Kembar Siang ialah sebuah filem komedi Malaysia 2011 yang ditayangkan pada 24 Februari 2011. Filem ini telah diarahkan oleh Hatta Azad Khan.

Kembar Siang
PengarahHatta Azad Khan
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
Disunting olehBrian Ng (Kang)
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehMIG Pictures
Tarikh tayangan
24 Februari 2011 (2011-02-24TMalaysia)
Masa tayangan
87 minit
Negara Malaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.64 juta [1]
Pecah panggungRM 1.21 juta

Plot sunting

KEMBAR SIANG menceritakan tentang kehidupan Awal (abang) dan Awi (adik), sepasang kembar seiras. Awal normal tetapi Awi sedikit terencat dan lurus bendul kerana pernah mengalami demam panas. Tetapi Awi mempunyai daya ingatan dan kemahiran mengira yang luarbiasa dan sering memberi tuisyen kepada Mazli dan Izan, anak sekolah yang sering menemaninya. Awal dan Awi mewarisi rumah dan kedai runcit peninggalan arwah bapa mereka, Haji Sabran. Pengurusan kedai runcit itu dilakukan oleh mereka berdua: Awal jadi bos dan Awi jadi pekerja.

Kedai runcit Awal dan Awi mempunyai saingan dengan sebuah lagi kedai runcit di seberang jalan milik Pak Din Duda. Tetapi Awal dan Awi telah dipesan oleh arwah bapa mereka bahawa dalam berniaga mesti sentiasa jujur dan mesra pelanggan. Ini berbeza dengan sikap dan perangai Pak Din Duda yang sentiasa mencari peluang untuk mengaut keuntungan. Pak Din Duda yang sudah tiga kali menduda mempunyai seorang pekerja, Mak Yam. Mak Yam tidak dibayar gaji tetap, tetapi dibayar komisyen pada setiap jualan. Mak Yam mendapati komisyennya sangat sedikit. Kedai Pak Din Duda tidak dikunjungi ramai pelanggan kerana barang-barangnya yang sedikit dan harganya pula mahal.

Pak Din Duda melihat Awi yang rajin dan mahu Awi bekerja di kedainya kerana dia sendiri lebih suka berehat dari bekerja. Pak Din Duda pujuk Awi dan berjanji akan carikan gadis cantik jadi isteri Awi. Tetapi rahsia Pak Din Duda terbongkar bila dia sendiri tak dapat membezakan yang mana Awi dan yang mana Awal. Kadang-kadang dia terlepas cakap pada Awal yang disangkanya Awi.

Ani, teman wanita Awal, tidak tahu boyfriendnya mempunyai adik kembar seiras. Ani tergamam bila melihat Awal yang dikenali sebagai taukeh, bos atau pengurus kedai tiba-tiba mengangkut tong gas, membawa barang dapur atas motorsikal roda tiga dan memarut kelapa. Ani syak Awal cuba berselindung dan menipunya.

Seorang penagih dadah yang masuk mencuri di rumah Awal dan Awi juga tergamam dan menjerit bila mendapati Awi yang sedang tidur di dalam bilik juga berada di warung luar rumah waktu dia mahu melarikan diri. Di waktu yang lain budak yang sama menjerit ketakutan bila Awi yang pergi ke bilik air di belakang kedai runcit tiba-tiba mendekatinya dari depan sewaktu dia mencuri makanan ringan di dalam kedai.

Sekalipun Awal dan Awi kembar seiras, tetapi mereka mempunyai beberapa kelainan dari segi minat dan citarasa. Awal suka keluar malam bawa girlfriend, Ani makan-makan dan menonton wayang. Awi takutkan gelap dan bila malam, terus tidur. Awi ada kereta tetapi Awi lebih selesa dengan motorsikal roda tiga yang diubahsuai dan mempunyai gear reverse. Awi pula jika memandu kereta dalam gear reverse sahaja. Awi diperkenalkan kepada Ani oleh abangnya dan dia terpikat melihat kejelitaan Ani. Awal jadi serba salah. Awal memujuk Ani supaya berkahwin dengan Awi. Ani merajuk dan membawa diri buat seketika.

Semasa Ani merajuk, seorang gadis yang wajahnya mirip Ani mengunjungi kedai runcit Awal dan Awi. Awal terpegun kerana dia sangka gadis itu adalah teman wanitanya, tetapi gadis itu tidak mengenalinya. Awal secara rahsia mengikut gadis itu pulang, diikuti Awi. Awal mendapati bahawa gadis itu adalah Ana, kakak kembar teman wanitanya, Ani, yang terpisah semasa bayi. Awi jatuh cinta dengan Ana yang lemah lembut. Awal mendapat restu daripada bapa Ana, Rafi, untuk merancang supaya Awal dan Ani, Awi dan Ana, dan Rafi dan Mak Yam bernikah.

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011, Finas.gov.my. Dicapai pada 18 Januari 2011.

Pautan luar sunting