Budak Usin ialah siri drama televisyen komedi Malaysia 2018 arahan Shahrulezad Mohameddin, dibintangi oleh Akhbar Latefi, Syanie, Shamsul Ghau Ghau, Zalif Sidek, Najua P. Ramlee dan Haryati Taib @ Mak Uda.[1][2] Siri ini merupakan kesinambungan turunan daripada Budak Ijat dan mula ditayangkan di Slot Iris TV3 dari 16 Oktober hingga 19 November 2018 menggantikan Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung.

Budak Usin
GenreDrama
Komedi keluarga
Ditulis olehSham Hashim
PengarahShahrulezad Mohameddin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Poskad" oleh Pandoras
Lagu penutup"Duniaku" oleh Elliza
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
Penerbit eksekutifHisham A. Karim
PenerbitFazli Hj. Baharom
Shahrulezad Mohameddin
Tempoh siaran21 minit
Syarikat penerbitan
Radius One
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal16 Oktober 2018 – 19 November 2018
Kronologi
MengikutiAhmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung
Diikuti olehPlan Cinta

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

Sinopsis sunting

Mengisahkan sebuah keluarga yang harus berdepan dengan pelbagai isu berkaitan buli, persepsi serta diskriminasi oleh orang lain selepas berpindah dari kampung ke sebuah bandar besar.

Usin (adik Akhbar Latefi) ialah seorang budak yang petah bercakap, comel dan berpewatakan menarik. Walaupun dia terpaksa menempuhi pelbagai cabaran hidup, tetapi dia tidak pernah mengalah atau tewas dibuli oleh seorang pelajar nakal bernama Syafik. Sebaliknya, Usin sentiasa perjuangkan apa yang betul dan salah, seakan-akan dia ialah seorang hero.

Di rumah, Usin harus melayan karenah keluarganya pula. Bapanya Rahim (Shamsul Ghau Ghau), berubah menjadi seorang yang kedekut dan berkira setelah ditipu pelanggan.

Abangnya yang bernama Hud (Zalif Sidek) pula bercita-cita untuk menjadi seorang jurulatih zumbah terkenal, manakala kakaknya Najwa (Najua P. Ramlee) sedang mengejar impian untuk menjadi pelakon terkenal. Ibu kepada Usin iaitu Imah (Syanie) pula sentiasa dicemburui oleh jiran sebelah rumahnya, Naquyah (Mak Ude), yang pantang melihat Imah lebih daripadanya.

Naquyah akan lakukan apa saja untuk buat Imah dibenci jiran tetangga. Persoalannya, bagaimanakah Usin dan keluarganya terus cekal dan hidup bahagia di samping dikelilingi oleh orang-orang yang dengki terhadap mereka?

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

  • Munaa Bella sebagai Cikgu Lisa
  • Taufik Hidayat Khan sebagai Ustaz Osman
  • Hasmira Azmi sebagai Diana
  • Elly Suhaili sebagai Kak Sally
  • Azzam Zamani sebagai Amin
  • Naqi Dato' Roslan sebagai Yusof
  • Fath Zahari sebagai Fiqa

Penampilan khas sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Drama Budak Usin (TV3)". MyInfotaip. 23 September 2018.
  2. ^ "Sinopsis Drama BUDAK USIN". Budiey. 18 Oktober 2018.
  3. ^ Budak Usin (2018): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 19 November 2018.