Malek Noor
Dato' Haji Abdul Malek Mohamed Noor (lahir 9 November 1954)[1] atau lebih dikenali sebagai Malek Noor merupakan jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak 6 kali . Beliau pernah menjadi pelakon beberapa filem seperti Ujang pada 1980-an. Beliau berasal dari Batu Pahat, Johor.
Yang Hormat Dato' Haji Malek Noor DIMP (Pahang) | |
---|---|
Kelahiran | Abdul Malek Mohamed Noor 9 November 1954 |
Pekerjaan | Jaguh bina badan, pelakon, penerbit, pengacara |
Tahun aktif | 1980–kini |
Pasangan | Datin Dr. Wan Asma Wan Ismail (k. 2012) |
Terbaru, pada 15 September 2009, Datuk Malek Noor terlibat dalam program Trek Selebriti di Astro Ria. Beliau pandai memasak, walaupun bukan tukang masak. Antara resepi terbarunya ialah tomyam air kelapa.
Jaguh bina badanSunting
Antara pingat yang diraih oleh Datuk Malek Noor ialah :
- Mr. Universe Heavyweight Finalist (2 kali)
- Mr Asia Heavyweight (6 kali)
- Mr. ASEAN Heavyweight (4 kali)
- Mr. Malaysia Heavyweight (6 kali)
- Olahragawan Negara Malaysia 1986 dan 1990
- Pingat emas Personaliti sukan Benson and Hedges 1985
- Ahli Mangku Negara (AMN) 1986
- Sultan Ibrahim (PIS) 1986
- Legendary Sportsman of Malaysia
- Coca-Cola Olympian tahun 2007
Antara pertandingan yang disertainya ialah :
- 1985 : Asian Amateur Championships - IFBB, HeavyWeight, 1st
- 1986 : Asian Amateur Championships - IFBB, HeavyWeight, 1st
- 1987 : Asian Amateur Championships - IFBB, HeavyWeight, 1st
- 1988 : Asian Amateur Championships - IFBB, HeavyWeight, 1st
- 1989 : South East Asian Games - IFBB, HeavyWeight, 2nd
- 1990 : Asian Amateur Championships - IFBB, HeavyWeight, 1st
- 1991 : Asian Amateur Championships - IFBB, HeavyWeight, 1st [2]
Persatuan Bina Badan Malaysia (PBBM) mencari ikon baru setelah Datuk Malek Noor mengundurkan diri dari bina badan. Seorang juara bina badan haruslah bijak menguruskan pemakanan seharian. Institut Sukan Negara (ISN) sedia memberikan khidmat pemakanan. Malek mempunyai Diploma Pemakanan Fizikal dari Weider College, Kanada dan juga memiliki Sijil Kejurulatihan Bina Badan daripada Persekutan Bina Badan Asian.[3]
Bidang lakonanSunting
Tubuh sasa beliau membolehkan beliau dijemput berlakon dalam beberapa filem di Malaysia . Watak yang dipegangnya sesuai tubuh badannya. Filem yang dilakonkannya ialah Ujang (1989), Juara (1991), Rimba Malam (1992), Kelisa (1992) dan Pemburu Bayang (1993).
Malek juga pernah menghasilkan sebuah album pada 1990-an. Dalam teledrama Damak, beliau memegang watak tok guru yang handal bersilat. Drama ini diarahkan oleh Dato' Zulkifli M. Osman.
PerniagaanSunting
Beliau menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec’s Divemate Sdn. Bhd. Beliau juga pengarah eksekutif Universal Fitness and Leisure (UFL) . Menerusi perniagaan ini beliau telah merantau seluruh Amerika Syarikat dan Hong Kong selama lebih 30 tahun. Kini beliau menjual syer dalam syarikat KK Design kerana tidak berhajat menetap di Hong Kong. Semasa di Denver, Amerika Syarikat Malek melihat pelbagai bentuk kepercayaan .
Berkat perniagaan yang diceburinya membolehkan beliau menderma kepada pelakon Allahyarham Yusni Jaafar, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Santokh Singh dan bekas atlet olahraga kebangsaan, Ishtiaq Mubarak dan lain-lain.
BertaubatSunting
Pada 2008, Malek Noor membuang semua piala yang dimenanginya. Beliau berpendapat semua piala berbentuk patung itu menjejaskan keimanannya selama ini. Semua ini bermula pada 2002 ketika mendengar azan maghrib di penthouse, berhadapan KLCC. Selepas itu beliau ke Jalan Masjid India untuk membeli al Quran. Beliau juga bermimpi bertemu dengan ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan sujud di hadapan Kaabah.[4][5]
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1988 | Ujang | Ujang | Filem pertama |
Keys to Freedom | Samseng Otot | ||
1989 | Pendekar Mata Satu | Filem Indonesia | |
1991 | Juara | Abang Malek | |
Bayangan Maut | Bouncer Kelab Malam | ||
1992 | Kelisa | ||
Rimba Malam | |||
Sahabat | |||
XX Ray | Pembeli Topi Keledar | Penampilan khas | |
1993 | Pemburu Bayang | Razif | |
1999 | Hasrat | — | Sebagai penerbit bersama |
2020 | Tyickoouns | Orang Jahat 2 | Penampilan khas |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1997 | Pi Mai Pi Mai Tang Tu (Musim 17) | TV3 | Episod: "Don Juan" | |
2022 | Ex Aku Pontianak | Bapa Suraya | Astro Ria |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1997 | Sukan Dan Anda | Pengacara | TV1 | |
2017 | Temasya Sukan Ke Laut | Pengacara | Astro Warna | Bersama Abam Bocey |
Sepahtu Reunion Live | Cameo | Episod: "Boxer Rabak" | ||
2023 | The Masked Singer Malaysia (musim 3) | Peserta | Sebagai Abang Burger |
PenghargaanSunting
- Pahang Darul Makmur
- Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2010)[6]
RujukanSunting
- ^ Malek Noor sambut hari lahir depan Kaabah
- ^ Malek Noor
- ^ "Atlet Negara Perlu Celik Ilmu Pemakanan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2009-11-26.
- ^ Biarlah Ada Ruang Bertaubat .. -Malek Noor
- ^ Penghijrahan Malek Noor
- ^ Malek Noor Kini Bergelar Datuk