) dan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022, RM 97 juta) telah mencipta sejarah sebagai filem Malaysia paling laris.

Sejarah kutipan filem tertinggiSunting

Sebelum tubuhnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) pada tahun 1980, sutradara yang mendominasi tanah air dan digelar sebagai epik filem tempatan adalah Seniman Agung Negara, Tan Sri P. Ramlee (22 Mac 1929 – 29 Mei 1973). Allahyarham Tan Sri P. Ramlee telah mengeluarkan lebih daripada 50 filem hasil dan arahannya yang dikeluarkan pada sekitar tahun 1950-an, 1960-an dan 1970-an, dimana filem-filem beliau semuanya menerima kutipan yang tertinggi pada ketika itu. Namun demikian, disebabkan tiada rekod bilangan penjualan tiket dan kutipan yang tepat, dengan ini secara rasminya tidak dapat menyatakan bahawa jumlah hasil kutipan filem keluarannya secara kasar.[1]

Kutipan filem tertinggi sepanjang zamanSunting

Pada carta ini, filem disenaraikan mengikut hasil daripada pameran teater pada nilai nominalnya, bersama-sama dengan kedudukan tertinggi yang mereka capai. Lapan filem secara keseluruhannya telah memperoleh kutipan melebihi RM 30 juta, dengan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan berada di kedudukan teratas. Semua filem telah ditayangkan di pawagam (termasuk tayangan semula) pada abad ke-21.

   Lorek latar belakang menunjukkan filem ini sedang ditayangkan pada 30 Mei 2023 di panggung wayang.
Senarai filem Malaysia dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman
K. Tajuk Pengarah Kutipan (RM) Tahun Ruj.
1 Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Syamsul Yusof RM 97,000,000 2022 [# 1]
2 Mechamato Movie Nizam Razak RM 60,000,000 2022
3 Munafik 2 Syamsul Yusof RM 48,000,000 2018 [# 2]
4 Hantu Kak Limah Mamat Khalid RM 36,230,000 2018 [# 3]
5 Air Force The Movie: Selagi Bernyawa Zulkarnain Azhar
Frank See
RM 30,600,000 2022 [# 4]
6 PASKAL Adrian Teh RM 30,080,000 2018 [# 5]
7 Ejen Ali: The Movie Usamah Zaid Yasin RM 30,050,000 2019 [# 6]
8 BoBoiBoy Movie 2 Nizam Razak RM 30,000,000 2019 [# 7]
9 Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Ahmad Razuri Roseli
Adam Amiruddin
Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim
RM 26,200,000 2019
10 Abang Long Fadil 3 Syafiq Yusof RM 25,000,000 2022
11 Polis EVO 2 Joel Soh
Andre Chiew
RM 22,450,000 2018
12 BoBoiBoy: The Movie Nizam Razak RM 20,000,000 2016
13 Abang Long Fadil 2 Syafiq Yusof RM 18,150,000 2017
14 Polis EVO Ghaz Abu Bakar RM 17,740,000 2015
15 The Journey Chiu Keng Guan RM 17,170,000 2014
16 Munafik Syamsul Yusof RM 17,040,000 2016
17 Ola Bola Chiu Keng Guan RM 16,670,000 2016
18 Polis EVO 3 Syafiq Yusof RM 16,000,000 2023
19 Pusaka Razaisyam Rashid RM 13,700,000 2019
20 KL Special Force Syafiq Yusof RM 12,220,000 2018
21 Sangkar Kabir Bhatia RM 11,900,000 2019
22 KL Gangster Syamsul Yusof RM 11,740,000 2011
23 Ombak Rindu Osman Ali RM 10,900,000 2011
24 Dukun Dain Said RM 10,000,000 2018
25 Misteri Dilaila Syafiq Yusof RM 9,440,000 2019
26 Hantu Bonceng Ahmad Idham RM 8,540,000 2011
27 Ngangkung Ismail Bob Hashim RM 8,180,000 2010
28 Kongsi Farid Kamil RM 8,090,000 2011
29 Khurafat: Perjanjian Syaitan Syamsul Yusof RM 8,080,000 2011
30 Didi & Friends The Movie Akmal Aziz Asmawi
Roshfaizal Ariffin
RM 8,000,000 2023
31 Tombiruo: Penunggu Rimba Seth Larney RM 7,970,000 2017
32 Hantu Kak Limah Balik Rumah Mamat Khalid RM 7,900,000 2010
33 Bikers Kental 2 Helmi Yusof RM 7,680,000 2019
34 Adnan Semp-It Ahmad Idham RM 7,660,000 2010
35 Ah Beng The Movie: Three Wishes Silver Chung RM 7,550,000 2012
36 Jangan Pandang Belakang Ahmad Idham RM 7,400,000 2007
37 WIRA Adrian Teh RM 7,290,000 2019
38 J Revolusi Zulkarnain Azhar RM 7,130,000 2017
39 Nasi Lemak 2.0 Namewee RM 7,000,000 2011
40 Adnan Sempit 2 Ismail Bob Hashim RM 6,820,000 2012
41 Cicak-Man Yusry Abdul Halim RM 6,700,000 2006
42 Hikayat Merong Mahawangsa Yusry Abdul Halim RM 6,500,000 2011
43 Great Day Chiu Keng Guan RM 6,500,000 2011
44 Lagi-Lagi Senario Aziz M. Osman RM 6,330,000 2001
45 Geng: Pengembaraan Bermula Nizam Razak RM 6,200,000 2009
46 Sembilu II Yusof Haslam RM 6,100,000 1995
47 Jangan Pandang Belakang Congkak Ahmad Idham RM 6,090,000 2009
48 The Kid from the Big Apple Jess Teong RM 6,010,000 2016
49 Imaginur Nik Amir Mustapha RM 6,000,000 2023
50 Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit Mamat Khalid RM 5,890,000 2013

