Les' Copaque Production
Les' Copaque Production Sdn Bhd (digayakan sebagai LES' COPAQUE) ialah sebuah syarikat penerbitan dan studio animasi komputer 3D berstatus MSC yang bertapak di Shah Alam, Selangor, Malaysia. Les' Copaque bukan sahaja mengerjakan bidang animasi, malah menjadi syarikat pengeluar penuh yang juga melibatkan pengemukaan idea, rakaman suara dan pascapenerbitan yang disertakan dengan karya animasinya. Studio ini banyak melibatkan tenaga kerja dari bakat-bakat muda.
![]() | |||||||||||||
Sendirian berhad | |||||||||||||
Industri | Hiburan, media | ||||||||||||
Genre | Animasi | ||||||||||||
Ditubuhkan | 12 Disember 2005 | ||||||||||||
Pengasas | Haji Burhanuddin Mohd Radzi Hajah Ainon Ariff | ||||||||||||
Ibu pejabat | No. 1, Jalan Boling Padang G13/G, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. | ||||||||||||
Tokoh penting |
| ||||||||||||
Keluaran | Upin & Ipin Upin & Ipin Iqra' Upin & Ipin: The Helping Heroes Pada Zaman Dahulu Puteri DaDuDiDo Ingat! | ||||||||||||
| |||||||||||||
Maklumat YouTube | |||||||||||||
Saluran | |||||||||||||
Tahun aktif | 2009 - kini | ||||||||||||
Pelanggan | 15.6 juta | ||||||||||||
Jumlah tontonan | 7.5 bilion | ||||||||||||
| |||||||||||||
Dikemaskini pada 7 Februari 2022 | |||||||||||||
Laman sesawang rasmi | https://lescopaque.com |
SejarahSunting
Les' Copaque ditubuhkan pada Disember 2005 oleh penerbit Haji Burhanuddin Md Radzi dan Hajah Hajah Ainon Ariff. Mereka bersama tiga graduan Universiti Multimedia (MMU) telah memulakan syarikat tersebut. Usamah Zaid bin Yasin merupakan salah seorang yang telah membantu menubuhkan syarikat ini dan kini memegang jawatan Pengarah Kreatif di Les' Copaque. Mereka menamakan studio mereka sempena istilah bahasa Melayu "Last Kopek" yang bermaksud "peluang terakhir" dan ditukar ejaan menjadi seolah-olah bahasa Perancis.
Projek animasi sulung mereka, Misi Mustahak, yang merangkul empat anugerah pada tahun 2005: Karya Terbaik ("Best of the 10th MVA 2005") dan Pingat Emas Filem Animasi Pendek (Terbuka) di Anugerah Video Malaysia (MVA) ke-10; Tertiary Student Projects (Multimedia Kreatif) di Koridor Raya Multimedia-APICTA 2005; dan Best of Multimedia University Collection 2005 di Creative Pixels, Galeri Seni Negara telah menarik minat penerbit untuk menubuhkan syarikat animasi bersama mereka.
Khidmat Les' Copaque pernah digunakan untuk menghasilkan pesanan khidmat masyarakat serta satu iklan GT Jepun pada tahun 2006. Syarikat ini juga melangkah ke menghasilkan cereka animasi pendek Geng: Pengembaraan Bermula pernah merangkul gelaran juara keseluruhan, filem animasi terbaik dan pengarah animasi terbaik di Anugerah Filem Pendek 2006.[1]
Pada tahun 2007, Les' Copaque memperkenalkan watak animasi yang tersohor di Malaysia, iaitu Upin & Ipin sempena menyambut Ramadan dan Aidilfitri, sementara mengusahakan filem Geng: Pengembaraan Bermula yang turut menampilkan adik-beradik kembar tersebut. Filem itu akhirnya dikeluarkan pada 12 Februari 2009[1], dan berjaya memungut hasil kutipan pawagam sekitar RM 6.3 juta[2], menjadikannya antara filem Malaysia yang meraih kutipan tertinggi dalam sejarah.
