Rock Oo!: Rimba Bara Kembali, atau sekadar Rock Oo!, ialah sebuah filem komedi muzikal yang diarahkan oleh Mamat Khalid dan dibintangi oleh Que Haidar, Khir Rahman, Soffi Jikan dan Pekin Ibrahim. Filem ini ditayangkan pada 28 Februari 2013.[1] Filem ini merupakan sekuel kepada filem Rock (2005) dan ansuran kedua dalam siri filem Rock.[2][3]

Rock Oo!: Rimba Bara Kembali
Poster keluaran tayangan
PengarahMamat Khalid
PenulisMamat Khalid
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiRaja Mukhriz Raja Kamaruddin
Disunting olehZappa Khalid
Amen Khalid
Muzik oleh
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 28 Februari 2013 (2013-02-28) (Malaysia)
Masa tayangan
103 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.70 juta
Pecah panggungRM 3.95 juta

Plot sunting

Plot cerita ini berdasarkan kehidupan kugiran Rimba Bara setelah Zack (Hasnul Rahmat) mengambil keputusan untuk berundur dari kumpulan tersebut.[4] Cerita bermula dengan kisah bagaimana Amy Mat Piah (Que Haidar) melalui hari-harinya selepas dibuang dari kumpulan Rimba Bara. Hari-hari beliau sering dihantui dengan kisah Rimba Bara, walaupun beliau telah meneruskan pekerjaan beliau sebagai pembuat air batu campur. Pada masa yang sama Rimba Bara dikejutkan dengan perkhabaran tentang penyanyi utama mereka, Zul Kapan (Soffi Jikan) yang menghadiri uji bakat yang dilakukan oleh Syarikat rakaman milik M. Nasir, Luncai Emas. Berita tersebut telah sampai ke pengetahuan Amy dan kesempatan tersebut cuba diambil untuk merapati semula kumpulan lama yang pernah dianggotainya. Zul Kapan  dan Lan Lentik meninggalkan Rimba Bara selepas Luncai Emas bersetuju untuk mengambil Kumpulan Malaikat Maut sebagai artis rakaman. Kebuntuan mencari ahli baru selesai apabila mereka mengambil Slash untuk menggantikan Lan lentik sebagai gitaris utama manakala Amy telah diberi peluang kedua sebagai penyanyi utama.

Survival mereka diteruskan dengan kehadiran semula Cik Man yang baru menghabiskan hukuman penjara. Pengalaman pertama yang dilalui oleh Kumpulan Rimba Bara di Kuala Lumpur menyebabkan Jijoe merasa berat hati untuk menerima semula kehadiran Cik Man. Namun disebabkan peranan dan kesungguhan Cik Man menyebabkan mereka melupakan kesukaran lepas dan membuka lembaran baru. Perjuangan musik mereka di Kuala Lumpur tidak menjadi seperti yang mereka jangkakan apabila Cik Man menghilang selama 2 hari. Cik Man telah ditahan pihak Polis dan ia menyebabkan ahli kumpulan Rimba Bara mengambil keputusan drastik untuk pulang semula ke kampung halaman. Sebelum pulang ke kampung, mereka pergi ke Galatika dimana mereka bertemu dengan Cik Wan yang merupakan kenalan lama Slash. Pertemuan ini menghidupkan semula harapan perjuangan seni musik Rimba Bara. Namun harapan mereka sekali lagi musnah apabila Cik Wan ditemui mati.

Ahli kumpulan Rimba Bara akhirnya pulang ke kampong halaman mereka dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Satu hari Amy didatangi Zul Kapan bersama Slash, Black dan anggota kumpulan Malaikat Maut yang mencari Jijoe. Sewaktu di rumah Jijoe, Zul Kapan menyatakan hasrat untuk kembali menyertai Kumpulan Rimba Bara. Kumpulan Malaikat Maut telah diharamkan disebabkan Ajak yang merupakan pemain Bass kumpulan tersebut telah menggigit itik hidup-hidup sewaktu mengadakan persembahan. Situasi yang sama berulang sekali lagi apabila ternyata vocal milik Zul Kapan tidak mampu ditandingi oleh Amy. Amy menangis kekecewaan namun dipujuk oleh Jijoe dan Zul. Mereka akhirnya melantik Amy sebagai pengurus kumpulan Rimba Bara.

