Suatu Malam Kubur Berasap 2

Suatu Malam Kubur Berasap 2 ialah filem komedi seram Malaysia 2014 yang diarahkan oleh Ernie Chen. Filem ini merupakan kesinambungan dari filem Suatu Malam Kubur Berasap dan ditayangkan di pawagam pada 14 Jun 2014.

Suatu Malam Kubur Berasap 2
PengarahErnie Chen
PenulisLoh Chung Tat
Dihasilkan olehErnie Chen
Dibintangi
SinematografiShahzuan Mokhtar
Disunting olehKhalil Kamal
Muzik olehOnn Sam
Syarikat
penerbitan
Outloud Studios
Diedarkan olehGSC Movies
Tarikh tayangan
  • 14 Jun 2014 (2014-06-14) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis sunting

Amir dan Nayan merupakan bintang komedi realiti televisyen yang sedang meningkat naik telah ditawarkan untuk berlakon dalam filem seram. Namun mereka hanya berkemampuan untuk berlakon filem berunsur komedi sahaja kerana tidak mempercayai kewujudan hantu dan alam mistik.

Namun begitu, kedua-dua mereka hanya berkebolehan untuk berlakon di dalam cerita komedi sahaja. Hal ini kerana mereka sememangnya tidak mempercayai alam mistik serta kewujudan hantu dalam kehidupan ini. Pengalaman dan kegagalan drama-drama seram sebelum ini membuatkan Amir dan Nayan tidak mahu melibatkan diri dalam lakonan filem seram yang ditawarkan kepada mereka.

Atas nasihat dan umpan yang telah diberikan oleh Chot, mereka bersetuju untuk pulang ke kampung halaman mereka untuk menimba pengalaman seram. Ini kerana meraka mengenali seorang bomoh bernama Tok Mat di kampung mereka. Tok Mat juga mempunyai seorang anak gadis bernama Julia dan mereka berdua juga menyimpan perasaan terhadapnya.

Sedikit demi sedikit kejadian telah dilalui mereka. Setiap malam pelbagai perkara yang telah terjadi. Pelbagai persoalan bermain di fikiran mereka. Mereka seolah-olah keliru dengan apa yang terjadi di dalam rumah tersebut. Apakah yang berlaku di rumah itu? Siapakah yang menggangu mereka? Adakah mereka selamat di rumah itu? Berbaloikah pengalaman yang dilalui untuk masa depan karier mereka?

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

  • Jila Azizah sebagai Julia
  • Nurul Ain Othman sebagai Suraya
  • Abam Bocey sebagai Mekanik Gemuk
  • Fad Bocey sebagai Man Auto
  • Azmir Aziz sebagai Achu
  • Mamak Puteh sebagai Zack
  • Ahmad Shazli Hasim sebagai Moin
  • Ali Puteh sebagai Bojeng
  • Siti Chubby sebagai Ezah
  • Azizi Zakaria sebagai Pian
  • Jay Iswazir sebagai Lelaki Ghairah
  • Hiera Hasan sebagai Wanita Ghairah
  • Jazli Hassan sebagai Hantu Pampers

Penampilan khas sunting

  • Ernie Chen sebagai Mr. Kong Keng Huat
  • Mr. Os sebagai Hantu Pocong/ Hantu Cina / Drakula
  • Soo Wincci sebagai Hantu Amoi Seksi

Pautan luar sunting