Kuasa (drama)
Kuasa: One Throne. Three Heirs. No Mercy ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Kroll Azry dengan idea asal oleh Syamin Yusof terbitan bersama Astro Shaw dan Skop Productions.[1][2] Ia mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga penerbit terkemuka yang amat berpengaruh dan hidup dalam kemegahan, bersama tiga orang anak yang bakal mewarisi legasinya. Setiap ahli keluarga mempunyai agenda masing-masing demi menguasai empayar. Dibintangi oleh Nazim Othman, Nadia Brian, Ridzuan Hashim, Ning Baizura, Dazrin Kamarudin, Izzy Reef, Nia Atasha dan Alicia Amin, siri ini diterbitkan di bawah jenama Astro Originals dan memulakan tayangan perdana di Astro Citra bermula 11 April sehingga 30 Mei 2022 menggantikan Gossip Girl Indonesia.[3]
Kuasa: One Throne. Three Heirs. No Mercy | |
---|---|
Genre | |
Pencipta |
|
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Kroll Azry |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Kuasa" oleh Joe Flizzow & Azlan & The Typewriter |
Lagu penutup | "Kuasa" oleh Joe Flizzow & Azlan & The Typewriter |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 8 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Sinematografi | Zulkefli Mat Zin |
Tempoh siaran | 40–45 minit |
Syarikat penerbitan | |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Citra |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital Plus |
Siaran asal | 11 April 2022 – 30 Mei 2022 |
PremisSunting
Mengisahkan tentang seorang yang amat dikenali didalam industri hiburan, Tan Sri Dhameer. Selama 35 tahun di dalam industri, beliau telah membina sebuah empayar terbesar yang meliputi daripada menghasilkan filem-filem tempatan dan juga platform pelaburan. Tiga anaknya, Delilah, Darius dan Dharma, yang merebut untuk menjadi waris tunggal syarikatnya. Tan Sri Dhameer cuba untuk mendidik anak-anaknya bahawa terdapat musuh yang jauh lebih besar yang perlu mereka atasi daripada keluarga mereka sendiri.
PelakonSunting
- Ridzuan Hashim sebagai Tan Sri Dhameer[1]
- Ning Baizura sebagai Puan Sri Lily[1][4]
- Nazim Othman sebagai Darius[1][5]
- Nadia Brian sebagai Delilah[1][6]
- Izzy Reef sebagai Dharma[1]
- Dazrin Kamarudin sebagai Arman[1]
- Alicia Amin sebagai Emma[1]
- Nia Atasha sebagai Natalie[1]
- Azri Iskandar sebagai Tan Sri Aziz[1]
- Syanie sebagai Kak Bah[1]
- Farid Amirul sebagai Dr. Jason[1]
- Kahoe Hon sebagai James Too
- Anna Jobling sebagai Atikah
- Remy Ishak sebagai Dayyan
- Linda Onn sebagai Zameera
PenerbitanSunting
Kuasa ialah terbitan bersama Astro Shaw dan Skop Productions yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan menerbitkan filem Abang Long Fadil 2 (2017) dan Misteri Dilaila (2019).[7] Selaku penerbit drama ini, Yusof Haslam menafikan drama itu bersangkut paut dengan kisah keluarganya.[8][9] Dipetik dari Harian Metro, Yusof dinyatakan berkata:
"Saya tidak menulis sendiri, Shamin iaitu adik kepada Syamsul yang mencetuskan idea untuk drama premium ini. Jangan salah anggap kerana ia bukan kisah daripada keluarga [saya]. Tidak dinafikan konflik dalam keluarga adalah perkara biasa. Malah, saya sendiri tidak boleh lari daripada persepsi orang ramai. Mereka berhak untuk meletakkan penilaian masing-masing. Ini adalah rekaan dan fantasi, namun dicantikkan lagi dengan kreativiti pengarah iaitu Kroll Azry,".[8]
Menurut Yusof, pada mulanya beliau mahu berlakon dalam drama ini, namun tidak dapat berbuat demikian kerana komitmen lain.[10]
RujukanSunting
- ^ a b c d e f g h i j k l "Drama Kuasa (Astro Citra)". My Infotaip. 5 April 2022. Dicapai pada 22 April 2022.
- ^ "KUASA: Taruhan terbaharu dua penerbit filem blockbusters". Astro Awani. 31 Mac 2022. Dicapai pada 22 April 2022.
- ^ "KUASA tonjol kelainan, bongkar sisi gelap penerbitan filem". Astro Awani. 10 April 2022. Dicapai pada 22 April 2022.
- ^ Zaara Talita (1 April 2022). "Ning Baizura okay ja bawa watak mak". Harian Metro. Dicapai pada 22 April 2022.
- ^ Mohd Haikal Isa (2 April 2022). "Menduda, sendirian tapi tak kesunyian – Nazim Othman". Kosmo!. Dicapai pada 22 April 2022.
- ^ Zaara Talita (6 April 2022). "Hikmah pengalaman lalu". Harian Metro. Dicapai pada 22 April 2022.
- ^ Syafiqah Jalal (30 Mac 2022). "Tampil Berbeza! 2 Penerbit Filem Blockbuster Muncul Dengan Drama KUASA". Astro Gempak. Dicapai pada 22 April 2022.
- ^ a b Zaara Talita (1 April 2022). "'Bukan kisah keluarga saya'". Harian Metro. Dicapai pada 22 April 2022.
- ^ "Yusof Haslam Nafi Drama Kuasa Berkisar Tentang Kisah Kehidupan Keluarganya". Kopiplanet. 15 April 2022. Dicapai pada 22 April 2022.
- ^ "'Sepatutnya saya berlakon dalam cerita ini tapi...' - KUASA kisah keluarga Yusof Haslam?". Astro Awani. 6 April 2022. Dicapai pada 22 April 2022.