Anna Jobling

Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman (Jawi: اننا ايلليس ڬوستين جوبليڠ عبدالرحمن; lahir 14 Ogos 2000) merupakan seorang model, pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019, di mana beliau ialah pemenang tempat keempat.[1][2] Beliau telah membintangi beberapa drama TV seperti Shah Alam 40000 dan Oh My Hantaran, tetapi lebih dikenali menerusi lakonannya dalam drama Melur Untuk Firdaus.[3][4][5]

Anna Jobling
Kelahiran
Anna Ellisa Gustin Jobling binti Abdul Rahman

(2000-08-14) 14 Ogos 2000 (umur 22)
PekerjaanModel, pelakon, pengacara
Tahun aktif2018–kini

Kehidupan awalSunting

Pada 14 Ogos 2000, Anna Jobling dilahirkan di Kuala Lumpur sebagai anak tunggal kepada bapanya yang berbangsa Inggeris yang berasal dari United Kingdom dan ibunya yang berbangsa Melayu dari Melaka.[6] Bapanya bekerja sebagai jurutera di syarikat minyak dan gas manakala ibunya bekerja sebagai pengurus.[7] Dibesarkan dalam kepercayaan agama Islam, Anna mendapat pendidikan di sebuah sekolah antarabangsa.

KerjayaSunting

Sebelum menyertai Dewi Remaja, Anna Jobling memulakan kerjaya peragaan dengan menyertai beberapa pertandingan ratu cantik termasuk Miss Melaka dan Miss Pahang. Pada usia 15 tahun, ibunya menghantarnya ke akademi peragaan yang dikendalikan oleh Amber Chia dan sejak itu, beliau mula bergiat aktif dalam bidang peragaan dengan membintangi iklan televisyen dan sebagai penghias muka depan majalah.[7]

Beliau dipilih menjadi salah seorang daripada 12 peserta Dewi Remaja 2018/19 yang turut disertai oleh Haneesya Hanee, Zeera Azizi, Aween Ismail dan Arena Lieya. Beliau dinobatkan sebagai pemenang tempat keempat.[8]

Kerjaya lakonan Anna bermula apabila beliau ditawarkan berlakon dalam filem pertamanya Pasal Kau! arahan Adrian Teh lakonan bersama Hairul Azreen dan Janna Nick. Beliau melakonkan watak sebagai Emelia.[9] Drama pertama lakonan beliau ialah Keluarga Baha Don musim pertama yang disiarkan di platform penstriman Viu, diikuti dengan drama One Two Hantu yang bersiaran di Awesome TV.

Beliau mula mendapat perhatian meluas menerusi drama Shah Alam 40000 yang bersiaran di slot Akasia TV3 dengan memegang watak sebagai Shafinaz Mckenzie. Untuk lakonannya dalam drama ini, beliau berlatih bertutur dalam bahasa Melayu ketika di lokasi penggambaran. Beliau kemudiannya membintangi filem keduanya Penunggang Agama 2 dengan melakonkan watak Intan dan bekerja di bawah arahan Syafiq Yusof.

Pada tahun 2022, beliau digandingkan bersama Meerqeen dalam drama Melur Untuk Firdaus dengan melakonkan watak Melur. Drama ini menjadi sohor kini di media sosial dengan nama beliau menjadi tular sehingga ke luar negara. Beliau kini semakin dikenali ramai dan banyak diundang dalam program-program televisyen dan sudah tidak sendu seperti dahulu.[10]

Pada Julai 2022, namanya tersenarai sebagai 100 Wajah Tercantik 2022 (100 Most Beautiful Faces of 2022) oleh TC Candler sekali gus menjadi calon tunggal dari Malaysia untuk kempen tahunan tersebut.[11][12]

Pada 3 Ogos 2022, beliau kemudian dipilih sebagai duta untuk produk jamu Mutyara yang diasaskan oleh pelakon Indonesia, Tya Arifin.[13][14]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2020 Pasal Kau! Emelia Filem pertama
2021 Penunggang Agama 2 Intan (Anak Datuk Fawwas)

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Keluarga Baha Don (Musim 1) Teman wanita Jo Don III Viu Drama pertama
2020 One Two Hantu Sheila Awesome TV
2021 Kalung Fatima TV Okey
Malaysian Ghost Stories Laila Astro Ria Episod: “Nenek Kebayan”
Mr. Millennium Stephanie TV9
Shah Alam 40000 Shafinaz MacKenzie TV3
Oh My Hantaran Alya TV9
2022 Kuasa Atikah Astro Citra
Melur Untuk Firdaus Adriana Zulaikha (Melur) TV3
Ash & Aish Delila Astro Ria
TBA Terima Kasih Cinta Raihanna TV3
Dia Yang Ku Jadikan Suami Naazneen Fatah Astro Ria

