Dukun Diva

Dukun Diva: They Put The Sham In Shaman (atau Dukun Diva) ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Ariff Zulkarnain dengan idea dan skrip asal oleh Alfie Palermo, dibintangi oleh Nadia Aqilah, Eyka Farhana, Emelda Rosmila, Tony Eusoff, Adlin Aman Ramlie, Siti Khadijah Halim, Kahoe Hon dan Aloy Paradoks.[1][2] Dukun Diva telah diuar-uarkan sebagai drama Melayu pertama yang membawakan kisah ‘female con artist’ dan 'anti-wira'.[3][4] Ia diterbitkan di bawah jenama Astro Originals dan disiarkan di Astro Citra bermula 6 Disember 2021.

Dukun Diva: They Put The Sham In Shaman
GenreDrama, komedi, seram
Ditulis olehAlfie Palermo
PengarahAriff Zulkarnain
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Jangan Terlepas Pandang" oleh Wani Kayrie
Lagu penutup"Jangan Terlepas Pandang" oleh Wani Kayrie
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod8
Penerbitan
Penerbit eksekutifRaja Jastina Raja Arshad
Penerbit
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Penyiaran
Saluran asalAstro Citra
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal6 Disember 2021 – 24 Januari 2022

SinopsisSunting

Mengisahkan tentang Rubiah Samsudin atau gelaran popularnya Che Yah gagal menjadi pelakon terkenal dan kini bekerja sebagai wanita pelayan pelanggan (GRO) di sebuah kelab malam. Hakikat tersebut menyebabkan Che Yah sangat malu untuk pulang menemui keluarganya di kampung. Satu hari, Che Yah menerima panggilan daripada hospital memaklumkan kakaknya, Aishah sedang nazak. Di sini bermulanya perubahan dalam hidup Che Yah bila mengetahui dia bakal menjaga anak saudaranya, Lola seorang remaja yang bermasalah.

Ketegangan mula berlaku di antara Che Yah dan Lola. Dalam pada masa yang sama mereka telah didatangi didatangi oleh Abang Long yang mengugut untuk membunuh Che Yah jika tidak membayar hutangnya. Mereka terpaksa mencari jalan bagi menyelesaikan hutang Che Yah serta menyelamatkan nyawa mereka.

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

  • Nadia Aqilah sebagai Rubiah Samsudin (Che Yah)
  • Eyka Farhana sebagai Norlela Hashim (Lola)
  • Emelda Rosmila sebagai Dahlia Deela Idrus (Dato' DD)
  • Tony Eusoff sebagai Zulkarnain Lim Abdullah (Zul)
  • Siti Khadijah Halim sebagai Sabriena Lim Zulkarnain Lim (Baby Riena)
  • Kahoe Hon sebagai Daniel Lim Zulkarnain Lim (Daniel)
  • Adlin Aman Ramlie sebagai Muhd Saddiq Jermal (Dato' Saddiq)
  • Aloy Paradoks sebagai Hanif Zulkifli (Sarjan Anep)

Pelakon undanganSunting

PenerbitanSunting

Dukun Diva merupakan idea asal oleh pemenang anugerah Skrip Terbaik di Anugerah International Motivational Film Festival Bridge of Arts (IMFF), Rusia pada tahun 2016 dan Lakon Layar Terbaik di Anugerah Lawak Warna 2015, Alfie Palermo. Ia diarahkan oleh Ariff Zulkarnain yang pernah mengarahkan telefilem Shiba Shiba Doo, Cerai dan Rompak Raya.[3]

RujukanSunting

  1. ^ Najiy Jefri (3 Disember 2021). "Dukun Diva ada kelainan". Harian Metro. Dicapai pada 6 Januari 2022.
  2. ^ Helmi Anuar (7 Disember 2021). "'Dukun Diva' Menghiburkan!". Getaran. Dicapai pada 6 Januari 2022.
  3. ^ a b "'Dukun Diva' tampil seribu kelainan, papar kisah 'female con artist' pertama di Malaysia" (Kenyataan media). Astro Awani. 3 Disember 2021. Dicapai pada 27 Disember 2021.
  4. ^ RD Minion (6 Disember 2021). "Astro Originals Brings An Anti-Hero Story Featuring Malaysia's First Female Con Artists With 'Dukun Diva'". Rojak Daily. Astro Gempak. Dicapai pada 27 Disember 2021.

Pautan luarSunting