Puteri (siri animasi)

siri animasi Malaysia

Animasi dan komik di Malaysia

Puteri
Poster siri Puteri
GenreAnimasi
Fantasi
Dibangunkan oleh
Les' Copaque Production Sdn Bhd
PengarahSyed Nurfaiz Khalid[1]
Pelakon suara
Adreena
Shazwina
Wani Kayrie
Ilham
Hajar
Penggubah lagu tema
Adreena
Lagu pembukaanPuteri - Adreena
Lagu penutupPuteri - Adreena
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bahasa Indonesia
Bilangan musim25
Bilangan episod6 (2018)
Penerbitan
Tempoh siaran4-5 minit (bahagian 1-6)
35 minit (bahagian lengkap)
Penyiaran
Saluran asalTV2[2]
TV3
ABC Kids (Australia)
CBBC dan CBeebies (UK)
Format gambar1080p (HDTV)
Siaran asal20 Julai 2018 – 25 Ogos 2018
Kronologi
Rancangan berkaitan
Upin & Ipin Iqra' Upin & Ipin
Pautan luar
Laman sesawang

Puteri ialah siri animasi pendek yang dicipta oleh syarikat animasi Les' Copaque Production. Animasi ini ditayangan di TV3 pada 20 Julai 2018, pukul 9 malam.

Episod

sunting

Siri 1 Puteri Episod 1 20 Julai 2018

Siri 1 Puteri Episod 2 21 Julai 2018

Siri 2 Puteri Episod 3 22 Ogos 2018

Siri 2 Puteri Episod 4 23 Ogos 2018

Siri 3 Puteri Episod 5 24 Ogos 2018

Siri 3 Puteri Episod 6 25 Ogos 2018

Watak-watak

sunting

Puteri Limau Manis

sunting

Dia berumur 18 tahun dan merupakan anak sulung daripada 5 beradik. Dialah bakal pewaris takhta Kerajaan Limau. Rupa parasnya cantik dan seringkali mengeluarkan kata-kata manis. Jika diajak menyertai peperangan, dialah yang paling bersemangat dan optimistik dalam apa jua keadaan. Dia juga dipaksa untuk berkahwin kerana pewarisan takhta.[1] Dia mempunyai kuasa teleportasi yang membolehkannya berpindah tempat dari semasa ke semasa dengan menggunakan selendang saktinya.[3] Dalam iklan acah, seringkali ditunjukkan haiwan amat menyukai Puteri Limau Manis.[4]

Cabaran utama untuk watak ini adalah untuk mendapatkan pelakon suara yang sesuai bagi watak ini.[1]

Puteri Limau Kasturi

sunting

Dia puteri kedua yang berusia 17 tahun. Kasturi bersifat kasar dan mempunyai ciri-ciri pahlawan. Tidak suka dengan “etika puteri” dan lebih gemar meluangkan masa dengan berlatih berlawan. Mempunyai keris sakti yang berkuasa hebat.

Puteri Limau Purut

sunting

Dia berusia 15 tahun. Dia mempunyai cucuk sanggul sakti yang mampu mengubati sesuatu benda hidup termasuklah tumbuh-tumbuhan kecuali parutnya. Dia seorang yang pemalu dan cantik rupanya. Dia selalu membiarkan rambutnya menutup sedikit bahagian wajahnya yang berparut

Puteri Limau Bali

sunting

Dia berumur 14 tahun. Merupakan puteri keempat bertubuh gempal berbanding adik-beradiknya. Oleh kerana itu, dia agak sensitif dengan topik berat badan. Dia merupakan seorang tukang masak yang handal, walaupun makanannya kelihatan tidak menarik pada luaran tetapi rasanya pasti sedap. Dia mempunyai kipas sakti yang boleh berubah saiz dan fungsi.

Puteri Limau Nipis

sunting

Berusia 10 tahun dan merupakan puteri bongsu. Penampilannya kelihatan manja dan naif. Namun, Nipis sebenarnya merupakan penyiasat yang hebat dan mengetahui semua selok-belok di dalam istana. Dia sering ditemani oleh kucing peliharaannya yang bernama Jebat. Dia berperwatakan selamba dan bersifat degil. Nipis mempunyai cemeti sakti yang sering digunakan sebagai permainannya.

Lagu tema

sunting

Lagu tema bagi animasi Puteri ini dinyanyikan oleh adik Adreena.[4]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c Diari Produksi EP4 - Teaser Puteri. 2014. Dicapai pada 16 Oktober 2014.
  2. ^ "Screening 2014". TV3. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-12. Dicapai pada 12 Julai 2018.
  3. ^ Teaser Puteri Manis. 2014. Dicapai pada 16 Oktober 2014.
  4. ^ a b Diari Produksi EP9 - Full Teaser Animasi Puteri. 2014. Dicapai pada 16 Oktober 2014.