Anak Mami The Movie
Anak Mami The Movie ialah sebuah filem komedi keluarga Malaysia 2002 arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen. Filem ini juga merupakan sekuel kepada filem Anak Mami Kembali.
Anak Mami The Movie | |
---|---|
Pengarah | Prof Madya A. Razak Mohaideen |
Dihasilkan oleh | Ahmad Puad Onah |
Dibintangi | |
Disunting oleh | Mariam Ibrahim |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM 2.94 juta |
Plot Sunting
Mengisahkan Aniq yang tinggal di Pulau Pinang. Dia mempunyai kakak-Aisya, dan adik-Sabrina. Aniq berkenalan dengan Amelia tetapi mereka mempunyai masalah untuk memberitahu keluarga kerana sikap keluarga yang mengaturkan perkahwinan anak-anak. Kedua-dua mereka yang menuntut di universiti berpakat kononnya universiti mengadakan program keluarga angkat. Amelia tinggal sebagai anak angkat di rumah keluarga Aniq, manakala Aniq pula ke rumah keluarga Amelia untuk memikat bakal mertua masing-masing. Pada masa yang sama, Mami Jarum ingin mengahwinkan anaknya Mehran dengan Aniq. Sebaliknya, Mehran pula menyintai Saiful.
Pelakon Sunting
Pelakon utama Sunting
- Farouk Hussain sebagai Aniq
- Emylia Rosnaida sebagai Amelia
- Fiza Elite sebagai Aisya
- Masnaida sebagai Sabrina
- Ismail Din sebagai Mamu Nasir
- Kartina Aziz sebagai Mami Zarina
Pelakon pembantu Sunting
- Norlia Ghani sebagai Mami Jarum
- Zahida Rafik sebagai Mehran
- Piee sebagai Pak Piee
- Eja sebagai Julia
- Maideen sebagai Hj. Maidin
- Wan Maimunah sebagai Mak Limah
- Cico Harahap sebagai Saiful
- Abdul Shukor Mohaideen sebagai Rafi
- Nasir Ali sebagai Tauke dobi
- Shafi Khan sebagai Norman
Pelakon undangan Sunting
- Saiful Apek sebagai Pengayuh beca
- Lan Pet Pet sebagai Bas konduktor
- Zarynn Min
- Jue Aziz
- Khir Rahman sebagai Awang
- Putri Mardiana sebagai Tipah
Pembikinan Sunting
Filem ini berdasarkan telefilem dan drama bersiri Anak Mami, Menantu Mami dan Cucu Mami yang ketiga-tiganya diarahkan oleh Professor Madya dan disiarkan di TV3. Sambutan hebat diterima oleh drama-drama itu dengan purata bilangan penonton sebanyak tiga juta orang bagi setiap drama. Selepas enam tahun, skrip filem ini berjaya dihasilkan. [1]
Sambutan Sunting
FIlem ini dikeluarkan pada 21 Februari 2002. Selepas seminggu ditayangkan, filem ini berjaya mendapat kutipan sebanyak RM 1.4 Juta.[2] Filem ini menamatkan tayangan dengan kutipan sebanyak RM 2.94 juta.
Pautan luar Sunting
Rujukan Sunting
- ^ Musthafa, Saharudin (24 Jun 2001). "Pembikinan Anak Mami meriah". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-21. Dicapai pada 4 Julai 2016.
- ^ "Anak Mami kutip RM1.4 juta seminggu tayangan". Utusan Malaysia. 1 Mac 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-20. Dicapai pada 4 Julai 2016.