Anas Ridzuan
Anas Ridzuan (lahir 17 Januari 1989)[a] ialah seorang penyanyi, pengacara TV dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau ialah bekas peserta Mentor musim ke-6 yang dibimbing oleh Faizal Tahir.
Anas Ridzuan | |
---|---|
Kelahiran | |
Nama lain | Anas Mentor |
Pendidikan | Ijazah Filem, Teater dan Animasi |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi Mara (UiTM) |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2012–kini |
Pasangan | Ana Syuhada (berkahwin 2016) |
Anak | 1 |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, R&B |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2012– |
Kehidupan awalSunting
Anas dilahirkan pada 17 Januari 1989 dan berasal dari Kedah, Malaysia. Beliau mempunyai ijazah dalam jurusan Filem, Teater dan Animasi di Universiti Teknologi Mara (UITM).
KerjayaSunting
Anas memulakan aktiviti seni beliau melalui rancangan nyanyian Mentor Musim Ke-6 dan menjadi anak didik kepada Faizal Tahir. Rancangan ini juga merupakan batu loncatan kepada Anas ke bidang lakonan apabila beliau banyak membintangi drama dan telefilem selepas menyertai pertandingan tersebut memandangkan beliau juga pernah berlakon teater dan drama sebelum ini.
Selain itu, beliau juga telah berjinak - jinak melibatkan diri dalam bidang pengacaraan program televisyen apabila diberi tanggungjawab dalam pengacaraan program terbaru TV3 iaitu Jalan - Jalan Makan Angin bersama Nadzmi Adhwa pada tahun 2016. [1] Program ini memberi fokus tempat - tempat penginapan yang unik dan mempunyai bajet yang sederhana diseluruh negeri di Malaysia.
Pada tahun 2016, Anas telah mengumumkan bahawa beliau telah berhenti daripada bidang nyanyian kerana ingin memberi tumpuan kepada bidang lakonan. [2]
Kehidupan peribadiSunting
Anas telah selamat menjadi suami kepada Ana Syuhada pada 22 Oktober 2016 dengan sekali lafaz. Bertempat di Masjid Seksyen 7, Shah Alam, pihak lelaki menyerahkan wang hantaran sebanyak RM15,000 dengan mas kahwin berjumlah RM300 berserta enam dulang hantaran berbalas tujuh. Majlis resepsi pasangan ini dijadualkan berlangsung di Dewan Melur Shah Alam pada 14 Januari 2017, manakala majlis sebelah pengantin lelaki dijangka bakal diadakan di Ipoh, Perak.[3]
Ana Syuhada merupakan bekas peserta Mentor Musim ke- 6 dan anak didik penyanyi Ramlah Ram. Pasangan ini telah mengenali antara satu sama lain selama enam tahun dan bercinta selama empat tahun.[4]
Pada 25 Februari 2018, Anas dan isteri telah selamat menimang cahaya mata lelaki. [5] [6]
DiskografiSunting
SingleSunting
- Hanya Dirimu (2012)
FilemografiSunting
Menunjukkan filemografi yang belum dikeluarkan |
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014 | CEO | Aloy | Razaisham Rashid | |
2015 | Sunti @ Facebook | Azril | James Lee | |
2018 | Busker | Ucop | Syed Khairul Fariz |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2013 | Geng Kampung Pisang | Anas | TV3 | |
2014 | OMG (Ohsem Music Group) The Series | Bo | ||
Geng Kampung Pisang Musim Kedua | Anas | |||
2015 | Pengembaraan Jason Murad | Murad | TV9 | |
2016 | Nasi Minyak Kuah Cinta | Faiz | TV3 | Slot Dahlia |
2017 | Jangan Ikut Aku | Akil | Slot Seramedi | |
2017-2018 | Dia | Ijam | ||
2018 | 13 Khurafat | Iwan | Astro Prima & Astro Maya HD | Ep 9 : Pelaris |
2019 | Cikgu, Papa Kirim Salam | TV3 |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014 | PI (Private Investigator) | TV3 | ||
Superstra | Norman | |||
2017 | Aku, Mawar & Makhluk Asing | Astro Citra | Slot Citra Exclusive | |
2019 | Dulang Boy | Abang John | TV3 | telefilem untuk DBKL 2019 |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2012 | Mentor | Peserta | TV3 | menjadi anak didik Faizal Tahir |
2016 | Jalan - Jalan Makan Angin | Pengacara | mengacara bersama Nadzmi Adhwa | |
2017 - kini | Gelak Sampai Kenyang | Pengacara | TV1 | Pengacara bersama Najua Nasir dan Bob-T |
IklanSunting
- Buli (2010)
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2015 | Festival Filem Malaysia ke-27 | Pelakon Harapan Lelaki Terbaik | Tercalon |
CatatanSunting
- ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan Aiman Hakim Ridza yang juga rakan seperjuangannya dalam Mentor.
RujukanSunting
- ^ 9 Oktober 2016, ditulis oleh Mohd Al Qayum Azizi. Karier Nyanyian Anas Ridzuan Suram Kerana Fokus Berlakon - Berita Hiburan. mStar Online
- ^ Fatin Farhana Ariffin (26 November 2016). "Anas Ridzuan berhenti menyanyi". Berita Harian. Diarkib daripada yang asal pada 26 November 2016. Dicapai pada 1 Disember 2016. Parameter
|dead-url=
yang tidak diketahui diendahkan (bantuan) - ^ Ifqdar Rahman pada 22 Oktober 2016.Protege Faizal Tahir dan Ramlah Ram selamat diijabkabulkan - Hiburan. Utusan Online
- ^ 27 September 2016. Anas Ridzuan & Ana Syuhada Bakal Nikah Oktober Depan. Mstar
- ^ Aqmar Mustaza. Linda Onn, Anas Ridzuan timang cahaya mata pertama. Sinar Harian
- ^ Syafil Syazwan Jefri. Anas gementar nak sambut baby. Harian Metro