Alter-Naratif ialah sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2023 arahan Faisal Ishak dengan idea asal oleh Aina Izzah dan skrip oleh Rafidah Abdullah, Honey Ahmad, Aina, Nik Jassmin Hew dan Haris M. Nor. Dibintangi oleh Nabila Huda, Liyana Jasmay, Neera Azizi, Gambit Saifullah dan Rahhim Omar, siri ini memulakan tayangan perdana di platform penstriman Viu bermula 25 Mei 2023 sehingga 13 Julai 2023 dengan episod baharu disiarkan pada setiap Khamis.[1][2][3]

Alter-Naratif
GenreCereka sains
PenciptaAina Izzah
Ditulis oleh
  • Rafidah Abdullah
  • Honey Ahmad
  • Aina Izzah
  • Nik Jassmin Hew
  • Haris M. Nor
PengarahFaisal Ishak
Dibintangi oleh
Lagu penutup"Ilusi Keliru" oleh Amir Masdi
PenggubahNurzaidi Abd Rahman
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod8
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Kingsley Warner (Viu)
  • Imillya Irwani Roslan (Viu)
  • Steven Lim Tze Siang (Viu)
  • Zaitun Mohd Jiwa
PenerbitZetty Alia Ramly
Penyunting
  • Tuan Amirudin Tuan Mansur
  • Azim Indrawaty
LokasiMalaysia
SinematografiMohd Izham Kamaruddin
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran50–55 minit
Syarikat penerbitan
Global Station
Penyiaran
Saluran asalViu
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal25 Mei 2023 – 13 Julai 2023
Pautan luar
Laman sesawang

Sinopsis sunting

Electric Dust Agency, sebuah syarikat yang terkenal dengan inovasinya dalam mengubah ingatan – kebolehan memadam ingatan dan menggantikannya dengan kenangan tiruan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mel Isa, memperjuangkan teknologi baharu ini sebagai masa depan psikoterapi, membantu mangsa trauma membina semula kehidupan mereka. Tetapi apabila Mel mula pitam dan mengalami halusinasi, dia mula mengesyaki bahawa ingatannya sendiri telah diolah. Siasatannya telah membawa kepada pendedahan korupsi syarikatnya sendiri dan menghidupkan semula jenayah yang berlaku 20 tahun lalu.

Pelakon sunting

Penampilan khas

Penerbitan sunting

Alter-Naratif diumumkan sebagai salah satu daripada 5 siri Viu Originals untuk tayangan bagi tahun 2023 dalam satu sidang media pada 1 Disember 2022. Ia merupakan idea asal oleh Aina Izzah, seorang graduan undang-undang dan wartawan yang juga merupakan pemenang Viu Pitching Forum 2021.[9][10]

Menurut pengarahnya, Faisal Ishak, meskipun drama ini bertemakan thriller psikologi namun terasnya tetap mengenai kemanusiaan. Katanya: "...sebagai percubaan baharu, kita membawa drama Melayu genre cereka sains. Ramai kini memilih untuk menonton drama genre ini. Walaupun Alter-Naratif ini bergenre thriller psikologi, namun terasnya masih ada tentang kekeluargaan dan kemanusiaan dalam penceritaanya,".[11]

Keluaran sunting

Alter-Naratif memulakan tayangan perdana di Viu bermula 25 Mei 2023 dengan episod baharu disiarkan setiap Khamis.[12]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n "Drama Alter-Naratif". My Infotaip. 11 Jun 2023. Dicapai pada 19 Jun 2023.
  2. ^ "Viu Lancar Drama Thriller Psikologi, Mengubah Memori Manusia Dalam Alter-Naratif". Kakimuvee. 25 Mei 2023. Dicapai pada 19 Jun 2023.
  3. ^ Budiey (30 Mei 2023). "Viu Lancar Drama Thriller, Ubah Memori Manusia Dalam ALTER-NARATIF". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 25 Jun 2023.
  4. ^ Mohammad Al Faizal Abdul Karim (25 Jun 2023). "Raikan semua platform, tidak lupa asal permulaan – Nabila Huda". Utusan Malaysia. Dicapai pada 25 Jun 2023.
  5. ^ Georgie Joseph (28 Mei 2023). "Hilang tiang bersandar". Harian Metro. Dicapai pada 19 Jun 2023.
  6. ^ Fatin Farhana Ariffin (17 Jun 2023). "Lebih rindukan lakonan berbanding kerjaya awan biru". Berita Harian. Dicapai pada 8 Ogos 2023.
  7. ^ Fatin Farhana Ariffin (9 Julai 2023). "Gambit selektif pilih watak". Berita Harian. Dicapai pada 8 Ogos 2023.
  8. ^ Georgie Joseph (24 Mei 2023). "'Saya ada harga diri' - Rahhim Omar". Harian Metro. Dicapai pada 19 Jun 2023.
  9. ^ Rubini Nagarajah (2 Disember 2022). "Viu Malaysia Umum 5 'Viu Original' Untuk Tahun 2023 Termasuk 'Nenek Bongkok Tiga'". Getaran. Dicapai pada 31 Disember 2022.
  10. ^ Anna Mohamed (29 Mei 2023). "Viu Original lancarkan thriller psikologi, Alter-Naratif". Utusan TV. Dicapai pada 19 Jun 2023.
  11. ^ Rubini Nagarajah (31 Mei 2023). "Pernah Terfikir Apa Akan Jadi Jika Memori Anda Dimanipulasi, 'Alter-Naratif' Bakal Buat Penonton Tak Senang Duduk!". Getaran. Dicapai pada 19 Jun 2023.
  12. ^ Ain Norman (22 Mei 2023). "Pernah terfikir mahu padam kisah pahit atau derita? 'Alter-Naratif' bakal buat penonton tak senang duduk!". mStar Online. Dicapai pada 19 Jun 2023.

Pautan luar sunting