Pada tahun berikutnya,kumpulan Rimba Bara berjaya sampai ke puncak kejayaan apabila album sulung mereka terjual sebanyak 80,000 unit.Malah,mereka juga berjaya memenangi Anugerah Juara Lagu 1989.Filem ini diteruskan dengan suara latar Amy Mat Piah yang menceritakan tentang zaman kemuncak muzik rock iaitu pada tahun 1990,apabila hampir semua peserta Anugerah Juara Lagu tahun 1990 merupakan kumpulan rock.Pada masa itu juga,demam rock berada di mana-mana dan pelbagai peristiwa dan tragedi berlaku akibat pengaruh muzik rock.Kemudian,apabila isu rambut panjang mula diperkatakan sekitar awal tahun 1990 an,kumpulan Rimba Bara telah menghadiri majlis potongan rambut bersama Menteri Penerangan ketika itu dan ianya menjadi babak terakhir perjuangan rock mereka.Pada masa yang sama,dunia rock semakin sayup ditelan peredaran zaman dan pengharaman muzik rock oleh kerajaan.Namun,bagi Amy Mat Piah rock sentiasa dihatinya.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Penerbitan sunting

Pengambaran filem ini dilakukan di sekitar Perak dan pusat beli-belah dan di pasar di Ipoh. Filem ini memanggil semula pelakon kelas A di Malaysia, Que Haidar setelah dua tahun bersara dalam bidang lakonan.[5]

Keluaran dan sambutan sunting

Tayangan sunting

Rock Oo! dikeluarkan pada 27 Februari 2013. Treler rasmi filem ini dikeluarkan pada 8 Januari 2013 di saluran YouTube rasmi Primeworks Studios. Filem ini berjaya meraih kutipan pecah panggung kasar sebanyak RM 3.95 juta semasa keluaran tayangannya di pawagam.

Ulasan kritis sunting

Rata-rata pengkritik filem memberi ulasan yang positif mengenai filem ini. Filem ini menerima standing oviation[[:]] ketika ditayangkan untuk media tempatan.[6] Aidil Rusli daripada akhbar The Malaysian Insider memuji filem ini sebagai "...lawak bodoh yang kelakar."[7] Fikri Jermadi daripada portal perfileman thoughtsonfilms.com memuji mutu arahan Mamat Khalid dan lakonan Khir Rahman.[8] Portal hiburan Ohbulan.com menekankan kejayaan Mamat Khalid menerapkan nilai-nilai murni serta sindiran dalam filem ini dengan sempurna.[9] Portal perfileman kakiwayang.com pula mengkritik tiadanya kesinambungan antara filem ini dengan filem pertama tetapi memuji kejayaan filem ini menggambarkan Kuala Lumpur pada tahun 80-an.[10] Filem ini mendapat rating 7.7 per 10 dalam portal perfileman IMDb.

Anugerah dan pencalonan sunting

Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
Anugerah Skrin 2013 Filem Terbaik Tengku Iesta Tengku Alaudin Tercalon
Lakon Layar Terbaik Mamat Khalid Tercalon
Pengarah Terbaik Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik Que Haidar Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Khir Rahman Menang
Festival Filem Malaysia ke-26 Filem Terbaik Tengku Iesta Tengku Alaudin Tercalon
Lakon Layar Terbaik Mamat Khalid Tercalon
Pengarah Terbaik Tercalon
Cerita Asal Terbaik Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Khir Rahman Tercalon
Penataan Bunyi Terbaik Mohd Rashid Osman Tercalon
Pereka Kostum / Busana Terbaik Akma Suriati Awang Tercalon
Penataan Seni Terbaik Zahid Othman Tercalon
Lagu Tema Terbaik Tika - Rimba Bara Tercalon
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2013[11] Filem Terbaik Tengku Iesta Tengku Alaudin Tercalon
Lakon Layar Terbaik Mamat Khalid Tercalon
Pengarah Terbaik Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik Khir Rahman Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Saiful Apek Tercalon
Anugerah Lawak Warna 2013[12][13] Filem Komedi Terbaik Tengku Iesta Tengku Alaudin Tercalon
Skrip Komedi Filem Terbaik Mamat Khalid Menang
Lakon Layar Komedi Terbaik Tercalon
Pengarah Komedi Terbaik Tercalon
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik Que Haidar Tercalon

