Panggung wayang gambar
Panggung wayang gambar (disingkatkan menjadi pawagam[1]) atau bioskop merupakan sesebuah tempat yang digunakan untuk melihat wayang atau filem. Kebanyakan panggung wayang ini merupakan pawagam komersil untuk orang awam dan memerlukan tiket sebagai bukti pembayaran menampung kos tayangan filem. Filem yang bakal dipersembahkan kepada penonton ditayang menggunakan projektor filem yang memancarkan wayang tersebut ke atas skrin tayangan di bahagian hadapan auditorium.
Isi kandungan
EtimologiSunting
Singkatan "pawagam" yang kerap dipakai dalam media yang mengiklankan tayangan filem-filem ini diperkenal dan dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.[perlu rujukan]
Satu lagi kata seerti yang juga merujuk kepada tempat-tempat sebegini ialah "bioskop" yang dipinjam daripada istilah bahasa Belanda iaitu bioscoop, namun ia lebih digunakan di Indonesia kini berbanding negara-negara berbahasa Melayu (Malaysia, Singapura, Brunei) lainnya.[perlu rujukan]
Lihat jugaSunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Pawagam. |
RujukanSunting
- ^ "pawagam - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai 26 November 2017.
Pautan luarSunting
Rencana ini rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.