Zeera Azizi
Nurazeera binti Azizi (lahir 16 Januari 1996) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Dewi Remaja 2018/2019. Beliau ialah kakak kepada pelakon Neera Azizi.[1]
Zeera Azizi | |
---|---|
Kelahiran | Nurazeera binti Azizi 16 Januari 1996 |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2016–kini |
Saudara | Neera Azizi (adik) |
Kehidupan awal sunting
Nurazeera binti Azizi dilahirkan pada 16 Januari 1996 di Bandar Melaka, Melaka dan dibesarkan di Kuantan, Pahang. Adiknya, Nurazneera "Neera" Azizi juga merupakan seorang pelakon dan penyanyi.
Kerjaya sunting
Zeera memulakan kerjaya awal sebagai pramugari di syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia. Beliau pernah bergelar atlet boling di mana beliau mewakili Pahang di Sukan Malaysia (SUKMA). Zeera dipilih menjadi salah seorang daripada 12 peserta Dewi Remaja 2018/19 yang turut disertai oleh Haneesya Hanee dan Anna Jobling.[2] Beliau ialah peserta pertama yang tersingkir dari pertandingan tersebut.[3]
Kerjaya lakonan beliau bermula apabila berlakon bersama Kamal Adli dan Uqasha Senrose dalam drama adaptasi novel karya Anna Milia, Setelah Terlafaznya Akad, di mana beliau memegang watak Hani. Beliau pernah merakamkan sebuah lagu berjudul "Kehilangan", namun kurang mendapat sambutan.
Filemografi sunting
Drama sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Setelah Terlafaznya Akad | Hani | Astro Ria | |
2019 | Love Elsa | Sofea | ||
Malaysian Ghost Stories | Mila | Episod: "Jembalang Tanah" | ||
2022 | Jiwa Wanita | Teha | TV9 | |
Setelah Terlafaznya Akad 2 | Hani | Astro Ria |
Televisyen sunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Dewi Remaja 2018/19 | Dirinya sendiri / Peserta | Astro Ria |
Diskografi sunting
- "Kehilangan" (2016)
Anugerah dan pencalonan sunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Artis Baharu Wanita Popular | Tercalon |
Rujukan sunting
- ^ Ardini Sophia Sina (24 Mac 2018). Zeera kena pasal Neera Harian Metro. Dicapai pada 11 Julai 2018.
- ^ Kamaruddin Razal (1 November 2018). Haneesya Hanee, Zeera Azizi antara 20 finalis Dewi Remaja Astro Gempak. Dicapai pada 11 Julai 2019.
- ^ Pramugari, Zeera Aziz peserta pertama tinggalkan Dewi Remaja 2018/2019 Remaja (10 Disember 2018). Dicapai pada 11 Julai 2019.