Pada 2014, Les' Copaque telah menubuhkan akademi animasinya yang tersendiri kerana menyedari pendidikan dalam bidang ini amat penting dalam membangunkan sebuah produksi 3D tidak kira sebagai pekerja, usahawan dan pemilik produksi. Bidang Animasi 3D bukan lagi hanya bergantung dalam menghasilkan kartun sahaja, tapi bidang ini sudah meluas ke beberapa cabang. Les' Copaque Animation Academy (LCAA) dibangunkan bukan sahaja memenuhi kehendak pasaran tetapi LCAA juga menjadi pelengkap kepada bidang pendidikan di peringkat kemahiran sehingga ke tahap universiti.
Anak syarikatSunting
Antara anak syarikat yang ditubuhkan ialah
- Les' Copaque Game Development (LCGDI)
- Les' Copaque Animation Academy (LCAA)
- Les' Copaque Training Centre
- Les' Copaque Merchandising (Upin & Ipin Store)
- Geng' Corner (Upin & Ipin Flava)
- Les' Copaque Film (LC Film)
FilemografiSunting
FilemSunting
Filem | Tarikh Tayangan | Tahun | Pengedar |
---|---|---|---|
1 | Geng: Pengembaraan Bermula | 12 Februari 2009 | Grand Brilliance |
2 | Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! | 24 November 2016 | Primeworks Studios MNC Media (Indonesia) |
3 | Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal | 21 Mac 2019 | GSC Movies Walt Disney Studios Motion Pictures (International) |
Akan DatangSunting
Filem | Tarikh Tayangan | Tahun | Pengedar |
---|---|---|---|
4 | Dongeng Sang Kancil | Akan diumumkan | Akan diumumkan |
5 | Puteri Kasturi | Akan diumumkan | Akan diumumkan |
TelevisyenSunting
Nama | Tarikh Tayangan |
---|---|
Upin & Ipin | (2007 – 2018) di TV9 (2008 - Kini) di MNC TV |
Pada Zaman Dahulu | (2011 - 2013) di TV AlHijrah (2018 - Kini ) di Astro Ceria |
Puteri | (ditayang pada 2014) di TV3[3] |
Upin & Ipin Iqra' | (2019 - kini ) di Astro Prima (2020 - kini ) di MNC TV |
Upin & Ipin : The Helping Heroes | (2020 - kini) di MNC TV (Indonesia) |
Lain-lainSunting
Nama | Ditayangkan Di |
---|---|
DaDuDiDo | Youtube |
Ingat! | Youtube |
Drama Les' Copaque (LC FILM)Sunting
Drama & Filem | Penerbit | Pengarah | Ditayangkan Di |
---|---|---|---|
Zaiton Ceritaku | Haji Burhanuddin | Esma Daniel | 1 November 2012 Di Pawagam |
Makcik Bawang | Setiap Isnin - Khamis 1:30 Petang di TV1 | ||
Maaf Zahir Batin Tak Jadi | Noradyman Md Sulaiman | Nazir Jamaluddin | 24 Mei 2020 Di TV Okey |
Zaki & Nughul |
Aksi LangsungSunting
Nama | Ditayangkan Di |
---|---|
Kembara Warisan Detektif Upin Ipin | Youtube |
Taman TemaSunting
SelangorSunting
- Upin & Ipin Theme Park Cyberjaya (Akan Datang)
RujukanSunting
- ^ a b "Apabila Upin Dan Ipin Masuk Pawagam". Utusan Malaysia. 8 Februari 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-28. Dicapai pada 9 Disember 2009.
- ^ "GENG: JELAJAH MALAYSIA ....HABIS". LCP Blog. Les' Copaque. Dicapai pada 9 Disember 2009.
- ^ "Screening 2014". TV3. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-22. Dicapai pada 16 Oktober 2014.