Senario (siri filem)

Senario merupakan sebuah siri filem yang dibintangi oleh Kumpulan Senario. Siri filem ini merupakan antara siri filem paling lama dalam sejarah perfileman Malaysia. Terdapat sepuluh buah filem dalam siri ini. Enam filem telah diterbitkan oleh Grand Brilliance. Senario The Movie (1999), Senario Lagi (2000) dan Lagi-Lagi Senario (2001) merupakan trilogi asal yang diarahkan oleh Aziz M. Osman. Filem Lang Buana (2003) pula merupakan filem arahan pertama Mamat Khalid. Aziz M. Osman kembali semula untuk mengarahkan filem Senario XX (2005) dan Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita (2006). Empat filem telah diterbitkan oleh Metrowealth Pictures. Senario The Movie: Episode 1 (2008) dan Senario The Movie Episode 2: Beach Boys (2009) diarahkan oleh Ahmad Idham. Senario Asam Garam diarahkan oleh Hatta Azad Khan manakala Senario The Movie Ops Pocot diarahkan oleh Ismail Bob Hashim.

Senario
PengarahAziz M.Osman (1-3,5-6)
Mamat Khalid (4)
Ahmad Idham (7-8)
Hatta Azad Khan (9)
Ismail Bob Hashim (10)
BerdasarkanSenario
Dihasilkan olehAhmad Puad Onah (1,3,5-6)
Shamsul Khalid Ismail (2)
Nor Aliah Lee (3)
Johari Amat (4)
Lazizah Ahmad (1-5)
David Teo (7-10)
Syarikat
penerbitan
Grand Brilliance (1-6)
Paradigm Film (1-3)
Metrowealth Movies Production (7-10)
Tarikh tayangan

Negara Malaysia
BahasaMelayu
BajetRM 15.14 Juta
Pecah panggungRM 31.90 Juta

Siri filem ini merupakan siri filem dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman, dengan empat filem dalam siri ini antara filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman. Filem Lagi-Lagi Senario merupakan filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman selama sembilan tahun.

Filem sunting

Trilogi Asal (Aziz M. Osman) sunting

Senario The Movie sunting

Senario The Movie ialah filem komedi dari Malaysia tahun 1999 arahan Aziz M. Osman. Filem ini merupakan filem pertama lakonan kumpulan Senario.

Senario Lagi sunting

Senario Lagi ialah sebuah filem komedi dari Malaysia tahun 2000 arahan Aziz M. Osman. Filem ini merupakan lakonan kedua Kumpulan Senario.

Lagi-Lagi Senario sunting

Lagi-Lagi Senario ialah sebuah filem komedi keluarga arahan Aziz M. Osman dan dibintangi oleh Kumpulan Senario, Wardina Safiyyah dan Accapan. Filem ini merupakan sequel kepada dua filem Senario terdahulu iaitu Senario The Movie & Senario Lagi. Filem ini diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Filem ini merupakan filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman iaitu dengan kutipan RM6.33 juta, mengatasi pemegang rekod terdahulu, Sembilu 2 (RM 6.10 Juta). Rekod ini kekal selama 9 tahun sebelum diatasi oleh filem Adnan Sempit pada tahun 2010 (RM 7.66 juta).[1]

Mamat Khalid sunting

Lang Buana sunting

Filem Lang Buana yang dibintangi Kumpulan Senario mula ditayangkan pada 4 Disember 2003. Filem ini menggunakan lebih 2,000 pelakon tambahan yang terdiri daripada penduduk tempatan. Teknik CGI (pengimejan berkomputer) dapat dilihat pada tebuan tanah yang berterbangan, orang mati yang bergerak dan kepala terapung-apung dengan membabitkan kos kira-kira RM200,000.

Aziz M. Osman (kedua) sunting

Senario XX sunting

Senario XX ini ialah filem kelima Kumpulan Senario dan telah ditayangkan pada 19 Mei 2005. Filem ini digelar XX kerana filem ini ialah filem ke-20 (XX) terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd. "XX" dalam judul filem ini juga merujuk kepada filem XX Ray (1992). Kos pembikinan filem ini ialah RM1.82 juta dan berjaya mendapat kutipan RM2.32 juta.

Senario Pemburu Emas Yamashita sunting

Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita ialah sebuah filem Malaysia tahun 2006 arahan Aziz M. Osman.