Garis masa kutipan filem tertinggi sepanjang zamanSunting

 
Filem Adik Manja adalah filem yang paling lama untuk memegang rekod sebagai filem yang menerima kutipan tertinggi, iaitu selama 14 tahun.

Sekurang-kurangnya sepuluh filem telah memegang rekod 'filem dengan kutipan tertinggi' sejak filem Adik Manja menduduki tempat teratas pada tahun 1980. Filem Adik Manja memegang rekod filem dengan kutipan tertinggi yang paling lama iaitu selama 14 tahun, dan diikuti oleh filem Sembilu II dan Lagi-Lagi Senario, dimana kedua-dua filem tersebut adalah filem kedua dan ketiga yang memegang rekod dengan kutipan tertinggi iaitu selama 6 tahun (selepas Adik Manja). Kini, rekod ini dipegang oleh filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, arahan Syamsul Yusof, iaitu sebanyak RM 97 juta.

Garis masa rekod filem dengan kutipan tertinggi
Tahun Filem Tetapan rekod kasar (RM)
1980 Adik Manja RM 3,500,000
1994 Sembilu RM 4,390,000
1995 Sembilu II RM 6,100,000
2001 Lagi-Lagi Senario RM 6,330,000
2007 Jangan Pandang Belakang RM 7,400,000
2010 Ngangkung RM 8,150,000
2011 KL Gangster RM 11,740,000
2014 The Journey RM 17,280,000
2015 Polis EVO RM 17,470,000
2017 Abang Long Fadil 2 RM 18,140,000
2018 Munafik 2 RM 48,000,000
2022 Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan RM 97,000,000

IndexSunting

Kutipan filem tertinggi mengikut tahunSunting

 
Statistik kutipan filem tertinggi mengikut tahun dari tahun 1994 ke 2015.

Berikut merupakan kutipan filem tertinggi mengikut tahun.

Tahun Tajuk Syarikat Penerbitan Kutipan (RM) Ruj.
1980 Adik Manja Merdeka Film Productions RM 3,500,000
1981 Bukit Kepong Jins Shamsuddin Productions RM 1,700,000
1991 Bayangan Maut Skop Productions RM 1,100,000
1992 XX Ray Nizarman (M) Sdn. Bhd. RM 1,200,000
1993 Pemburu Bayang Skop Productions RM 1,800,000
Perempuan, Isteri & .....? Berjaya Film Production
1994 Sembilu Skop Productions RM 4,390,000
1995 Sembilu II RM 6,100,000
1996 Maria Mariana Skop Productions & Grand Brilliance RM 4,720,000
1997 Puteri Impian Grand Brilliance RM 2,220,000
1998 Maria Mariana 2 Skop Productions & Grand Brilliance RM 3,200,000
1999 Senario The Movie Grand Brilliance & Paradigm Film RM 4,580,000
2000 Senario Lagi RM 4,580,000
2001 Lagi-Lagi Senario RM 6,330,000
2002 Anak Mami The Movie Grand Brilliance RM 2,980,000
2003 Cinta Kolestrol Metrowealth Pictures RM 3,300,000
2004 Hingga Hujung Nyawa RM 4,000,000
2005 Gangster Tayangan Unggul RM 2,880,000
2006 Cicak-Man KRU Studios RM 6,070,000
2007 Jangan Pandang Belakang Metrowealth Pictures RM 7,400,000
2008 Duyung KRU Studios, Grand Brilliance & Lineclear Motion RM 4,670,000
2009 Geng: Pengembaraan Bermula Grand Brilliance RM 6,200,000
2010 Ngangkung Metrowealth Pictures RM 8,180,000
2011 KL Gangster Skop Productions RM 11,740,000
2012 Ah Beng The Movie: Three Wishes Film Engine RM 7,550,000
2013 Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit Tayangan Unggul RM 5,890,000
2014 The Journey Astro Shaw RM 17,280,000
2015 Polis EVO Tayangan Unggul & Astro Shaw RM 17,470,000
2016 Munafik Skop Productions RM 19,040,000
2017 Abang Long Fadil 2 Skop Productions & Astro Shaw RM 18,150,000
2018 Munafik 2 Skop Productions RM 48,000,000
2019 Ejen Ali: The Movie WAU Animation RM 30,050,000
2020 Rock 4: Rockers Never Dai Enjit Semut Productions RM 2,000,000
2021 Penunggang Agama Skop Productions & Astro Shaw RM 2,000,000
2022 Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Skop Productions & Studio Kembara RM 97,000,000
2023 Polis EVO 3 Astro Shaw, Skop Productions , Blackflag & TGV Cinemas RM 16,000,000