Trivia sunting

 
Kumpulan Rimba Bara sedang mandi dalam kolam
  • Watak Slash Haji Tapah diinspirasikan daripada gitaris handalan kumpulan Guns N' Roses, Slash[14]
  • Lagu "Teratai" (nyanyian Ramli Sarip) dinyanyikan sendiri oleh Que Haidar[15], serta di akhir nyanyian itu, Amy (Que Haidar) meniru gaya Ramli Sarip sewaktu Konsert Sejuta Wajah di Stadium Merdeka[16]
  • Filem ini turut menyelitkan gaya-gaya kumpulan rock di waktu itu. Antaranya, mandi dalam kolam seperti kulit album Hukum Karma. [17]
  • Filem ini berjaya menarik hati peminat kerana tidak menggunakan unsur-unsur masa kini sejurus membawa penonton ke zaman nostalgia 80-an hingga 90-an. [18]
  • Babak di mana pemain bes Malaikat Maut menggigit kepala itik diinspirasikan daripada insiden Ozzy Osbourne menggigit kepala kelawar di atas pentas, satu peristiwa yang disifatkan ikonik dalam sejarah muzik rock 80-an.
  • Ketika mengucapkan selamat tinggal kepada pengurus mereka (yang ditangkap oleh pihak polis), Jijoe mengucapkan sebaris ayat, "... Kalau sabun jatuh jangan pungut...". Ayat ini sebenarnya merujuk kepada satu titik waktu di Malaysia sekitar akhir 80-an bilamana beberapa kes awal AIDS telah dikesan.
  • Rosli Mohalim (gitaris Sweet Charity) membuat penampilan istimewa pada babak konsert garaj dalam filem ini.
  • Pyan Habib membawa watak Pak Andak (orang yang bertanggungjawab menamakan kugiran Rimba Bara). Menariknya, beliau masih membawa persona dialog watak Osman Tikus (watak beliau dalam filem Kembara). Filem Kembara ialah salah satu filem ikonik yang memperjuangkan aliran rock nusantara.
  • Babak akhir imbas kembali untuk filem ini memaparkan satu ikon yang sentiasa diingati dalam sejarah muzik rock tanah air, iaitu bekas Menteri Penerangan, Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat. Suatu masa dahulu, beliau mengharamkan artis berambut panjang mengambil bahagian dalam program RTM. Isu ini masih segar dalam ingatan ahli-ahli rock Malaya.[19]


  • Akob Gitaris Kaki Arak (Keff Melissa) yang membuat cameo dalam filem ini sebenarnya adalah seorang pemuzik profesional. Beliau sempat merakam album pertama bersama kumpulan Melissa. Namun keluar sebelum pembikinan album kedua.

Namun begitu, beliau di kreditkan sebagai 'Jeff Melissa' di dalam filem ini. Begitu juga rakan beliau Ajak Melissa di kreditkan sebagai 'Ajax Melissa'.

Rujukan sunting

  1. ^ Rock 2: Que buat penampilan istimewa Diarkibkan 2011-07-05 di Wayback Machine Kosmo! (3 Julai 2011). Dicapai pada 27 Februari 2013.
  2. ^ Rock Oo Rimba Bara kembali Astro Awani (27 Februari 2013). Dicapai pada 28 Februari 2013.
  3. ^ Hassan Muthalib (1 Mac 2013). 'Rock Oo', sejarah, rock dan kejujuran Astro Awani. Dicapai pada 3 Mac 2013.
  4. ^ Janji rock Que-Pekin Kosmo! (10 Julai 2011). Dicapai pada 27 Februari 2013.
  5. ^ Budiey (18 Julai 2011). Filem Rock Ooo Rimba Bara Kembali Sensasi Selebriti. Dicapai pada 27 Februari 2013.
  6. ^ Rock Oo! terima tepukan gemuruh penonton Yahoo!. Dicapai pada 27 Februari 2014.
  7. ^ (Inggeris) Malaysian cinema in 2013: First-quarter report The Malaysian Insider. Dicapai pada 27 Februari 2014.
  8. ^ (Inggeris) CULTURE WITH A CAPITAL C – ROCK OO!
  9. ^ Review Filem : Rock Oo – Rimba Bara Kembali Hidupkan Suasana Rock 80an!
  10. ^ Rock Oo : Filem Yang Best Kan..an…an…an… - Kakiwayang
  11. ^ Keputusan Penuh Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2013
  12. ^ http://www.budiey.com/senarai-pemenang-anugerah-lawak-warna-2013/
  13. ^ http://scaniaz.blogspot.com/2013/07/senarai-calon-finalis-anugerah-lawak.html
  14. ^ http://cinemamalaysia.com.my/film/trivia/?tid=104 Slash inspirasi Slash Haji Tapah
  15. ^ http://cinemamalaysia.com.my/film/trivia/?tid=101 Teratai nyanyian Que Haidar
  16. ^ http://cinemamalaysia.com.my/film/trivia/?tid=103 Amy tiru Ramli Sarip
  17. ^ http://i.ytimg.com/vi/6u4mv-21JQU/0.jpg
  18. ^ http://cinemamalaysia.com.my/film/trivia/?tid=91
  19. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0619&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_11.htm

Pautan luar sunting