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 Balik ke Idak? Alesya Awesome TV Telefilem Raya
Bella - Bila Cinta Bersatu Bella TV9
2022 Semua Tentang Kita Rosa TV3

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2018–2019 Dewi Remaja 2018/2019 Dirinya sendiri / Peserta Astro Ria
2018 MeleTOP Dirinya sendiri
2020 Macam Macam Show Ani Jobless Awesome TV
2021 Borak Kopitiam Dirinya sendiri TV3 Beliau mempromosikan drama Shah Alam 40000
Wanita Hari Ini Artis jemputan Bersama Umie Aida mempromosikan drama Shah Alam 4000
Sepahtu Reunion Live Sarah Astro Warna Episod: "Menantu Atau Hantu"
Maharaja Lawak Mega 2021 Artis jemputan Bersama kumpulan R&R
2022 Sepahtu Reunion Live Mira Episod: "Jalan Pintas Untuk Bahagia"
Brownis Artis jemputan Trans TV Bersama Meerqeen
Ketawa Itu Berkah
Lapor Pak! Trans7
MeleTOP Astro Ria
Terpaling Juara TV3
Malaysia Hari Ini Bersama pengarah Azhar Zainal, Azrel Ismail dan Puteri Sarah Liyana untuk mempromosikan teater Maduku Terpaling Kalut
Wanita Hari Ini Bersama Syafiq Naser dalam topik Jangan Pandang Sebelah Mata

TeaterSunting

Tahun Tajuk Watak Arahan Catatan
29 September - 2 Oktober 2022 Maduku Terpaling Kalut (Edisi ketiga) Mimi Azhar Zainal Bertempat di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), Petaling Jaya.

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2019 Dewi Remaja 2018/19 N/A Tempat ke-4
2022 Anugerah Stail EH! Selebriti Wanita Paling Seksi Menang

RujukanSunting

  1. ^ Sudirman Mohd Tahir (21 Februari 2019). Tekad melangkah jauh Harian Metro. Dicapai pada 25 Februari 2019.
  2. ^ Najiy Jefri (16 Ogos 2021). "Muka cantik bukan jaminan". Harian Metro. Dicapai pada 25 Disember 2021.
  3. ^ Zaara Talita (13 Julai 2022). "Anna Jobling tak mahu tamak". Harian Metro. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  4. ^ Nur Emira Saizali (12 Jun 2022). "Anna Jobling tak 'jual' wajah cantik". Kosmo!. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  5. ^ Ermi Shuzila Mohammad (8 Jun 2022). "Pesona Anna Jobling, Gadis Kacukan Melayu-Inggeris Dalam 'Melur Untuk Firdaus'". NONA. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  6. ^ Zaara Talita (24 Januari 2022). "'Saya orang Melaka lah'". Harian Metro. Dicapai pada 5 Ogos 2022.
  7. ^ a b Bissme S (23 Julai 2019). "A model life" (dalam bahasa Inggeris). The Sun. Dicapai pada 24 Disember 2019.
  8. ^ Sudirman Mohd Tahir (15 Oktober 2020). "Anna baiki kelemahan". Harian Metro. Dicapai pada 24 Disember 2020.
  9. ^ Noor Ain Norman (16 Oktober 2020). "Anna Jobling jadi jahat dalam filem 'Pasal Kau', seronok jalani latihan menembak". Remaja. Dicapai pada 24 Disember 2020.
  10. ^ Najiy Jefri (10 Jun 2022). "Sekadar bukti keserasian". Harian Metro. Dicapai pada 10 Jun 2022.
  11. ^ Georgie Joseph (22 Julai 2022). "Anna Jobling antara 100 tercantik di dunia". Harian Metro. Dicapai pada 5 Ogos 2022.
  12. ^ Mohammad Shahemy Azmi (23 Julai 2022). "Anna Jobling tersenarai 100 wanita tercantik dunia". Kosmo!. Dicapai pada 25 Julai 2022.
  13. ^ Sudirman Mohd Tahir (5 Ogos 2022). "Tya Ariffin pilih Anna Jobling". Harian Metro. Dicapai pada 5 Ogos 2022.
  14. ^ Sairul Zamri Misrani (5 Ogos 2022). "Anna Jobling terharu 'dilamar' Tya Arifin". Kosmo!. Dicapai pada 5 Ogos 2022.

Pautan luarSunting