Prekuel (Ahmad Idham) sunting

Senario The Movie: Episode 1 sunting

Senario The Movie: Episode 1 ialah sebuah filem komedi arahan Ahmad Idham yang ditayangkan di pawagam Malaysia Singapura Beruei mulai 1 Oktober 2008. Filem ini mengisahkan cerita anggota Kumpulan Senario sebelum mereka terkenal.[2]

Senario The Movie Episode 2: Beach Boys sunting

Senario The Movie Episode 2: Beach Boys ialah sebuah filem komedi arahan Ahmad Idham yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 19 November 2009. Filem yang dibintangi Kumpulan Senario, Marsha Milan, Nik Sayyidah, Maria Farida dan Datuk Jamali Shadat ini meneruskan kesinambungan filem-filem Senario yang mendapat kutipan box-office seperti filem Senario The Movie, Senario Lagi, Lagi-Lagi Senario, Senario XX, Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita & Senario The Movie: Episode 1.

Era Baru sunting

Senario Asam Garam sunting

Senario Asam Garam ialah sebuah filem drama komedi arahan pengarah, Hatta Azad Khan yang ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 9 September 2010. Filem yang dibintangi Azlee Jaafar, Lan Pet Pet, dan Zaibo ini menunjukkan kehidupan manusia yang saling dengki-mendengki antara satu sama lain.

Senario The Movie Ops Pocot sunting

Senario The Movie Ops Pocot ialah sebuah filem drama komedi arahan pengarah yang mencetuskan fenomena RM 8 juta melalui filem Ngangkung, Ismail Bob Hashim yang ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 21 Julai 2011. Filem yang dibintangi Kumpulan Senario, Mas Muharni, dan Diana Amir ini menunjukkan kehidupan tiga orang dalam menjalani latihan dalam unit RELA.

Sambutan sunting

Filem Tarikh tayangan Kutipan Bajet
Senario The Movie 1999 RM 5.20 juta Tidak diketahui
Senario Lagi 25 Mei 2000 RM 4.37 juta RM 1.50 juta
Lagi-Lagi Senario 14 Disember 2001 RM 6.33 juta RM 1.58 juta
Lang Buana 4 Disember 2003 RM 1.80 juta RM 2.20 Juta
Senario XX 19 Mei 2005 RM 2.32 juta RM 1.82 juta
Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita 18 Mei 2006 RM 1.00 juta RM 1.49 juta
Senario The Movie: Episode 1 1 Oktober 2008 RM 4.26 juta[3] RM 1.65 Juta[4]
Senario The Movie Episode 2: Beach Boys 19 November 2009 RM 3.09 juta[3] RM 1.70 juta[3]
Senario Asam Garam 9 September 2010 RM 2.47 juta[3] RM 1.70 juta[3]
Senario The Movie Ops Pocot 21 Julai 2011 RM 1.06 juta[3] RM 1.50 juta[3]
Jumlah RM 31.90 Juta RM 15.14 Juta

Anugerah sunting

Festival Filem Malaysia sunting

Anugerah Senario The Movie Senario Lagi Lagi-Lagi Senario Lang Buana Senario XX Senario Pemburu Emas Yamashita Senario The Movie: Episode 1 Senario The Movie Episode 2: Beach Boys Senario Asam Garam Senario The Movie Ops Pocot
Pelakon Komedi Terbaik Pencalonan
Yassin Yahya
Pelakon Pembantu Terbaik Pencalonan
Azlee Jaafar
Pencalonan
Umie Aida
Poster Terbaik Menang
Anugerah Khas Juri Menang (Aziz M.Osman) Menang (Shamsul Khalid Ismail & Aziz M.Osman) Menang (Ahmad Puad Onah, Nor Aliah Lee & Johari Amat) Menang (Johari Amat & Lazizah Ahmad)
Anugerah GAFIM Menang (Aziz M.Osman)

Rujukan sunting

  1. ^ Box-office bonanza for local flicks, The Sun, 27 Mei 2010.
  2. ^ Kisah hidup anggota Senario difilemkan! mStar Online
  3. ^ a b c d e f g "MALAYSIAN BOX OFFICE". FINAS. Dicapai pada 2016-04-15. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  4. ^ "Filem Senario The Movie Episod 1 Berjaya Pecah Rekod". Budiey.com. 19 September 2008. Dicapai pada 2016-04-15. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)