Kutipan filem tertinggi berdasarkan siri filemSunting

Berikut merupakan kutipan filem berdasarkan siri filem. Siri filem bermaksud koleksi filem yang berkaitan antara satu sama lain (sama ada sekuel, prekuel atau spin-off).

Kedudukan Tajuk Studio Kutipan (RM) Jumlah Filem Tahun
1 BoBoiBoy: The Movie Animonsta Studios 110 juta 3 2016 - 2022
BoBoiBoy Movie 2
Mechamato Movie
2 Munafik Skop Productions & President Productions 67.04 juta 2 2016-2018
3 Abang Long Fadil Skop Productions
Astro Shaw
58.61 juta 3 2014- 2022
4 Kampung Pisang Tayangan Unggul
Enjit Semut Productions
Astro Shaw
Infinitus Productions
48.21 juta 5 2007-2018
trilogi Hantu Kak Limah Tayangan Unggul
Astro Shaw
Infinitus Productions
5 Polis EVO Skop Productions
Astro Shaw
Tayangan Unggul
Surya Citra Media
Blackflag
40.25 juta 3 2015-2023
6 KL Gangster Skop Productions
Grand Brilliance
38.61 juta 2 2011-2013
7 Upin & Ipin Grand Briliance
Les' Copaque Production
37.3 juta 3 2009- 2019
8 Senario Grand Brilliance
Paragdim Film

Metrowealth Movies Production

31.90 juta 10 1999-2011
9 Adnan Semp-It Metrowealth Movies Production 21.17 juta 4 2010-2014
10 Jangan Pandang Belakang Metrowealth Movies Production 19.9 juta 4 2007-2010
11 Anak Mami Grand Brilliance
Metrowealth Movies Production
MIG Beats Sdn Bhd
Gitu-Gitu Productions
NAJ Productions Sdn. Bhd
Lineclear Motion Pictures
FiTA Studios
15.01 juta 7 2002-2016
12 Ah Beng The Movie The Film Engine Sdn. Bhd. 11.64 juta 2 2012-2014
13 Sembilu Skop Productions 10.45 juta 3 1994-2005
Cicakman KRU Studios
Grand Brilliance
Astro Shaw
10.45 juta 3 2006-2015
14 Gerak Khas Skop Productions 10.36 juta 3 2001-2005
15 Evolusi KL Drift Skop Productions
Grand Brilliance
9.57 juta 2 2008-2010
16 Bohsia Skop Productions
Grand Brilliance
9.12 juta 2 2009-2012
17 Maria Mariana Skop Productions
Grand Brilliance Sdn Bhd
7.9 juta 2 1996-1998
18 Remp-It Metrowealth Movies Production
MIG Production
7.82 juta 2 2006-2010
19 Lagenda Budak Setan Astro Shaw
Tarantella Pictures
7.36 juta 3 2010-2014
20 Pontianak Harum Sundal Malam Pesona Pictures 5.95 juta 2 2004-2005

RujukanSunting

  1. ^ Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan:
    • "Filem Mat Kilau kutip RM48 juta dalam masa 11hari". Astro Awani.
    • "Mat Kilau kutip RM47 juta dalam masa 11 hari". mStar.
  2. ^ Munafik 2:
  3. ^ Hantu Kak Limah:
  4. ^ Air Force The Movie: Selagi Bernyawa:
  5. ^ PASKAL:
  6. ^ Ejen Ali: The Movie:
    • Del14 (11 Januari 2020). "Raih 30 Juta! Ejen Ali The Movie Bakal Ada Sekuel?". Xtra. Dicapai pada 29 Jun 2022. Filem animasi, Ejen Ali The Movie (EATM) berjaya meraih kutipan sebanyak RM30 juta selepas lebih kurang 6 minggu sejak ditayangkan 28 November tahun lalu.
  7. ^ BoBoiBoy Movie 2:
  1. ^ "Mamat Khalid adalah 'P. Ramlee' di zaman kita: Tiara Jacquelina". Berita Harian. 24 Oktober 2021. Dicapai pada 27 Jun 2022.